Wednesday, April 1, 2020

MALAYSIA:PERMOHONAN TANAH KERAJAAN BAGI KEMUDAHAN AWAM-KUIL

1.-Permohonan tanah kerajaan untuk kemudahan awam iaitu Kuil Hindu boleh dibuat di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara (KTN).

2.-Bagaimanakah untuk mengetahui tanah kerajaan?

3.-Tanah terbahagi kepada lima (5) kumpulan iaitu:-

3.1-Tanah Milik - tanah yang ada hakmilik berdaftar.

3.2-Tanah lombong - tanah yang diberi untuk pajakan/sijil melombong.

3.3-Tanah Rizab - tanah yang dirizabkan untuk kemudahan awam (S.62 KTN).

3.4-Tanah Rizab Hutan - tanah yang dirizabkan sebagai Rizab Hutan.

3.5-Tanah Kerajaan - semua tanah dalam negeri selain 3.1, 3.2, 3.3 dan 3.4 di atas.

4.-Tanah yang dilupuskan untuk kemudahan awam iaitu Kuil Hindu di tapak tanah kerajaan sedia ada atau yang akan dibina kemudian tidak diberimilik sebaliknya hanya dirizabkan sebagai “kemudahan awam-Kuil Hindu”.

5.-Perizapan tanah bagi “kemudahan awam-Kuil Hindu” dibuat menurut Seksyen 62 KTN melalui pemberitahu undangan (Legal Notification) dan tiada daftar hakmilik tanah dikeluarkan.

6.-Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan tanah kerajaan bagi kemudahan awam- Kuil Hindu?

6.1-Permohonan boleh dibuat kepada Pejabat Tanah/Daerah masing-masing di bawah Seksyen 62 KTN untuk perizapan tanah kerajaan bagi “kemudahan awam-Kuil Hindu”.

7.-Siapakah yang boleh membuat permohonan tanah bagi kemudahan awam-Kuil Hindu?

7.1-Permohonan boleh dibuat oleh pertubuhan yang didaftarkan di bawah ROS, ROC (CLBG) dan Pemegang Amanah (Trustees).

No comments: