Suatu Analisis Yang Tulus Meniti Pengalaman
Masyarakat Malaysia secara keseluruhannya berorientasikan peperiksaan. Misalnya, seorang pelajar perempuan yang mengambil kursus pembelajaran komputer didapati tidak mempunyai ide berkenaan dengan cara operasi program “WINDOWS”, tetapi kenyataannya dia mendapat keputusan “A” bagi peperiksaan subjek berkenaan memandangkan peperiksaan yang didudukinya berteraskan kepada buku teks.
Sungguh hairan apabila dia langsung tidak tahu tentang “SOUND CARD” kerana perkara ini tidak terkandung dalam silibus buku teksnya.
SUATU PENGALAMAN BUAT RENUNGAN BERSAMA
Seorang pelajar terbaik yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan peringkat sekolah dan berjaya memasuki Institusi Pengajian Tinggi yang masih berkira-kira tentang cara pembelajaran yang bersifat konvensional pada masa peringkat persekolahan iaitu penghafalan dan lulus peperiksaan dengan warna-warni. Adalah wajar bagi anda untuk merenungkan pendapat ini:-
Apakah erti anda melangkah ke alam Universiti, sama ada untuk menerokai sumber pengetahuan yang baru atau sebagai medium menghafal konsep ilmu tersebut? Sebaliknya anda boleh berdikari belajar dari rumah dan apakah keperluan untuk memasuki universiti serta membelanjakan wang ringgit jika anda berpegang pada konsep menghafal ilmu?
Perlu disedari pendidikan di dalam bilik darjah hanya boleh dipraktik dan diaplikasi melalui proses pembelajaran yang aktif. Maka elemen inilah yang mendorong akan kegagalan Sistem Pendidikan Kebangsaan Negara Kita.
Akhir kata, galakan pelajar agar meneroka sumber pengetahuan yang merupakan aspek tunggal dalam memperbetulkan proses pembelajaran.
No comments:
Post a Comment