Friday, October 18, 2019

UNDANG-UNDANG KETERANGAN DALAM KONTEKS KAEDAH PEMBUKTIAN DI MAHKAMAH

1.0  PENDAHULUAN

1.1-Pembuktian merupakan elemen yang signifikan dalam suatu prosiding perbicaraan dan perlu dikemukakan secara teratur di Mahkamah.

1.2-Kaedah bermaksud cara atau peraturan untuk membuat sesuatu.

1.3-Pembuktian bermaksud perbuatan, usaha, dan sebagainya untuk membuktikan.

1.4-Pembuktian berasal daripada kata dasar “bukti” yang ditakrifkan sebagai keterangan yang nyata, tanda kebenaran dan dalil.

2.0 TUJUAN UNDANG-UNDANG KETERANGAN

2.1-Undang-undang keterangan bertujuan untuk menentukan tiga perkara yang berikut:

2.1.1-Penentuan fakta yang boleh dikemukakan di mahkamah;

2.2.2-Menggariskan apakah keterangan yang perlu dan boleh dikemukakan untuk membuktikan kewujudan fakta yang dikemukakan di mahkamah; dan

2.2.3-Menentukan siapakah dan bagaimanakah keterangan dikemukakan dalam proses pembuktian.

3.0  ELEMEN PEMBUKTIAN DI MAHKAMAH

3.1-Tasfiran “keterangan” menurut Seksyen 3 Akta Keterangan 1950:-

“keterangan” termasuklah –

(a)-segala pernyataan yang dibenarkan atau dikehendaki oleh mahkamah dibuat di hadapannya oleh saksi berhubung dengan perkara fakta yang disiasat: pernyataan sedemikian disebut keterangan lisan;

(b)-segala dokumen yang dikemukakan bagi pemeriksaan mahkamah: dokumen sedemikian disebut keterangan dokumentar;

3.2-Meskipun, Akta Keterangan 1950 mentafsirkan keterangan sebagai keterangan lisan dan keterangan dokumen, namun perlu difahami bahawa tafsiran ini juga membawa skop-skop klasifikasi keterangan yang lebih khusus antaranya:-

3.2.1-Keterangan Lisan (Oral Evidence)
3.2.2-Keterangan Dokumen (Documentary Evidence)
3.2.3-Keterangan Langsung (Direct Evidence)
3.2.4-Keterangan Keadaan (Circumstantial Evidence)
3.2.5-Keterangan Primer (Primary Evidence)
3.2.6-Keterangan Sekunder (Secondary Evidence)
3.2.7-Keterangan Dengar Cakap (Hearsay Evidence)
3.2.8-Keterangan Benda (Real Evidence)
3.2.9-Keterangan Pendapat (Opinion Evidence)
3.2.10-Keterangan Prima Facie (Prima Facie Evidence)
3.2.11-Keterangan Sama Fakta (Similar Fact Evidence)
3.2.12-Keterangan Watak (Character Evidence)
3.2.13-Keterangan Konklusif (Conclusive Evidence)
3.2.14-Keterangan Sokongan (Corroborative evidence)

3.2.1-Keterangan Lisan (Oral Evidence) – Seksyen 59 & 60 Akta Keterangan 1950

(i)-Keterangan Lisan bermaksud segala penyataan yang dikhendaki oleh Mahkamah untuk dibuat di hadapannya oleh saksi tentang sesuatu hal atau kejadian.

(ii)-Keterangan lisan merangkumi segala fakta yang dikemukakan kecuali isi kandungan dokumen-dokumen. 

(iii)-Setiap keterangan lisan mestilah dikemukakan secara langsung.

3.2.2-Keterangan Dokumen (Documentary Evidence) - Seksyen 3 Akta Keterangan 1950

(i)-Keterangan Dokumen merangkumi keterangan yang berbentuk tulisan, perkataan yang dicetak atau dilitograf atau difotograf, inskripsi pada kayu atau batu atau logam, lukisan, citra, gambar, karikatur, fotograf, negatif, pita komunikasi telefon termasuk yang dipancarkan dari satu jarak, rakaman fotografi dan hal yang dirakam atau disimpan atau diproses atau didapatkan semula atau dikeluarkan oleh komputer.

(ii)-Prinsipnya, keterangan dokumen memerlukan dokumen asal dikemukakan kepada Mahkamah.

(iii)-Dokumen asal yang dikemukakan juga merupakan Keterangan Primer (Primary Evidence).

(iv)-Manakala, salinan dokumen asal merupakan Keterangan Sekunder.

3.2.3-Keterangan Langsung (Direct Evidence)

(i)-Keterangan Langsung merupakan satu bentuk keterangan lisan yang diberikan oleh seorang saksi dalam Mahkamah berhubung suatu fakta atau hak atau kejadian yang diperolehinya melalui pancaindera. 

(ii)-Contohnya, keterangan suatu fakta yang boleh dilihat dan didengar, maka keterangan lisan yang perlu diberikan saksi tersebut adalah berkaitan dengan apa yang dilihat dan didengar olehnya.

(iii)-“This principal of oral evidence is based on the rule that a witness can only verify the truth of facts which he himself has seen or heard or perceived or of which he has personal knowledge.”

(iv)-Jika keterangan berkaitan dengan suatu pendapat, maka keterangan langsung adalah keterangan yang dikemukakan oleh seseorang yang berpegang kepada pendapat tersebut.

3.2.4-Keterangan Keadaan (Circumstantial Evidence)

(i)-Keterangan Keadaan adalah satu bentuk keterangan yang dikemukakan untuk membuktikan kewujudan fakta isu atau persoalan yang dipertikaikan melalui pembuktian fakta berkaitan atau fakta yang relevan dengan fakta isu atau persoalan yang dipertikaikan.

(ii)-Apabila fakta berkaitan ini dibuktikan, maka ia membawa kepada kebarangkalian fakta isu atau persoalan yang dipertikaian itu wujud atau sebaliknya.

3.2.5-Keterangan Primer (Primary Evidence) - Seksyen 64 Akta Keterangan 1950

(i)-Keterangan Primer adalah berasaskan kepada “best evidence rule” kerana keterangan tersebut disokong oleh dokumen asal yang membuktikan kesahihan dan kewujudan sesuatu dokumen.

(ii)-Pembuktian dokumen yang dikemukakan di Mahkamah perlu dibuktikan dengan keterangan primer.

3.2.6-Keterangan Sekunder (Secondary Evidence) - Seksyen 63 & 65 Akta Keterangan 1950

(i)-Keterangan Sekunder termasuk salinan yang diperakui, salinan daripada naskhah asal melalui mesin, salinan yang dibuat daripada atau dibandingkan dengan naskhah asal, kaunterpart dokumen terhadap pihak-pihak yang tidak menyempurnakannya dan keterangan lisan mengenai kandungan sesuatu dokumen yang telah diberikan oleh seseorang yang melihatnya atau mendengar tentangnya atau melalui anggapannya sendiri.

(ii)-Keterangan Sekunder digunakan apabila tidak wujud keterangan primer dalam keadaan tertentu.

(iii)-Kebolehterimaan keterangan sekunder bergantung pada syarat-syarat yang termaktub dalam Seksyen 65 Akta Keterangan 1950.

(iv)-Contoh keterangan sekunder adalah dalam bentuk salinan asal dokumen ataupun satu bentuk keterangan lisan berkaitan kandungan dalam dokumen tersebut.

3.2.7-Keterangan Dengar Cakap (Hearsay Evidence) - Seksyen 13, 18-24, 32-38 & 73A Akta Keterangan 1950

(i)-Keterangan Dengar Cakap adalah bertentangan (berlawanan) dengan keterangan langsung mahupun yang dikemukakan secara langsung.

(ii)-Prinsipnya, keterangan dengar cakap tidak diterima sebagai salah satu bentuk keterangan di Mahkamah.

(iii)-Walaubagaimanapun, terdapat pengecualian penting dibawah Seksyen 13, 18-24, 32-38 & 73A Akta Keterangan 1950 yang tertakluk pada syarat bagi kebolehterimaan keterangan dengar cakap.

(iv)-Misalnya berkaitan dengan keterangan yang dikemukakan pada prosiding terdahulu oleh seorang saksi yang sekarang tidak boleh dijumpai atau dipanggil untuk mengemukakan keterangan di Mahkamah akibat keuzuran, sakit atau mati.

(v)-“Hearsay evidence as a general rule, is excluded from legal evidence. However, there are a few important exceptions and these have been dealt with under sections 13, 18 to 24, and sections 32-38.”

3.2.8-Keterangan Benda (Real Evidence) - Seksyen 60 (3) Akta Keterangan 1950

(i)-Keterangan Benda adalah satu bentuk keterangan yang dibawa ke perhatian & pengetahuan Mahkamah tentang suatu benda atau material untuk diperiksa oleh Mahkamah.

(ii)-Misalnya, barangan yang dikemukakan (ditender) sebagai eksibit seperti senjata, dokumen dll.

3.2.9-Keterangan Pendapat (Opinion Evidence) - Seksyen 45 Akta Keterangan 1950

(i)-Kaedah pembuktian di Mahkamah adalah melalui saksi yang akan mengemukakan keterangan berkaitan dengan fakta sahaja.

(ii)-Jika saksi tersebut mengemukakan pendapatnya, maka ia tidak akan diterima sebagai satu bentuk keterangan di Mahkamah.

(iii)-Ini kerana pendapat hanya boleh diberikan oleh Hakim setelah mendengar keterangan daripada pihak-pihak yang bertikai.

(iv)-Secara prinsipnya, pendapat yang diberikan oleh saksi sebagai orang ketiga dalam prosiding adalah tidak relevan.

(v)-Namun demikian, Seksyen 45 Akta Keterangan 1950 membenarkan pendapat saksi diterima sebagai keterangan di Mahkamah dengan syarat saksi tersebut merupakan seorang pakar dan pendapatnya adalah berkaitan dengan fakta yang dikemukakan olehnya.

(vi)-“whenever it is clear that inexperienced persons are unlikely to form a consent judgement in the subject matter of inquiry, the opinion of someone who has special skills is admissible.”

3.2.10-Keterangan Prima Facie (Prima Facie Evidence)

(i)-Prima Facie bermaksud sekilas pandang atau sekali imbas atau sepintas lalu. Keterangan prima facie pula membawa maksud keterangan yang meyakinkan Mahkamah bahawa keterangan yang dikemukakan adalah mencukupi untuk memastikan wujudnya elemen utama dalam pertuduhun kes jenayah.

(ii)-Beban untuk mengemukakan keterangan prima facie iniadalah terletak kepada pihak pengadu atau pihak Pendakwa.

(iii)-Prima Facie is a Latin expression meaning on its first encounter or at first sight. The literal translation would be "at first face" or "at first appearance".

3.2.11-Keterangan Sama Fakta (Similar Fact Evidence) - Seksyen 11, 14, 15 & 16 Akta Keterangan 1950

(i)-Keterangan Sama Fakta merupakan satu bentuk keterangan yang membuktikan kewujudan suatu fakta isu melalui pembuktian fakta relevan yang tidak berkaitan antara satu sama lain.

(ii)-Contohnya, kesalahan merosakkan harta benda awam yang dilakukan oleh seseorang yang pernah mempunyai rekod kesalahan yang serupa.

(iii)-Rekod kesalahan itu boleh dijadikan satu bentuk keterangan sama fakta bahawa orang tersebut telah melakukan kesalahan yang sama pada waktu yang berlainan.

(iv)-Secara prinsipnya keterangan jenis ini tidak relevan kerana ia boleh menimbulkan prejudis dan bias kepada tertuduh.

3.2.12-Keterangan Watak (Character Evidence) - Seksyen 52-55 Akta Keterangan 1950

(i)-Keterangan Watak adalah berkait rapat dengan aspek reputasi, deposisi dan insiden tertentu seperti sabitan kes jenayah terdahulu.

(ii)-Keterangan Watak ini lebih bersifat umum berbanding keterangan sama fakta. Keterangan ini merangkumi minat, kecenderungan, kualiti dalaman, pembawaan, nama baik, integriti, maruah serta pandangan masyarakat umum.

(iii)-Keterangan ini adalah tidak relevan jika dikaitkan dalam kes sivil namun keterangan ini menjadi relevan jika dikaitkan dengan kes jenayah.

3.2.13-Keterangan Konklusif (Conclusive Evidence) - Seksyen 41, 112 & 113 Akta Keterangan 1950

(i)-Keterangan Konklusif adalah satu bentuk keterangan yang muktamad dan tidak boleh dipertikai.

(ii)-Suatu keterangan yang dikemukakan  akan menjadi konklusif dan muktamad jika ia telah diperuntukkan oleh statut di bawah Akta Keterangan 1950.

(iii)-Misalnya, Seksyen 112, Akta Keterangan 1950 yang memperuntukkan bahawa kelahiran anak dalam masa perkahwinan merupakan bukti muktamad tentang kesahtarafan anak.

(iv)-Seksyen 113 Akta Keterangan 1950 yang memperuntukkan anggapan bahawa budak lelaki yang berumur dibawah 13 tahun tidak berupaya untuk melakukan jenayah rogol.

3.2.14-Keterangan Sokongan (Corroborative Evidence)

(i)-Corroborative Evidence is the evidence that tends to support a proposition that is already supported by some initial evidence, therefore confirming the proposition.

(ii)-For example, W, a witness, testifies that she saw X drive his automobile into a green car. Meanwhile, Y, another witness, testifies that when he examined X's car, later that day, he noticed green paint on its fender.

(iii)-There can also be corroborating evidence related to a certain source, such as what makes an author think a certain way due to the evidence that was supplied by witnesses or objects.

(iv)-Corroborative evidence can also be illustrated as evidence which shows or tend to show that the story of witness that the accused committed the crime is true, not merely that the crime has been committed but it was committed by the accused.

(v)-Besides that, corroboration can be defined also as an additional supporting evidence to strengthen the previous fact or evidence adduced before the court.

1 comment:

basiahochs said...

MGM Resorts: Casino, Restaurants, & Nightlife
Find The Official 파주 출장마사지 Guide to MGM Resorts, Restaurants, and Nightlife in New Jersey! Book a 동해 출장샵 room 군산 출장마사지 at the MGM 용인 출장샵 Resorts Hotel and Casino 전주 출장안마 or choose from over 5500 great