1.0
PENDAHULUAN
1.1-Pembuktian merupakan elemen yang
signifikan dalam suatu prosiding perbicaraan dan perlu dikemukakan secara
teratur di Mahkamah.
1.2-Kaedah bermaksud cara atau
peraturan untuk membuat sesuatu.
1.3-Pembuktian bermaksud perbuatan,
usaha, dan sebagainya untuk membuktikan.
1.4-Pembuktian berasal daripada kata
dasar “bukti” yang ditakrifkan sebagai keterangan yang nyata, tanda kebenaran
dan dalil.
2.0 TUJUAN UNDANG-UNDANG
KETERANGAN
2.1-Undang-undang keterangan bertujuan
untuk menentukan tiga perkara yang berikut:
2.1.1-Penentuan fakta yang boleh
dikemukakan di mahkamah;
2.2.2-Menggariskan apakah keterangan
yang perlu dan boleh dikemukakan untuk membuktikan kewujudan fakta yang
dikemukakan di mahkamah; dan
2.2.3-Menentukan siapakah dan
bagaimanakah keterangan dikemukakan dalam proses pembuktian.
3.0
ELEMEN PEMBUKTIAN DI MAHKAMAH
3.1-Tasfiran “keterangan” menurut
Seksyen 3 Akta Keterangan 1950:-
“keterangan” termasuklah –
(a)-segala pernyataan yang dibenarkan
atau dikehendaki oleh mahkamah dibuat di hadapannya oleh saksi berhubung dengan
perkara fakta yang disiasat: pernyataan sedemikian disebut keterangan lisan;
(b)-segala dokumen yang dikemukakan
bagi pemeriksaan mahkamah: dokumen sedemikian disebut keterangan dokumentar;
3.2-Meskipun, Akta Keterangan 1950
mentafsirkan keterangan sebagai keterangan lisan dan keterangan dokumen, namun
perlu difahami bahawa tafsiran ini juga membawa skop-skop klasifikasi
keterangan yang lebih khusus antaranya:-
3.2.1-Keterangan
Lisan (Oral Evidence)
3.2.2-Keterangan
Dokumen (Documentary Evidence)
3.2.3-Keterangan
Langsung (Direct Evidence)
3.2.4-Keterangan
Keadaan (Circumstantial Evidence)
3.2.5-Keterangan
Primer (Primary Evidence)
3.2.6-Keterangan
Sekunder (Secondary Evidence)
3.2.7-Keterangan
Dengar Cakap (Hearsay Evidence)
3.2.8-Keterangan
Benda (Real Evidence)
3.2.9-Keterangan
Pendapat (Opinion Evidence)
3.2.10-Keterangan Prima Facie
(Prima Facie Evidence)
3.2.11-Keterangan Sama Fakta
(Similar Fact Evidence)
3.2.12-Keterangan Watak
(Character Evidence)
3.2.13-Keterangan Konklusif
(Conclusive Evidence)
3.2.14-Keterangan Sokongan
(Corroborative evidence)
3.2.1-Keterangan
Lisan (Oral Evidence) – Seksyen 59 & 60 Akta Keterangan 1950
(i)-Keterangan Lisan bermaksud segala
penyataan yang dikhendaki oleh Mahkamah untuk dibuat di hadapannya oleh saksi
tentang sesuatu hal atau kejadian.
(ii)-Keterangan lisan merangkumi
segala fakta yang dikemukakan kecuali isi kandungan dokumen-dokumen.
(iii)-Setiap keterangan lisan mestilah
dikemukakan secara langsung.
3.2.2-Keterangan
Dokumen (Documentary Evidence) - Seksyen 3 Akta Keterangan 1950
(i)-Keterangan Dokumen merangkumi
keterangan yang berbentuk tulisan, perkataan yang dicetak atau dilitograf atau
difotograf, inskripsi pada kayu atau batu atau logam, lukisan, citra, gambar,
karikatur, fotograf, negatif, pita komunikasi telefon termasuk yang dipancarkan
dari satu jarak, rakaman fotografi dan hal yang dirakam atau disimpan atau
diproses atau didapatkan semula atau dikeluarkan oleh komputer.
(ii)-Prinsipnya, keterangan dokumen
memerlukan dokumen asal dikemukakan kepada Mahkamah.
(iii)-Dokumen asal yang dikemukakan
juga merupakan Keterangan Primer (Primary Evidence).
(iv)-Manakala, salinan dokumen asal
merupakan Keterangan Sekunder.
3.2.3-Keterangan
Langsung (Direct Evidence)
(i)-Keterangan Langsung merupakan satu
bentuk keterangan lisan yang diberikan oleh seorang saksi dalam Mahkamah
berhubung suatu fakta atau hak atau kejadian yang diperolehinya melalui
pancaindera.
(ii)-Contohnya, keterangan suatu fakta
yang boleh dilihat dan didengar, maka keterangan lisan yang perlu diberikan
saksi tersebut adalah berkaitan dengan apa yang dilihat dan didengar olehnya.
(iii)-“This principal of oral evidence
is based on the rule that a witness can only verify the truth of facts which he
himself has seen or heard or perceived or of which he has personal knowledge.”
(iv)-Jika keterangan berkaitan dengan
suatu pendapat, maka keterangan langsung adalah keterangan yang dikemukakan
oleh seseorang yang berpegang kepada pendapat tersebut.
3.2.4-Keterangan
Keadaan (Circumstantial Evidence)
(i)-Keterangan Keadaan adalah satu
bentuk keterangan yang dikemukakan untuk membuktikan kewujudan fakta isu atau
persoalan yang dipertikaikan melalui pembuktian fakta berkaitan atau fakta yang
relevan dengan fakta isu atau persoalan yang dipertikaikan.
(ii)-Apabila fakta berkaitan ini
dibuktikan, maka ia membawa kepada kebarangkalian fakta isu atau persoalan yang
dipertikaian itu wujud atau sebaliknya.
3.2.5-Keterangan
Primer (Primary Evidence) - Seksyen 64 Akta Keterangan 1950
(i)-Keterangan Primer adalah
berasaskan kepada “best evidence rule” kerana keterangan tersebut
disokong oleh dokumen asal yang membuktikan kesahihan dan kewujudan sesuatu
dokumen.
(ii)-Pembuktian dokumen yang
dikemukakan di Mahkamah perlu dibuktikan dengan keterangan primer.
3.2.6-Keterangan
Sekunder (Secondary Evidence) - Seksyen 63 & 65 Akta Keterangan 1950
(i)-Keterangan Sekunder termasuk
salinan yang diperakui, salinan daripada naskhah asal melalui mesin, salinan
yang dibuat daripada atau dibandingkan dengan naskhah asal, kaunterpart dokumen
terhadap pihak-pihak yang tidak menyempurnakannya dan keterangan lisan mengenai
kandungan sesuatu dokumen yang telah diberikan oleh seseorang yang melihatnya
atau mendengar tentangnya atau melalui anggapannya sendiri.
(ii)-Keterangan Sekunder digunakan
apabila tidak wujud keterangan primer dalam keadaan tertentu.
(iii)-Kebolehterimaan keterangan
sekunder bergantung pada syarat-syarat yang termaktub dalam Seksyen 65 Akta
Keterangan 1950.
(iv)-Contoh keterangan sekunder adalah
dalam bentuk salinan asal dokumen ataupun satu bentuk keterangan lisan
berkaitan kandungan dalam dokumen tersebut.
3.2.7-Keterangan Dengar
Cakap (Hearsay Evidence) - Seksyen 13, 18-24, 32-38 & 73A Akta
Keterangan 1950
(i)-Keterangan Dengar Cakap adalah
bertentangan (berlawanan) dengan keterangan langsung mahupun yang dikemukakan
secara langsung.
(ii)-Prinsipnya, keterangan dengar
cakap tidak diterima sebagai salah satu bentuk keterangan di Mahkamah.
(iii)-Walaubagaimanapun, terdapat
pengecualian penting dibawah Seksyen 13, 18-24, 32-38 & 73A Akta Keterangan
1950 yang tertakluk pada syarat bagi kebolehterimaan keterangan dengar cakap.
(iv)-Misalnya berkaitan dengan
keterangan yang dikemukakan pada prosiding terdahulu oleh seorang saksi yang
sekarang tidak boleh dijumpai atau dipanggil untuk mengemukakan keterangan di
Mahkamah akibat keuzuran, sakit atau mati.
(v)-“Hearsay evidence as a general
rule, is excluded from legal evidence. However, there are a few important
exceptions and these have been dealt with under sections 13, 18 to 24, and
sections 32-38.”
3.2.8-Keterangan
Benda (Real Evidence) - Seksyen 60 (3) Akta Keterangan 1950
(i)-Keterangan Benda adalah satu
bentuk keterangan yang dibawa ke perhatian & pengetahuan Mahkamah tentang
suatu benda atau material untuk diperiksa oleh Mahkamah.
(ii)-Misalnya, barangan yang
dikemukakan (ditender) sebagai eksibit seperti senjata, dokumen dll.
3.2.9-Keterangan
Pendapat (Opinion Evidence) - Seksyen 45 Akta Keterangan 1950
(i)-Kaedah pembuktian di Mahkamah
adalah melalui saksi yang akan mengemukakan keterangan berkaitan dengan fakta
sahaja.
(ii)-Jika saksi tersebut mengemukakan
pendapatnya, maka ia tidak akan diterima sebagai satu bentuk keterangan di
Mahkamah.
(iii)-Ini kerana pendapat hanya boleh
diberikan oleh Hakim setelah mendengar keterangan daripada pihak-pihak yang
bertikai.
(iv)-Secara prinsipnya, pendapat yang
diberikan oleh saksi sebagai orang ketiga dalam prosiding adalah tidak relevan.
(v)-Namun demikian, Seksyen 45 Akta
Keterangan 1950 membenarkan pendapat saksi diterima sebagai keterangan di
Mahkamah dengan syarat saksi tersebut merupakan seorang pakar dan pendapatnya
adalah berkaitan dengan fakta yang dikemukakan olehnya.
(vi)-“whenever it is clear that
inexperienced persons are unlikely to form a consent judgement in the subject
matter of inquiry, the opinion of someone who has special skills is
admissible.”
3.2.10-Keterangan Prima
Facie (Prima Facie Evidence)
(i)-Prima Facie bermaksud sekilas
pandang atau sekali imbas atau sepintas lalu. Keterangan prima facie pula
membawa maksud keterangan yang meyakinkan Mahkamah bahawa keterangan yang
dikemukakan adalah mencukupi untuk memastikan wujudnya elemen utama dalam
pertuduhun kes jenayah.
(ii)-Beban untuk mengemukakan
keterangan prima facie iniadalah terletak kepada pihak pengadu atau pihak
Pendakwa.
(iii)-Prima Facie is a Latin expression meaning on its
first encounter or at first sight. The literal translation would be
"at first face" or "at first appearance".
3.2.11-Keterangan Sama
Fakta (Similar Fact Evidence) - Seksyen 11, 14, 15 & 16 Akta
Keterangan 1950
(i)-Keterangan Sama Fakta merupakan
satu bentuk keterangan yang membuktikan kewujudan suatu fakta isu melalui
pembuktian fakta relevan yang tidak berkaitan antara satu sama lain.
(ii)-Contohnya, kesalahan merosakkan
harta benda awam yang dilakukan oleh seseorang yang pernah mempunyai rekod
kesalahan yang serupa.
(iii)-Rekod kesalahan itu boleh
dijadikan satu bentuk keterangan sama fakta bahawa orang tersebut telah
melakukan kesalahan yang sama pada waktu yang berlainan.
(iv)-Secara prinsipnya keterangan
jenis ini tidak relevan kerana ia boleh menimbulkan prejudis
dan bias kepada tertuduh.
3.2.12-Keterangan
Watak (Character Evidence) - Seksyen 52-55 Akta Keterangan 1950
(i)-Keterangan Watak adalah berkait
rapat dengan aspek reputasi, deposisi dan insiden tertentu seperti sabitan kes
jenayah terdahulu.
(ii)-Keterangan Watak ini lebih
bersifat umum berbanding keterangan sama fakta. Keterangan ini merangkumi
minat, kecenderungan, kualiti dalaman, pembawaan, nama baik, integriti, maruah
serta pandangan masyarakat umum.
(iii)-Keterangan ini adalah tidak
relevan jika dikaitkan dalam kes sivil namun keterangan ini menjadi relevan
jika dikaitkan dengan kes jenayah.
3.2.13-Keterangan
Konklusif (Conclusive Evidence) - Seksyen 41, 112 & 113 Akta
Keterangan 1950
(i)-Keterangan Konklusif adalah satu
bentuk keterangan yang muktamad dan tidak boleh dipertikai.
(ii)-Suatu keterangan yang
dikemukakan akan menjadi konklusif dan muktamad jika ia telah
diperuntukkan oleh statut di bawah Akta Keterangan 1950.
(iii)-Misalnya, Seksyen 112, Akta
Keterangan 1950 yang memperuntukkan bahawa kelahiran anak dalam masa perkahwinan
merupakan bukti muktamad tentang kesahtarafan anak.
(iv)-Seksyen 113 Akta Keterangan 1950
yang memperuntukkan anggapan bahawa budak lelaki yang berumur dibawah 13 tahun
tidak berupaya untuk melakukan jenayah rogol.
3.2.14-Keterangan
Sokongan (Corroborative Evidence)
(i)-Corroborative Evidence is the
evidence that tends to support a proposition that is already supported by some
initial evidence, therefore confirming the proposition.
(ii)-For example, W, a witness,
testifies that she saw X drive his automobile into a green car. Meanwhile, Y,
another witness, testifies that when he examined X's car, later that day, he
noticed green paint on its fender.
(iii)-There can also be corroborating
evidence related to a certain source, such as what makes an author think a
certain way due to the evidence that was supplied by witnesses or objects.
(iv)-Corroborative evidence can also
be illustrated as evidence which shows or tend to show that the story of
witness that the accused committed the crime is true, not merely that the crime
has been committed but it was committed by the accused.
(v)-Besides that, corroboration can be
defined also as an additional supporting evidence to strengthen the previous
fact or evidence adduced before the court.