Sunday, April 5, 2020

MALAYSIA:PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN BAGI PENDERMA TABUNG PENGURUSAN RUMAH IBADAT (TPRI) AGAMA HINDU


DEFINISI: TPRI ialah sebuah organisasi yang ditubuhkan dan diselenggara secara khusus untuk mentadbir dan menambah dana awam yang diwujudkan dan disimpan semata-mata:-

i.-bagi tujuan pengurusan bangunan di Malaysia yang hanya digunakan sebagai tempat ibadat atau pengembangan agama;

ii.-untuk menyediakan kemudahan bagi menjalankan dan menguruskan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan tempat ibadat atau pengembangan agama.

atau

TPRI ialah sebuah tabung yang ditubuhkan khusus untuk pembinaan, pembaikan atau penyelenggaraan sesebuah bangunan di Malaysia yang akan digunakan semata-mata bagi maksud ibadat atau kemajuan agama.

[Seksyen 44(7)(c)(ii) dan (iii) Akta Cukai Pendapatan 1967]

PROSEDUR PERMOHONAN:       

1.-Tiada borang permohonan khas;

2.-Surat permohonan kelulusan di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 dikemukakan oleh AJK TPRI kepada:-

Ketua Pengarah
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Jabatan Dasar Percukaian
Aras 17 Menara Hasil
Persiaran Rimba Permai, Cyber 8
63000 Cyberjaya
Selangor
[u/p: Pengarah Jabatan Dasar Percukaian]

DOKUMEN SOKONGAN & MAKLUMAT LENGKAP SEMASA PERMOHONAN:

1.-Peraturan TPRI;
2.-Senarai AJK TPRI;
3.-Surat Pengesahan – Malaysia Hindu Sangam;
4.-Salinan Perakuan Pendaftaran Pertubuhan;
5.-Salinan Senarai AJK Pertubuhan;
6.-Salinan Perlembagaan Pertubuhan;
7.-Senarai aktiviti yang telah dijalankan oleh rumah ibadat;
8.-Senarai perancangan aktiviti yang akan dijalankan oleh TPRI.

FAEDAH KELULUSAN TPRI:

1.-Bagi tujuan kelulusan di bawah subseksyen 44(6) ACP 1967, TPRI akan diberi kelulusan sebagai sebuah tabung yang diwujudkan melalui satu Peraturan Rumah Ibadat yang dipertanggungjawabkan kepada ahli jawatankuasa (AJK) rumah ibadat.

2.-Penderma kepada TPRI yang diluluskan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967, layak untuk menikmati potongan atas derma dalam pengiraan jumlah pendapatan. Hanya derma wang tunai yang disokong oleh resit rasmi layak untuk potongan.

TANGGUNGJAWAB TPRI:

1.-TPRI mesti mengeluarkan resit rasmi kepada penderma apabila menerima sumbangan.

2.-Maklumat yang perlu dicatatkan dalam resit rasmi adalah:-

2.1-Nama TPRI;
2.2-No. siri resit rasmi;
2.3-No. rujukan fail/kelulusan LHDN;
2.4-Tarikh kuatkuasa kelulusan;
2.5-No. rujukan warta kerajaan.

No comments: