TAMADUN ISLAM
KONSEP MANUSIA MENGIKUT AL-QURAN
Pengenalan
Perkataan manusia dalam Bahasa Melayu adalah menyamai istilah yang disebutkan dalam al-Quran, iaitu al-Ins, al-Insan, al-Nas dan al-Basyar. Nama-nama ini adalah merujuk kepada manusia yang telah diamanahkan oleh Allah untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Dengan kata lain, manusia adalah pemerintah, pemilik dan pengguna bagi semua kejadian sama ada di darat, di laut atau di udara. Sejak abad ke-4 M, orang-orang Barat begitu terpengaruh dengan teori evolusi yang menyebutkan bahawa manusia berasal daripada beruk. Teori ini mula diperkenalkan oleh beberapa orang ahli falsafah Greek termasuklah Aristotle, Anazimander dan Epidocles. Namun demikian, teori ini dipertikaikan oleh saujana sains Islam dan juga Barat. Mereka menganggap ia bukanlah suatu kajian yang bersifat fakta sebaliknya merupakan satu ideologi sahaja.
Manusia Menurut al-Quran
Manusia menurut al-Quran adalah makhluk yang dikurniakan akal, roh, dan jasad. Ia adalah sebaik-baik kejadian berbanding dengan malaikat dan binatang. Malaikat hanyalah dikurniakan akal tetapi tidak dikurniakan nafsu sedangkan binatang hanya dikurniakan nafsu tanpa akal. Sungguhpun begitu kedudukan manusia akan menjadi lebih rendah daripada binatang jika mereka gagal menggunakan akal dengan baik sebaliknya menjadi hamba kepada nafsu. Menurut al-Quran, semua manusia adalah berasal dari keturunan Nabi Adam dan Adam pula dijadikan daripada tanah. Oleh itu, kaedah mantik atau logik manusia juga berasal daripada tanah. Kebanyakan ulama tafsir berpendapat proses pembentukan bayi dalam kandungan juga bermula dari saripati tanah atau disebut sebagai nutfah di dalam al-Quran. Pendapat ini ternyata benar kerana semua sumber makanan dan minuman adalah berpunca daripada tanah. Berdasarkan kenyataan ini, jelaslah menunjukkan bahawa konsep manusia menurut Islam adalah berbeza dengan pandangan yang pernah dikemukakan oleh para pengkaji antropologi.
Fungsi Manusia Menurut al-Quran
Beribadat kepada Allah
Menurut al-Quran, manusia berfungsi dan berperanan tersendiri. Fungsi utama manusia dicipta ialah untuk beribadat kepada Allah. Sehubungan dengan itu, Islam telah menggariskan beberapa jenis ibadat yang perlu dilaksanakan oleh manusia sama ada dalam bentuk fardu ain atau fardu kifayah. Ibadat fardu ain ialah ibadat yang perlu dilakukan oleh setiap individu yang menepati syarat-syarat yang telah ditentukan, contohnya sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain. Ibadat fardu kifayah pula ialah ibadat yang jika dilakukan oleh individu atau kumpulan tertentu, maka individu dan kumpulan yang lain tidak wajib lagi melakukannya, contohnya melakukan sembahyang jenazah, berniaga, mengajar dan sebagainya.
Memelihara Alam
Selain itu, manusia juga berperanan untuk memelihara alam ini dengan sebaik-baiknya. Allah telah mencipta alam ini untuk kepentingan manusia seluruhnya. Oleh itu, manusia boleh menggunakan ciptaan ini untuk meneruskan kehidupan mereka di dunia. Sungguhpun begitu, manusia perlu menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah dengan menggunakan ciptaan tersebut hanya untuk perkara-perkara yang boleh membawa kepada kebaikan sahaja. Mereka tidat boleh melakukan kerosakan di muka bumi ini sehingga membawa keburukan kepada manusia atau makhluk lain termasuklah binatang.
Mengenali di Antara Satu Sama Lain
Manusia juga perlu berbaik-baik di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Allah mencipta manusia dengan pelbagai puak supaya mereka dapat mengenali di antara satu sama lain. Mereka tidak boleh berbangga diri, sombong dan takbur. Sebaliknya mereka hendaklah sentiasa berbaik-baik dan bersatu-padu di dalam menghadapi sebarang masalah. Perbezaan agama juga tidak boleh dijadikan alasan untuk manusia bermusuhan. Islam hanya membenarkan penganutnya memusuhi orang bukan Islam sekiranya mereka dengan jelas menunjukkan penentangan atau cuba membahayakan orang-orang Islam. Dalam keadaan biasa hubungan baik perlu dikekalkan di antara mereka.
Memakmurkan Muka Bumi
Selain dari memelihara alam ini manusia juga berfungsi untuk memakmurkan muka bumi ini supaya mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik. Akal dan pancaidera yang dianugerahkan kepada manusia hendaklah digunakan untuk meneliti dan berfikir bagi memanfaatkan semua ciptaan yang sedia ada. Banyak rahsia kejadian Allah yang boleh disingkap oleh manusia dengan menggunakan akal yang ada. Di sebalik kejadian tumbuh-tumbuhan misalnya terdapat pelbagai jenis penawar, di dasar lautan juga terdapat pelbagai khazanah, begitu juga di dalam perut bumi. Hanya manusia yang menggunakan akal dengan sepenuhnya akan dapat menikmati semua ini. Selain untuk dirinya ia juga dapat memberi faedah kepada orang lain.
Mentauhidkan Allah
Manusia yang perlu mentauhidkan Allah, dalam konteks ini manusia ditegah sekeras-kerasnya melakukan sebarang bentuk perbuatan yang boleh membawa kepada syirik atau menyekutukan Allah. Syirik adalah dosa besar yang tidak akan diampunkan oleh Allah melainkan dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Bagi mengelakkan berlakunya syirik, manusia perlu mengenali Allah. Manusia boleh mengenali Allah melalui sifat-sifat-Nya. Terdapat 20 sifat yang wajib diketahui oleh manusia.
Mentadbir / Menjadi Khalifah di Muka Bumi
Fungsi manusia yang seterusnya ialah mentadbir atau menjadi khalifah di muka bumi ini. Fungsi ini sesuai dengan kedudukan manusia sebagai makhluk yang terbaik. Manusia hendaklah sentiasa bersikap adil sama ada terhadap dirinya sendiri atau orang lain. Manusia hendaklah memastikan tidak berlaku kemungkaran di muka bumi sebaliknya hendaklah memastikan berlakunya kebaikan. Hal ini sesuai dengan tugas yang diamanahkan oleh Allah iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar (menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran).
Kesimpulan
Berdasarkan huraian di atas, jelas menunjukkan bahawa manusia mempunyai tanggungjawab yang sangat besar. Sekiranya manusia berjaya melaksanakan tanggungjawab tersebut sepenuhnya maka mereka akan dapat menikmati hidup ini dengan penuh kebahagiaan. Jika sebaliknya yang berlaku maka kemusnahan dan huru-hara pasti tidak dapat dielakkan.
MASYARAKAT JAHILIAH
Pengertian Jahiliah
Jahiliah berasal dari perkataan "jahil" yang bermaksud bodoh. Menurut Philip K. Hitti dalam bukunya "History of the Arab's", jahiliah bermaksud bodoh atau jahil dari segi agama kerana pada ketika itu, tidak ada nadi dan tidak ada kitab suci yang boleh dijadikan sebagai petunjuk. Mereka tidak boleh dianggap jahil atau bodoh dari segi ilmu pengetahuan kerana mereka telah mempunyai tamadun yang tinggi.
Al-Quran tidak memberi batas tertentu bagi zaman jahiliah. Kamus Bahasa Arab menyebutkan zaman jahiliah sebagai zaman sebelum Islam, iaitu sebelum turunya al-Quran. Ciri-ciri jahiliah berdasarkan al-Quran adalah seperti berikut:
a.
|
Tidak mempunyai nabi atau kitab suci sebagai petunjuk.
|
b.
|
Tidak mempunyai tamadun / peradaban.
|
c.
|
Masyarakat tidak berakhlak, angkuh dan bongkah.
|
d.
|
Masyarakat jahil dan mereka tidak tahu membaca atau menulis.
|
Jika salah satu dari tersebut terdapat pada sesebuah masyarakat, maka masyarakat itu boleh dianggap sebagai masyarakat jahiliah.
Menurut Doktor Mahyuddin, zaman jahiliah ialah kira-kira 300 tahun sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., iaitu selepas kejatuhan Kerajaan Sabak.
Agama dan Kepercayaan
Agama Berhala
Agama berhala merupakan agama yang mempunyai pengikut terbesar di Semenanjung Tanah Arab. Berhala tersebut diperbuat daripada batu, kayu dan kadang-kala dari buah tamal (kurma). Tiap-tiap kabilah mempunyai patung berhala masing-masing. Antara berhala yang terkenal termasuklah al-Latta, al-Uzza, al-Manat dan al-Hubal. Sebahagian penduduk Tanah Arab tidak menganggap berhala Tuhan tetapi hanya sebagai perantaraan. Kepercayaan mereka bercampur-aduk antara percaya kepada Allah dan percaya berhala. Mereka ini dikenali sebagai golongan musyirikin, iaitu orang yang menyekutu Allah.
Agama Majusi
Agama ini tidak diamalkan seluas oleh orang-orang Arab Jahiliah. Ia dibawa masuk selepas Parsi berjaya mengalahkan Habsyah di Yaman pada akhir abad ke-6 Masihi. Penganut agama ini menjadikan api sebagai objek ketuhanan mereka. Di antara penganut agama ini yang terkenal ialah Zararah dan anaknya Hajib. Mereka berasal dari Bani Tamin yang sememangnya mempunyai hubungan dengan Parsi. Agama ini terbahagi kepada 3 mazhab iaitu Kayumarthiyah, Zarwaniyah dan Zaradushtiyah.
Agama Yahudi
Agama ini adalah berdasarkan kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa a.s. berpandukan kepada kitab taurat. Agama ini tersebar luas terutamanya di kawasan-kawasan Osis di Barat Laut Semenanjung Tanah Arab, iaitu Tai'ma Khaiba, Padak dan Yathrib. Orang-orang Yahudi berasal dari Palestine. Mereka berhijrah ke Semenanjung Tanah Arab sejak abad pertama Masihi. Mereka telah menjadi kaya-raya dan berjaya menarik perhatian orang-orang Arab untuk menganut agama Yahudi. Orang-orang Yahudi menganggap diri mereka sebagai bangsa pilihan dan mereka menganggap al-Uzarr sebagai anak tuhan. Di antara tokoh terkenal yang menganut agama ini ialah Yusof Zu Nuwas.
Agama Nasrani
Agama Nasrani adalah agama yang berdasarkan kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. pada tahun 1 Masihi. Ia dibawa ke Semenanjung Tanah Arab oleh golongan pendakwah, pedagang-pedagang atau paksaan oleh tentera Rom atau Habsyah atas tanah jajahan mereka. Agama ini dapat sambutan dari penduduk Mekah dan Yathrib. Di antara tokoh terkenal yang menganut agama ini termasuklah Warraqah Bin Naufal dan Uthman Bin Huwairith. Agama ini mempunyai 2 mazhab iaitu Mazhab Nestorian yang berkembang di kawasan Hirah dan Mazhab Jacobite yang dianuti oleh penduduk Ghassan dan kabilah-kabilah lain di sempadan Syria / Syam. Pusat agama Kristian yang utama di Semenanjung Tanah Arab ialah Najran. Bandar Najran terus menjadi bandar Nasrani hingga ke zaman Khalifah Umar. Malah terdapat pusat latihan paderi Nasrani di Wadi al-Qura, iaitu kawasan pedalaman Timur Hijaz.
Agama Hanif
Agama ini adalah berdasarkan kepada ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Penganut agama ini mempercayai konsep keesaan Allah ataupun monoteisme. Di antara mereka yang menganut agama ini termasuklah Zaid b'Amr, Umaiyah Bin Abi Salt, juga kedua-dua ibu bapa nabi sendiri. Walau bagaimanapun, agama ini telah diselewengkan oleh golongan-golongan tertentu seperti juga agama Yahudi dan Nasrani, misalnya mereka menyembelih binatang korban dan darahnya dipercikkan di sekeliling kaabah.
Kepercayaan Animisme
Kepercayaan ini wujud bersama dengan kewujudan manusia. Ia berpunca dari sifat kagum manusia terhadap sesuatu objek yang ditemuinya. Mereka percaya wujudnya satu kuasa yang boleh menolong atau memberi mudarat kepada mereka. Oleh itu, mereka menyembah apa sahaja yang dianggap ganjil termasuklah bulan, matahari, pokok, batu, gua dan sebagainya.
Kepercayaan Adat (Sunah)
Kepercayaan adat dianggap sebagai unsur-unsur karut dan tahyul. Antara kepercayaan yang diamalkan ialah menilik nasib. Apabila memulakan sesuatu kerja baru, mereka akan melihat keadaan sekeliling bagi mengjangka nasib. Biasanya, mereka akan melihat arah burung terbang. Jika burung terbang ke kiri bermaksud tidak selamat dan sebaliknya.
Politik
Sistem politik Arab Jahiliah tidak seragam. Ia dipengaruhi oleh faktor perbezaan daerah, keturunan yang memerintah atau kuasa asing yang menjajah. Di bahagian Utara Semenanjung Tanah Arab, sistem politiknya lebih berbentuk negara naungan, misalnya Kerajaan Anbat, Tadmur, Hirah dan Ghassan. Kerajaan Ghassan adalah naungan Rom manakala Hirah adalah naungan Parsi. Kerajaan Anbat dan Tadmur pula pernah dijajah oleh Rom. Oleh itu, sistem politik mereka telah terpengaruh oleh sistem politik sama ada Rom atau Parsi.
Kerajaan di bahagian Selatan seperti Himyar, Ma'in dan Qatban mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Pemerintahanya menggunakan pelbagai gelaran seperti Malek, Zu, Makrab dan sebagainya.
Kerajaan di bahagian tengah pula terdiri daripada kerajaan kota, misalnya Kerajaan Kota Mekah, Yathrib dan Taif yang terletak di Hijaz. Sistem pemerintahannya dipegang oleh keluarga / keturunan tertentu, misalnya kota Mekah pada mulanya dikuasai oleh puak Jurham, diikuti ileh puak Khuzaah dan akhirnya ke tangan Quraisy. Taif pula diperintah oleh Bani Thaqif. Pemerintahan begini dikatakan berbentuk aristokrasi. Mereka tidak mempunyai institusi diraja, tidak ada pasukan tentera dan tidak mengamalkan dasar perluasan wilayah.
Di pihak lain, orang-orang Arab juga mengamalkan sistem politik berkabilah. Sistem ini adalah berbentuk primitif di mana peraturan yang diwujudkan hanyalah untuk kabilah mereka sendiri. Ketua kabilah, iaitu Sheikh adalah orang yang bertanggungjawab terhadap kabilah. Segala peraturan perlu dipatuhi, jika tidak mereka boleh disingkirkan dari kabilah tersebut dan mereka perlu memasuki kabilah yang lain.
Ekonomi
Sistem ekonomi orang-orang Hadari lebih maju berbanding dengan orang Badwi. Mereka kebanyakannya ialah pedagang yang bergerak dalam kafilah. Sesebuah kafilah biasanya mengandungi 500-1,000 ekor unta. Sistem perdagangan yang biasa diadakan ialah sistem perdagangan dua musim, iaitu musim panas dan musim sejuk. Pada musim panas, mereka bergerak ke Utara, iaitu Syam dan pada musim sejuk, mereka bergerak ke Selatan iaitu Yaman. Di samping itu, mereka akan berkumpul di tengah Semenanjung Tanah Arab khususnya pada musim Haji kerana terdapat 3 buah pasar iaitu Ukaz, Zulmajaz dan Zulmajinman.
Orang-orang Arab Jahiliah juga melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan antarabangsa. Mereka dikatakan mempunyai hubungan dengan orang-orang India, China dan Nusantara.
Kegiatan perdagangan orang Arab melibatkan riba. Mereka juga sering melakukan penipuan terutamanya dari segi sukatan dan timbangan.
Sistem barter masih diamalkan secara meluas terutamanya oleh golongan Badwi.
Selain dari kegiatan perdagangan, mereka juga melibatkan diri dalam kegiatan pertanian dan kawasan pertanian yang paling subur ialah bahagian Selatan Semenanjung Tanah Arab, iaitu Yaman. Yaman sememangnya mempunyai tanah yang subur di samping mendapat hujan tahunan yang agak seragam. Tambahan pula, penduduk Yaman mempunyai kepakaran dari segi teknologi sehingga membolehkan mereka mewujudkan sistem saliran untuk kawasan pertanian.
Orang-orang Arab Jahiliah juga menternak binatang seperti unta, kuda, biri-biri, keldai dan lain-lain lagi. Dari binatang ini, mereka memperolehi susu, daging dan kulit yang boleh dijadikan pakaian atau khemah. Sekiranya terdesak, mereka makan apa sahaja. Ada kalanya, mereka merampas atau menyerang suku-suku kaum yang mereka musuhi. Hal ini menyebabkan peperangan yang tidak berkesudahan.
Sosial
Orang-orang Arab Jahiliah boleh dibahagikan kepada dua golongan, iaitu orang-orang Arab Badwi dan Hadari. Arab Badwi ialah orang-orang Arab yang tinggal di kawasan pedalaman. Mereka tidak banyak bercampur dengan masyarakat luar. Oleh itu, ciri-ciri asli budaya Arab masih kekal pada mereka. Mereka sering berpindah untuk mencari padang rumput / kawasan yang mempunyai air. Ia juga bertujuan untuk menjaga keselamatan diri. Orang-orang Hadari pula menetap di bandar-bandar tertentu dan cara hidup mereka lebih maju serta mempunyai fikiran yang matang. Hal ini disebabkan mereka banyak terdedah kepada dunia luar khususnya melalui perdagangan.
Mereka mengamalkan cara hidup berkabilah. Kabilah adalah satu kelompok besar yang wujud berdasarkan keturunan, kepercayaan, adat tradisi, agama dan nilai-nilai kemasyarakatan yang sama. Setiap kabilah akan diketuai oleh seorang Sheikh. Dia berperanan menyelesaikan masalah yang berlaku di dalam kabilahnya, membuat perjanjian dengan kabilah lain, melayan tetamu, memberi perlindungan kepada anggota kabilah dan lain-lain.
Mereka mengamalkan semangat abasiyah. Oleh sebab mereka hidup secara berkabilah, mereka mempunyai semangat asabiyah yang sangat kuat. Semangat ini menyebabkan berlakunya peperangan yang berpanjangan di antara satu kabilah dengan kabilah yang lain. Mereka akan segera bertindak sekiranya terdapat anggota kabilah yang dizalimi.
Mereka juga mengamalkan sistem perhambaan. Oleh itu, di dalam sistem sosial mereka, terdapat golongan hamba dan merdeka. Golongan hamba langsung tidak diberi hak untuk hidup bebas atau memiliki harta. Seseorang itu boleh menjadi hamba melalui beberapa cara sama ada sebagai tawanan perang, melalui jual beli atau kerana keturunan.
Kedudukan wanita di dalam masyarakat Arab Jahiliah sangat rendah / hina. Mereka malu sekiranya mendapat anak perempuan. Hal ini jelas disebutkan dalam al-Quran, al-Nahl dan Surah. Kedudukan wanita yang dipandang rendah menyebabkan timbulnya amalan membunuh anak perempuan sebaik sahaja dilahirkan. Sesetengahnya ditanam hidup-hidup.
Orang-orang Arab Jahiliah mengamalkan empat cara perkahwinan, iaitu perkahwinan biasa, kahwin mencari anak pintar, mewarisi isteri bapa atau wanita menentukan siapa bapa kepada anaknya.
Mereka menyamalkan nilai-nilai baik dan buruk dalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai baik yang mereka miliki ialah menghormati tetamu, pemurah, setia pada janji, berani, sabar, serta memberi penghargaan terutamanya kepada golongan penyair. Nilai-nilai buruk yang agak ketara ialah suka berperang, pendendam, minum arak, berjudi, berzina, merompak, mengamalkan semangat asabiyah dan lain-lain.
Ilmu Pengetahuan
Penyebaran ilmu pengetahuan berlaku di kawasan pinggir iaitu Selatan dan Barat Semenanjung Tanah Arab kerana adanya hubungan perdagangan dengan dunia luar. Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak dipraktis dengan sepenuhnya. Ilmu pengetahuan tidak diwarisi kepada generasi baru juga. Hal ini menyebabkan orang Arab tidak berupaya membina semula Empangan Maarib yang telah runtuh. Dikatakan hampir semua orang Arab buta huruf. Buktinya menurut al-Baladhuri, hanya 17 orang kaum Quraysi yang tahu membaca dan menulis sahaja.
Dalam kesusasteraan, orang Arab pandai bersyair, bersajak dan berkhutbah. Tokoh seperti ini ialah Imru al-Qais, Zuhair dan Tarafah. Mereka dikatakan telah menghasilkan karya-karya bermutu yang disebut "al-Mu'allaqat-al-Sab" yang pernah digantung di Kaabah. Syair-syair akan dikemukakan di pasar Ukadz setiap tahun semasa temasya tahunan. Karya-karya ini kebanyakannya berbentuk sajak cinta, ratapan, pujaan, sindir-cerca yang bertujuan berseronok. Kebanyakan hasil ini dihasilkan secara kreatif atau pengalaman atau khayalan. Semua karya ini dikatakan mengandungi kata-kata yang tidak sopan.
QURAISY
Asal-usul Quraisy
Perkataan Quraisy berasal dari kata dasar "taqarrasya" yang bermaksud penyatuan. Hal ini disebabkan kejayaan Qusai bin Kilab menyatukan kaum Quraisy di Mekah. Qusai bin Kilab adalah datuk keempat Nabi Muhammad. Beliau adalah dari keturunan Kinanah yang berasal dari keturunan Nabi Allah Ismail. Qusai bin Kilab telah berpindah bersama ibunya dan dibesarkan di Syam. Setelah dewasa, beliau kembali ke Mekah dan berkahwin dengan seorang gadis dari Bani Khuzaah yang memegang pemerintahan kota Mekah. Pada tahun 440 M, Qusai bin Kilab berjaya mengalahkan Bani Khuzaah dan mengambilalih pemerintahan Mekah. Daripada kalangan Quraisy, muncul ramai tokoh terkemuka seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Muawiyah dan lain-lain. Di dalam kabilah Quraisy, terdapat beberapa bani yang terkenal seperti Bani Hasyim, Bani Umayyah, Bani Adi, Bani Taym dan sebagainya.
Struktur Sosial Quraisy
Struktur sosial Quraisy boleh dibahagi dua, iaitu Quraisy al-Bittah dan Quraisy al-Zuwahir. Istilah ini diperolehi semasa orang-orang Quraisy memasuki Mekah pada tahun 440 M. Mereka memasukinya melalui Lembah al-Bittah. Terdapat satu golongan Quraisy yang tidak masuk kota Mekah dan mereka inilah dipanggil al-Zuwahir (pinggiran). Mereka masih mengamalkan cara hisup Badwi tetapi mereka berperanan menjaga keselamatan kota Mekah.
Orang-orang Quraisy telah menyusun pentadbiran kota Mekah dengan sistematik bagi menjaga kepentingan penduduk dan pengunjungnya. Para pengunjung dikehendaki membayar cukai perlindungan yang disebut "Muhajarah" atau "Harim". Beberapa jabatan juga telah diwujudkan seperti Hijabah, Rifadah, Siqayah, Sirafah dan lain-lain. Dengan ini, suasana aman dan kerjasama dapat diwujudkan di Mekah.
Mereka juga telah menubuhkan sebuah badan tertinggi yang dikenali sebagai Mala' (Majlis Ketua-ketua Suku) yang akhirnya telah dikuasai oleh ketua-ketua suku yang berpengaruh sahaja. Oleh itu, golongan yang kurang berpengaruh telah menubuhkan satu lagi badan yang dikenali sebagai Half-al-Fudhul. Ia berfungsi untuk mengimbangi pertubuhan Mala' di samping untuk menjaga kepentingan suku-suku yang lemah.
Satu fakta yang nyata bahawa masyarakat Arab Quraisy mengenal dan mengamalkan sistem kelas suku dan kabilah. Kelas tertinggi dipegang oleh golongan aristokrat dari keturunan Quraisy.
Golongan Quraisy merupakan kelas pemerintah bukan disebabkan oleh keturunan tetapi oleh kekayaan. Sebagai satu sistem sosial feudalisme, terdapat kelas hamba yang besar bilangannya dan mereka tidak mempunyai apa-apa hak, walaupun ke atas diri mereka sendiri hingga mereka boleh dijual beli.
Kedudukan wanita pada umumnya nilai mereka sangat rendah.
Di dalam pembentukan keluarga, terdapat empat cara perkahwinan yang diamalkan. Di dalam kehidupan keluarga, yang menjadi ketua ialah lelaki.
Orang-orang Quraisy mengamalkan nilai-nilai negatif. Mereka juga mengamalkan nilai-nilai positif seperti memuliakan tetamu, setia pada janji dan sebagainya.
Ekonomi Masyarakat Quraisy
Kebanyakan mereka adalah kaum peniaga dan pedagang sama ada secara berkafilah, tahunan atau bermusim.
Quraisy adalah bangsa yang berada dan mereka menguasai ekonomi kota Mekah.
Sistem ekonomi mereka melibatkan amalan riba dan mereka mengamalkan sistem tukar barang.
AUS DAN KHAZRAJ
Asal-usul Kaum Arab
Asal-usul kaum Arab tidak jelas. Terdapat sumber yang mengatakan mereka berasal dari Arab Utara dan telah berasimilasi dengan agama Yahudi. Bagi puak Arab yang baru, mereka terbahagi kepada dua kelompok besar iaitu Aus dan Khazraj yang dikenali sebagai Bani Qailah. Mereka berasal dari kawasan Selatan Semenanjung Arab. Ketibaan mereka dikatakan bermula sejak runtuhnya Empangan Maarib di Yaman. Sesampai di Madinah, mereka menjalankan aktiviti pertanian di pinggir kota. Apabila mereka menjadi kuat, mereka telah menguasai Madinah dengan bantuan tentera Kristian Syam yang memihak Kerajaan Rom Timur. Kenaikan mereka menyebabkan kaum Yahudi tidak senang. Mereka merancang memecahbelahkan puak Arab baru ini. Akhirnya, peperangan berlaku dan suku Aus mencapai kemenangan kerana adanya sokongan Yahudi.
Suku Aus
Jumlah suku Aus adalah lebih kecil dari Khazraj. Pengaruh mereka juga kurang. Sebelum Islam, mereka terdiri daripada penganut berhala. Mereka mempunyai ilmu ketuhanan dan kenabian yang lebih tinggi dibanding dengan Quraisy.
Suku Khazraj
Jumlah suku Khazraj adalah besar dan pengaruhnya juga besar kalau dibandingkan dengan suku Aus. Seperti suku Aus juga, sebelum kedatangan Islam, mereka terdiri daripada penganut berhala dan mempunyai ilmu ketuhanan dan kenabian yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan kaum Quraisy.
YAHUDI
Asal-usul Yahudi di Madinah
Terdapat sarjana yang mengatakan, kaum Yahudi di Madinah berasal dari Palestin. Kedatangan mereka dianggarkan selepas tersebarnya agama Nasrani di Selatan Palestin. Jumlah suku Yahudi yang tinggal di Madinah dianggarkan sebanyak 20 suku. Yang paling terkenal ialah Bani Qainuqa', Bani Nadir dan Bani Quraizah.
Bani Qainuqa'
Bani Qainuqa' ialah puak Yahudi yang paling ramai dan berpengaruh di Madinah. Setalah tiba di Madinah, mereka mendirikan rumah kediaman mereka di kawasan Barat Daya berhampiran Musalla, tidak jauh dari Wadi Buthan. Mereka melakukan aktiviti perdagangan, pertukangan tetapi tidak melakukan kegiatan pertanian. Mereka mempunyai angkatan tentera yang kuat.
Bani Nadir
Bani Nadir ialah kumpulan kedua kaum Yahudi. Mereka berpindah ke Madinah kerana tekanan tentera Rom yang menganut agama Kristian di Palestin. Mereka menetap di Bukit al-Nadir. Mereka dikatakan daripada keturunan Yahudi tulen. Sewaktu di Madinah, mereka menjadi petukang, petani dan peniaga. Kawasan pertanian mereka terletak di wadi yang mengarah ke Selatan kota Madinah.
Bani Quraizah
Ia juga digelar sebagai Darih. Mereka terdiri daripada Bani Ka'b dan Bani Amru. Mereka tinggal di Wadi Mahzur (luar kota Madinah). Mereka bergiat dalam kegiatan pertanian. Mereka memiliki senjata dan makanan yang mencukupi.
NABI MUHAMMAD S.A.W.
Latar Belakang
Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan pada 12 Rabiuawal Tahun Gajah bersamaan dengan 571 Masihi di Mekah. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Ibunya telah meninggal dunia apabila Nabi Muhammad 6 tahun. Bapanya bernama Abdullah Abdul Muttalib dan beliau meninggal dunia apabila nabi dalam kandungan. Nabi dipelihara oleh datuknya Abdul Muttalib yang kemudiannya meninggal dunia ketika nabi berumur 8 tahun. Semasa berumur 12 tahun, nabi mengikut bapa saudaranya Abu Talib ke Syam untuk berniaga. Seorang paderi bernama Bahirah / Buhairah menasihatkan Abu Talib membawa Muhammad balik kerana bimbang dibunuh oleh orang Yahudi. Ketika berusia 25 tahun, beliau telah berkahwin dengan Khadijah binti Khuwailid yang berumur 40 tahun. Baginda mempunyai 6 orang anak, iaitu 2 lelaki dan 4 perempuan. Yang lelaki telah meninggal nudia semasa mereka kecil. Sewaktu 35 tahun, beliau diberi gelaran al-Amin kerana berjaya menyelesaikan perbalahan di kalangan pembesar Arab berhubung dengan perletakan batu Hajar al-Aswad.
Perlantikan Sebagai Nabi dan Rasul
Nabi ialah seorang manusia lelaki yang terpilih yang disampaikan wahyu Allah untuk dirinya. Rasul juga sama dengan nabi tetapi Rasul mesti menyampaikan wahyu yang diterimanya kepada orang lain.
Telah menjadi kebiasaan, Muhammad mengasingkan diri di Gua Hira untuk beribadat di samping memikirkan kejadian alam. Akhirnya pada 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos 611 Masihi sewaktu baginda berusia 40 tahun, datanglah malaikat Jibril membawa wahyu pertama, iaitu ayat 1-5, surah al-Alaq. Wahyu ini bermaksud: bacalah dengan nama Tuhan kamu yang menjadikan kau dan segumpal darah dan bacalah dengan nama Tuhanmu yang mulia yang mengajar manusia yang tidak mengetahui apa-apa. Selepas menerima wahyu pertama, nabi terus ke rumah menceritakan apa yang berlaku kepadanya dan Khadijah telah membawa baginda berjumpa dengan sepupunya, Waraqah bin Naufal, seorang pendeta yang menghafal kitab suci. Waraqah mengakui yang datang itu ialah Jibril dan ini bermakna baginda dilantik sebagai nabi.
Selepas menerima wahyu pertama, baginda terus ke gua dan pada suatu hari, ketika baginda keluar dari rumah, baginda terdengar satu suara dan apabila baginda mendongak, terlihatlah Jibril. Kerana takut, baginda masuk semula ke rumah dan meminta Khadijah menyelimutkannya. Ketika inilah turunlah wahyu kedua, iaitu surah al-Mudduthir, ayat 1-7 yang bermaksud: Wahai orang yang berselimut, bangun dan berilah peringatan, hendaklah engkau menggesakan tuhanmu, bersihkanlah pakaianmu, jauhilah perbuatan dosa, janganlah engkau memberi kerana hendakkan balasan yang banyak dan hendaklah engkau bersabar kerana tuhanmu. Dengan wahyu kedua ini, bermakna Allah telah melantik baginda sebagai Rasul kerana ayat tersebut dengan jelas memerintahkan Muhammad untuk mengingatkan manusia.
SERUAN ISLAM DI MEKAH
Pengenalan
Segala ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad adalah dari wahyu Allah yang diturunkan kepada baginda melalui malaikat Jibril. Ia diturunkan secara beransur-ansur dalam jangka masa 23 tahun bermula dari wahyu yang pertama di Gua Hira sehinggalah baginda wafat. Segala wahyu ini telah ditulis dan dihafal oleh umat Islam. Penurunan ayat terbahagi kepada dua, iaitu:
a.
|
Zaman Makkiyah
Zaman semasa baginda di Mekah sehinggalah berhijrah ke Madinah. Ia memakan masa selama 13 tahun.
|
b.
|
Zaman Madinah
Zaman selepas baginda berhijrah ke Madinah. Ia berlangsung selama 10 tahun.
|
Peringkat Seruan
Peringkat Sirriah (tersembunyi)
Seruan peringkat ini bermula setelah Nabi Muhammad menerima wahyu kedua iaitu dari Surah al-Muddatthir ayat 1-7. Penurunan ayat ini dianggap telah merasmikan perlantikan Nabi daripada seorang "Nabi" kepada seorang "Rasul". Baginda menjalankan dakwahnya secara sulit dan bersembunyi kepada keluarga dan sahabatnya yang terdekat. Mereka ialah Khadijah al-Kubra, Ali Bin Abu Talib, Zaid Bin Harithah dan Abu Bakar as-Siddiq. Melalui Abu Bakar, Islam disebar kepada Abdul Rahman Bin Auf, Uthman bin Affan, Talhah Bin Ubaidullah, Zubair al-Awwam, Abu Ubaidah al-Jarrah, Amman Bin Yasser dan sebagainya. Mereka digelar sebagai as-Sabiqun al-Awwalun (orang yang terawal memeluk Islam). Seruan ini dijalankan selama 3 tahun dan seramai 55 orang penduduk Mekah memeluk Islam. Arqam Abil al-Arqam telah menyerahkan rumahnya sebagai markas gerakan umat Islam.
Peringkat Jahriah (terbuka)
Seruan kepada Ali Bin Abu Talib dan keluarganya. Seruan ini bermula setalah baginda menerim awahyu dari Surah Asy-Syu'ara'. Baginda mengadakan majlis ceramah di rumah Ali Bin Abu Talib di Bukit Safa dan semua kerabat dijemput termasuk Abu Lahab, bapa saudaranya. Baginda menerangkan dasar-dasar Islam yang telah ditugaskan oleh Allah untuk baginda sampaikan. Ramai yang menyatakan kesanggupan untuk mengikut baginda, tidak kurang yang mencemuhnya. Abu Lahab ialah tokoh pertama yang menghina dan mencerca baginda.
Seruan kepada orang ramai dimulakan setelah baginda menerima wahyu dari Surah al-Hijr. Baginda mula menyeru kepada segenap lapisan masyarakat Mekah di mana-mana sahaja. Seruan secara terbuka ini berlangsung selama 10 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.
Bentuk Ajaran Islam
Akidah
Nabi memperkenalkan tauhid, iaitu mengesakan Allah dengan segala sifat kesempurnaan iaitu sifat-sifat 20. Sehubungan itu, segala bentuk syirik adalah dilarang termasuklah penyembahan berhala. Nabi menerangkan tentang adanya hari kebangkitan serta perkara-perkara yang berhubung denganya seperti syurga, neraka, titian, neraca dan lain-lain. Baginda turut menerangkan perkara yang berhubung dengan rukun Iman seperti percaya kepada Rasul, kitab-kitab serta percaya kepada Qadak dan Qadar. Seterusnya, Nabi menerangkan tentang tugas dan tanggungjawab manusia sama ada terhadap tuhan, diri, keluarga dan masyarakat. Setiap individu akan dipertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan sama ada baik atau buruk.
Akhlak
Selama 13 tahun, Nabi di Mekah telah berusaha membentuk peribadi muslim di samping berusaha mengikis sifat-sifat yang tercela seperti iri hati, takbur, dendam dan sebagainya. Sifat-sifat tersebut perlu diganti dengan sifat tinggi seperti jujur, ikhlas, amanah dan sebagainya. Nabi juga berusaha mengangkat darjat wanita ke tempat yang sewajarnya sama ada di dunia atau di akhirat. Nabi cuba banyak menekankan kepada cerita Nabi dan Rasul yang terdahulu khususnya tentang perjuangan nabi-nabi, balasan yang diterima oleh orang yang ingkar. Hampir 1/3 daripada kandungan al-Quran adalah mengenai sejarah nabi-nabi dan umat terdahulu.
Ibadat
Di Mekah, hanya satu sahaja iaitu ibadat khusus yang difardukan kepada umat Islam. Ibadat ini mula diwajib selepas berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj. Ibadat ini ialah sembahyang 5 waktu sehari semalam.
Rumusan
Cara-cara penyebaran Islam yang dilakukan secara berperingkat jelas menggambarkan kebijaksanaan Nabi dalam soal berdakwah. Baginda mengukuhkan dahulu pengikut-pengikut Islam sebelum mencabar seluruh masyarakat Mekah. Ajaran-ajaran yang baginda bawakan jelas bertujuan untuk menyelamatkan manusia seluruhnya daripada kesesatan kehidupan dunia dan akhirat.
PENENTANGAN KAUM QURAISY DI MEKAH
Pengenalan
Semasa Nabi Muhammad menyampaikan seruannya secara sulit, tidak terdapat sebarang bentuk penentangan yang ketara dari kaum Quraisy. Semasa seruan mula dijalankan kepada keluarga Abdul Mutalib, penentangan hanya timbul daripada kalangan kaum kerabat baginda sendiri. Kaum Quraisy yang lain pula menganggapnya sebagai masalah dalaman keluarga Bani Hasyim yang boleh diselesaikan sesama mereka sendiri. Namun setelah seruan secara terbuka dijalankan dan ia mendapat sambutan di luar dugaan dan setelah Nabi Muhammad mula menyentuh soal-soal penyembahan dan ajaran nenek moyang mereka, maka kaum Quraisy mula bimbang lantas mengadakan pelbagai usaha untuk mebendung perkembangan Islam.
Sebab Penentangan
Politik
Dalam politik orang Arab khususnya politik kota Mekah, perebutan kuasa sudah menjadi teras politik mereka. Hal ini dapat dibuktikan dan pentadbiran kota Mekah yang pada mulanya dikuasai oleh Puak Amaliqah, kemudian oleh puak Jurhum, diikuti oleh puak Khuzaah dan akhirnya puak Quraisy. Muhammad adalah dari kaum Quraisy yang berketurunan Bani Hasyim. Bani-bani lain dari kaum Quraisy terutamanya Bami Umayyah mahu kuasa pentadbiran Mekah berada di tangan mereka. Menerima ajaran Islam seolah-olah mereka tunduk di bawah Bani Hasyim. Keunggulan peribadi Muhammad yang terkenal sebagai seorang yang amanah dan mempunyai budi pekerti yang tinggi membimbangkan bani-bani lain. Sekiranya Muhammad berjaya menjadi pemimpin, mereka bimbang kuasa kepimpinan tersebut akan dipegangnya dan ini menyebabkan bani lain tidak lagi berpeluang meletakkan diri mereka sebagai pemimpin. Tanggapan ini timbul akibat dari kekeliruan orang Musyirikin tentang konsep kenabian dan kepimpinan.
