Bil
|
Seksyen
|
Kesalahan
|
Hukuman
|
1
|
44
|
(1) Jika mana‐mana vesel berapungan dalam perairan wilayah dan apabila diperiksa didapati membawa barang‐barang yang dikenakan duti apabila diimport atau barang‐barang daripada suatu kelas di mana pengimportannya dilarang, nakhoda dan tiap‐tiap anggota kru vesel itu adalah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, sebagai telah mengimport barang‐barang tak berkastam atau barang-barang larangan, mengikut mana‐mana yang berkenaan.
(2) Jika mana‐mana vesel berapungan dalam perairan wilayah dan apabila diperiksa didapati tidak membawa barang‐barang yang disebut dalam subseksyen (1), vesel itu hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, sebagai terapung‐pung bagi maksud menerima barang‐barang berduti yang mana duti eksport telah tidak dibayar ke atasnya atau barang‐barang larangan yang dieksport berlawanan dengan suatu larangan dan nakhoda dan tiap‐tiap anggota kru vesel itu adalah melakukan kesalahan terhadap Akta ini.
|
Seksyen 138 – Denda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 5 tahun atau keduaduanya.
|
2
|
49
|
(1) Tiada barang‐barang berduti apabila diimport atau dieksport atau barang ‐ barang larangan boleh dibawa dalam mana‐mana pesawat tempatan kecuali dengan kebenaran Ketua Pengarah Kastam.
Seksyen 2 – pesawat tempatan ertinya mana‐mana jong, tongkang, perahu, kumpit atau vesel lain yang sama jenis, dan mana‐mana vesel stim atau bermotor di bawah 75 tan bersih berdaftar.
|
Seksyen 138 – Denda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 5 tahun atau keduaduanya.
|
3
|
133(1)(a)
|
Membuat, secara lisan atau bertulis, atau menandatangani apa‐apa akuan, perakuan atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta ini yang tidak benar atau tidak betul dalam apa‐apa perkara.
|
Denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua‐duanya
|
4
|
133(1)(b)
|
Membuat, secara lisan atau bertulis, atau menandatangani apa‐apa akuan atau dokumen yang dibuat bagi pertimbangan pegawai kastam berkenaan apa‐apa permohonan yang disampaikan kepadanya, yang tidak benar atau tidak betul dalam apa‐apa perkara.
|
‐ sama ‐
|
5
|
133(1)(c)
|
Melancung atau memalsu atau mengguna, apa‐apa dokumen yang di pelancung atau dipalsukan, yang adalah atau mungkin dikehendaki di bawah Akta ini atau apa‐apa dokumen yang diguna dalam transaksi apa‐apa urusan atau perkara berhubungan dengan kastam.
|
‐ sama ‐
|
6
|
133(1)(d)
|
Secara fraudan menukar apa‐apa dokumen, atau melancung meterai, tandatangan, kependekan atau tanda lain kepunyaan, atau digunakan oleh, mana‐mana pegawai kastam bagi penentusahan apa‐apa dokumen atau bagi memperolehi apa‐apa barabg‐barang atau apa‐apa maksud lain dalam perjalanan urusan berhubungan dengan kastam.
|
‐ sama ‐
|
7
|
133(1)(e)
|
Gagal membuat akuan berkenaan barang‐barang berduti yang diimport atau dieksport.
|
‐ sama ‐
|
8
|
135(1)(a)
|
Mengimport atau mengeksport apa‐apa barang‐barang tak berkastam atau apa-apa barang‐barang larangan berlawanan dengan sesuatu larangan sama ada barang‐barang berkenaan itu dikapalkan, diturunkan dari kapal, dihantarserah atau tidak.
|
(i) dalam hal barang‐barang yang termasuk dalam suatu kelas barangbarang yang dinyatakan dalam satu perintah yang dibuat dalam seksyen
11(1)‐(aa) kesalahan pertama boleh dikenakan denda tidak lebih daripada 10 kali ganda amaun duti kastam dan tidak lebih daripada 20 kali ganda amaun duti kastam atau penjara tidak lebih daripada 3 tahun atau kedua‐duanya.
(bb) kesalahan kedua atau kemudiannya denda tidak lebih 20 kali ganda amaun duti kastam dan tidak lebih daripada 40 kali ganda amaun duti kastam atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya.
(ii) dalam barang‐barang tak berkastam, barang‐barang itu bukan yang berduti atau dilarang, boleh denda tidak lebih dua kali ganda nilai barang‐barang itu atau RM10,000 yang mana satu amaun yang lebih besar.
(iii) dalam hal barang‐barang larangan‐
(aa) kesalahan pertama bertanggungan dengan denda tidak lebih 10 kali ganda nilai barang-barang itu dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barang‐barang itu atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua‐duanya; dan
(bb) kesalahan kedua atau kemudiannya didenda tidak kurang daripada 20 kali ganda nilai barang-barang dan tidak lebih daripada 40 kali ganda nilai barang‐barang atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua‐duanya.
|
9
|
135(1)(b)
|
Mengapalkan, menurunkan dari kapal, menghantarserah atau membantu atau terlibat dalam mengapalkan, menurunkan dari kapal atau menghantarserahkan apa‐apa barang–barang tak berkastam atau apa‐apa larangan berlawanan dengan sesuatu larangan.
|
‐ sama ‐
|
10
|
135(1)(c)
|
Dengan menyalahi undang‐undang memindah atau mengeluarkan atau denganapa‐apa cara membantu atau terlibat dalam memindah atau mengeluarkan apa-apa barang‐barang daripada kawalan kastam dengan menyalahi undang‐undang.
|
‐ sama ‐
|
11
|
135(1)(d)
|
Dengan disedarinya melindungi, menyimpan, menyembunyi atau mempunyai dalam milikannya atau membenarkan, membiarkan, menyebabkan atau mendapatkan untuk dilindungi, disimpan atau disembunyi, apa‐apa barangbarang tak berkastam atau barang larangan.
|
‐ sama ‐
|
12
|
135(1)(e)
|
Yang dalam apa‐apa cara dengan disedarinya terlibat dalam mengangkut, memindah, mendeposit atau berurusan dengan apa‐apa barang berduti, tak berkastam atau larangan dengan niat menfraud Kerajaan terhadap apa‐apa duti ke atasnya, atau mengelak daripada mana‐mana peruntukan Akta ini atau mengelak daripada apa‐apa larangan yang terpakai bagi barang‐barang itu.
|
‐ sama ‐
|
13
|
135(1)(f)
|
Selaku penumpang atau orang lain, yang didapati mempunyai dalam bagasinya atau pada dirinya atau selainnya dalam milikannya, apa‐apa barang berduti atau larangan, selepas menafikan bahawa dia mempunyai apa‐apa barang‐barang berduti atau larangan dalam bagasinya atau pada dirinya atau selainnya dalam milikannya.
|
‐ sama ‐
|
14
|
135(1)(g)
|
Yang dalam apa‐apa cara dengan disedarinya terlibat dalam apa‐apa pengelakan fraudan atau cuba mengelak dengan fraudan apa‐apa duti kastam, atau dalam pengelakan atau percubaan mengelakkan apa‐apa larangan import atau eksport.
|
‐ sama ‐
|
15
|
136(a)
|
Menyerang atau menghalang mana‐mana pegawai kastam atau pengkhidmat awam lain atau mana‐mana orang yang bertindak bagi menolong atau membantunya atau diambil berkerja dengan sempurnanya bagi pencegahan penyeludupan, ketika menjalankan tugasnya atau ketika menyita apa‐apa barangbarang yang boleh disita di bawah Akta ini.
|
(i) Sabitan pertama – Dipenjarakan tidak melebihi 3 tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000 atau kedua‐duanya
(ii) Sabitan kedua atau kali kemudiannya – penjara tidak 5 tahun atau didenda tidak lebih RM20,000 atau kedua‐duanya.
|
16
|
136(b)
|
Membebas atau cuba membebaskan apa‐apa barang‐barang, atau menyebabkan untuk dibebaskan, apa‐apa barang yang telah disita dengan sempurnanya.
|
‐ sama ‐
|
17
|
136(c)
|
Sebelum atau selepas apa‐apa penyitaan menebuk, memecah atau selainnya memusnahkan apa‐apa bungkusan atau barang‐barang untuk menghalangnya daripada disita atau untuk menentukan bungkusan atau barang‐barang itu tidak
disita.
|
‐ sama ‐
|
Sunday, August 7, 2011
KESALAHAN‐KESALAHAN DI BAWAH AKTA KASTAM 1967(AKTA 235)
Subscribe to:
Posts (Atom)