Monday, May 4, 2020

CARA MEMOHON PENDAFTARAN PERSATUAN PENGANUT HINDU DENGAN JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA (JPPM)

1.-Satu mesyuarat penubuhan yang dihadiri minimum 7 orang hendaklah diadakan dan nama mereka yang hadir hendaklah dicatatkan dalam minit mesyuarat penubuhan.

2.-Mesyuarat penubuhan hendaklah membuat ketetapan seperti berikut:

(a)-bersetuju menubuhkan pertubuhan;

(b)-meluluskan nama pertubuhan yang akan didaftarkan;
(nama pertubuhan hendaklah selaras dengan tujuan dan keahlian pertubuhan)

(c)-menetapkan alamat tempat urusan bagi pertubuhan yang akan didaftarkan;

(d)-melantik AJK Penaja Pertubuhan minimum 7 orang untuk menguruskan pendaftaran pertubuhan;

(e)- sediakan senarai AJK Penaja; dan

(f)-meluluskan undang-undang (perlembagaan) bagi pertubuhan yang hendak didaftarkan termasuk bendera, lambang dan lencana dengan keterangan (jika berkenaan);

3.-Senarai AJK Penaja hendaklah mengandungi butiran setiap AJK Penaja mengikut format yang ditetapkan oleh JPPM iaitu seperti berikut:

(a)-Jawatan dalam pertubuhan;

(b)-Nama penuh seperti dalam myKad;

(c)-Jantina;

(d)-Nombor kad pengenalan baru dan lama;

(e)-Warganegara;

(f)-Tarikh lahir dan Tempat lahir (daerah);

(g)-Pekerjaan;

(h)-Nama dan Alamat majikan;

(i)-Alamat kediaman semasa;

(j)-Nombor telefon (Rumah/Bimbit/Pejabat); dan

(d)-Emel;

4.-Setiap Ahli Jawatankuasa bagi Pertubuhan hendaklah dipastikan tidak hilang kelayakan memegang jawatan di bawah Seksyen 9A dan Seksyen 49 Akta Pertubuhan 1966.

5.-Minit Mesyuarat Penubuhan yang mencatatkan perjalanan mesyuarat penubuhan pertubuhan dan keputusan terhadap ketetapan-ketetapan yang dibuat hendaklah disediakan.

6.-Setiausaha Penaja hendaklah membuat pendaftaran pertubuhan secara online melalui sistem eROSES di www.eroses.gov.my.

7.-Bayaran Pendaftaran Pertubuhan sebanyak RM30.00 akan dikenakan bagi setiap permohonan yang dibuat.

8.-Pembayaran Fi boleh dibayar melalui kaunter JPPM atau secara online.

9.-Pertubuhan yang dibatalkan pendaftarannya selepas memperoleh kelulusan penubuhan mempunyai hak di sisi undang-undang seperti berikut:-

(a)-Membuat rayuan kepada Menteri Dalam Negeri dalam tempoh 30 hari dari tarikh perintah pembatalan; atau

(b)-Memfailkan Permohonan Semakan Kehakiman di Mahkamah Tinggi dalam tempoh 3 bulan dari tarikh perintah pembatalan.

No comments: