Sunday, April 17, 2016

Persatuan Penganut Sri Maha Mariamman Kajang Selangor -VS- 1.Kerajaan Negeri Selangor & 2.Majlis Perbandaran Kajang

PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN
 MAHKAMAH TINGGI SHAH ALAM, SELANGOR
NO KES : BA-25-3-01/2016

PERSATUAN PENGANUT SRI MAHA MARIAMMAN KAJANG SELANGOR ...... PEMOHON

-LWN- 

1. KERAJAAN NEGERI SELANGOR ...... RESPONDEN PERTAMA

2. MAJLIS PERBANDARAN KAJANG ...... RESPONDEN KEDUA

1. Pemohon selaku pengurusan dan pemegang amanah Kuil Sri Maha Mariamman, Saujana Impian (Ladang Braemar), 43000 Kajang, Selangor telah memfailkan suatu permohonan bagi mendapatkan kebenaran untuk SEMAKAN KEHAKIMAN terhadap KERAJAAN NEGERI SELANGOR dan MAJLIS PERBANDARAN KAJANG (MPKj) bagi mencabar satu Keputusan dan Garis Panduan berhubung Hal-Ehwal Bukan Islam yang menghadkan keluasan tanah tempat ibadat bukan Islam tidak melebihi 10,000 kaki persegi yang diputuskan oleh Kerajaan Tempatan (MPKj) melalui surat bertarikh 19.10.2015.

2. Bicara permohonan kebenaran ditetapkan pada 25.04.2016 jam 9.00 pagi dihadapan Hakim YA DATO' HAJI MOHD YAZID BIN HJ MUSTAFA bertempat di Tingkat 3, Bangunan Utama, Kompleks Mahkamah Shah Alam, Selangor. 

3. Kebenaran untuk SEMAKAN KEHAKIMAN terhadap KERAJAAN NEGERI SELANGOR dan MAJLIS PERBANDARAN KAJANG (MPKj) telah diberikan oleh Mahkamah pada 25.04.2016.

4. Pengurusan kes ditetapkan pada 08.06.2016 jam 9.00 pagi di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Puan Norhana Binti Sahat di Tingkat 6, Bangunan Annex, Kompleks Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor.

5. Pengurusan kes ditetapkan pada 27.06.2016 jam 9.00 pagi di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Puan Norhana Binti Sahat di Tingkat 6, Bangunan Annex, Kompleks Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor.
 
6. Responden-Responden untuk membalas afidavit pada atau sebelum 18.07.2016 dan pemohon untuk membalas afidavit Responden-Responden pada atau sebelum 08.08.2016. Pengurusan kes ditetapkan pada 09.08.2016 jam 9.00 pagi di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Puan Norhana Binti Sahat di Tingkat 6, Bangunan Annex, Kompleks Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor.

7. Pengurusan Kes pada 26.09.2016 jam 9.00 pagi

8. Pengurusan Kes pada 19.10.2016 (Rabu) jam 9.00 pagi

9. Pengurusan Kes pada 22.11.2016 (Selasa) jam 9.00 pagi

10. Pengurusan Kes pada 29.12.2016 (Khamis) jam 9.00 pagi.

11. Bicara Permohonan Lampiran 9 & 23 (Notis Permohonan Responden 1 & 2 untuk membatalkan permohonan semakan kehakiman) ditetapkan pada 17.1.2017 (Selasa) jam 9.00 pagi di hadapan Hakim YA DATO' HAJI MOHD YAZID BIN HJ MUSTAFA.


No comments: