Failkan Praecipe untuk Writ Penyitaan dan Penjualan
- Borang 89 (a).
| |
↓
| |
Pengeluaran Writ Penyitaan dan Penjualan - Borang
84/84A/85 yang dimetarai oleh pegawai di Pejabat Pendaftaran.
| |
↓
| |
Writ Penyitaan dan Penjualan – Borang 84/84A/85 adalah
sah untuk 12 bulan bermula dari tarikh keluaran. Writ boleh dilanjutkan untuk
12 bulan lagi sekiranya tidak dilaksanakan sepenuhnya dan permohonan mesti
dibuat sebelum writ itu tamat.
| |
↓
| |
Writ Penyitaan dan Penjualan diserahkan kepada Syerif
atau Bailif dan Bailif akan mengendorskan pada writ hari, jam dan minit
penyerahan writ tersebut.
| |
↓
| |
Tarikh dan masa pelaksanaan ditetapkan. Mesti
dilaksanakan Antara jam 9:00 pagi dan 4:00 petang, melainkan jika Syerif atau
Bailif memerintahkan selainnya.
| |
↓
| |
Tarikh pelaksanaan.
Deposit kos pelaksanaan perlu dibayar di Pejabat Pendaftaran sekiranya diminta oleh Syerif atau Bailif. | |
↓
| |
Harta alih disita oleh Syerif atau Bailif.
| |
↓
| |
Bailif akan memberikan penghutang pelaksanaan suatu
notis penyitaan dan inventori – Borang 91 dan 1 salinan notis mesti
difailkan.
Jika Syerif atau Bailif mengalihkan harta alih yang disita, suatu inventori tentang harta yang dialihkan mesti diberi pada masa harta itu dialihkan atau sebaik sahaja selepas itu kepada penghutang pelaksanaan samada | |
↓
| |
Penghutang Pelaksanaan diberi 7 hari untuk
menyelesaikan tunggakan hutang penghakiman.
| |
↓
|
↓
|
Penghutang Pelaksanaan setuju membayar
|
Penghutang Pelaksanaan enggan membayar
|
↓
|
↓
|
Mohon suatu perintah penggantungan pelaksanaan -
Borang 93
|
Notis Jualan melalui lelong awam – Borang 92
dikeluarkan untuk menjual harta alih yang disita.
|
↓
|
↓
|
Penghutang Pelaksanaan menjelaskan hutang
penghakiman.
|
Jika nilai harta yang disita melebihi RM10,000.00,
jualan hendaklah dijalankan oleh pelelong berlesen sekiranya diperintah oleh
Syerif atau Bailif dan jualan diiklankan secara umum.
Dalamm apa-apa hal yang lain jualan boleh dijalankan oleh Syerif atau Bailif. |
↓
|
↓
|
Persetujuan Pemiutang Pelaksanaan difailkan
– Borang 90
|
Hasil penjualan akan dibahagikan mengikut pernyataan akaun.
|
SUMBER: KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH 2012
No comments:
Post a Comment