Ekonomi
Pengharaman berhala akan menyebabkan kedudukan musyirikin Mekah terjejas. Agama Islam menentang penyembahan berhala kerana ia dianggap syirik. Pengharaman ini akan menyebabkan pengukir patung, peniaga berhala dan juga penjaga Kaabah kehilangan sumber pendapatan.
Penentangan orang musyirikin juga disebabkan agama Islam yang dibawa oleh Nabi menentang penjualan hamba abdi. Orang musyirikin yang menpunyai kedudukan tinggi biasanya memiliki hamba yang ramai, malah bilangan hamba dikatakan melambangkan status seseorang. Mereka menggunakan tenaga hamba dengan percuma bagi membantu dalam kegiatan ekonomi. Pengharaman hamba sudah pasti akan menjejaskan kedudukan ekonomi mereka.
Orang musyirikin juga bimbang kedudukan Mekah sebagai pusat perdagangan, pusat ibadat dan pusat kebudayaan akan terjejas dengan kedatangan Islam. Mereka percaya Mekah maju disebabkan adanya patung-patung berhala yang diletakkan di sekeliling Kaabah. Sekiranya patung-patung itu dibuang, mereka bimbang orang ramai tidak lagi mengunjungi Mekah.
Sosial
Menurut Islam, manusia akan dibangkitkan semula untuk diberi pembalasan terhadap perbuatan baik dan buruk yang dilakukan di dunia. Orang musyirikin yang sememangnya sentiasa melakukan perbuatan buruk seperti berzina, membunuh anak dan sebagainya takut akan pembalasan yang akan diterima nanti. Hal ini disebabkan mereka tidak faham tentang konsep taubat dalam ajaran Islam.
Ajaran Islam mengganggap semua manusia adalah sama tanpa mengira bangsa atau pangkat. Yang berbeza hanya dari segi ketaqwaannya. Menerima Islam bererti mereka akan meletakkan taraf mereka sama dengan golongan hamba. Golongan musyirikin juga menentang konsep persaudaraan Islam. Mereka turut menentang segala amalan sosial yang dianjurkan oleh Islam seharian kerana ia bertentangan dengan kehidupan biasa mereka.
Agama Islam sangat bertentangan dengan ajaran nenek moyang mereka. Orang musyirikin sangat kuat berpegang kepada tradisi nenek moyang atau sunnah. Mereka bimbang jika mereka menerima Islam, mereka akan melanggar adat tradisi mereka dan akan dimakan sumpah.
Golongan musyirikin menentang Islam kerana perbezaan dasar agama dan ketuhanan. Islam ialah agama monteisme. Sebaliknya, kaum Quraisy menyembah tuhan-tuahn berhala daripada pelbagai jenis dan bentuk. Malah mereka menganggap lagi bahawa penyembahan berala ialah mendekatkan lagi diri kepada Allah.
Cara Penentangan
Perang Saraf
Orang musyirikin melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nabi dengan harapan masyarakat Arab tidak terpengaruh dengan dakwah yang disampaikan. Mereka mengatakan Nabi gila, penipu, ahli sihir dan tamak. Sungguhpun begitu, semua tuduhan itu tidak memberi apa-apa kesan kepada Nabi, malah telah menimbulkan rasa ingin tahu di kalangan masyarakat Arab. Mereka datang berjumpa dengan Nabi bagi memastikan dakwaan itu benar atau tidak dan ini menguntungkan Nabi.
Menyeksa Nabi dan Orang Islam
Pada peringkat awal, seksaan hanya ditujukan kepada pengikut Nabi, terutamanya golongan lemah seperti golongan miskin dan hamba. Antara yang paling teruk menerima seksaan ialah Bilal Bin Rabbah. Beliau telah dijemur di tengah panas tanpa diberi makan atau minum. Seksaan ini sedikit pun tidak mengubah pendirian beliau. Oleh sebab seksaan ini tidak memberi kesan, mereka pun mulai menyeksa Nabi dengan meletak najis di rumah Nabi, di sujut Nabi dan meletakkan duri di tempat yang dilalui Nabi.
Menawarkan Kekayaan
Orang musyirikin telah mengemukakan pelbagai tawaran bagi memujuk Nabi supaya meninggalkan tugas-tugas dakwah. Antaranya termasuklah harta kekayaan, pangkat dan wanita-wanita cantik. Nabi bukan sahaja menolak tawaran tersebut tetapi telah menjawab dengan tegas sambil mengatakan,"Sekiranya orang musyirikin berjaya meletakkan matahari di sebelah kiri dan bulan di sebelah kanan, tetapi Nabi tetap tidak akan berganjak."
Meminta Kerjasama Abu Talib
Apabila semua tindakan yang diambil tidak berkesan, orang musyirikin menemui Abu Talib dan meminta beliau menasihati Nabi. Permintaan tersebut tidak dipedulikan. Mereka juga pernah meminta untuk menukarkan Muhammad dengan seorang pemuda lain yang setanding dengannya.
Memulaukan Bani Hasyim
Orang musyirikin akhirnya mengadakan pakatan untuk memulau Bani Hasyim dan semua umat Islam. Pemulauan ini dilakukan dalam tempoh 10 tahun. Dalam tempoh tersebut, mereka enggan mengadakan sebarang perhubungan termasuklah jual beli, bercakap, ziarah-menziarahi dan sebagainya. Orang-orang Islam telah mengalami penderitaan yang teruk dan ketika inilah 2 orang pendokong kuat Nabi iaitu Khadijah dan Abu Talib telah meninggal dunia. Pemulauan ini hanya dilakukan dalam tempoh 3 tahun kerana tidak semua orang musyirikin bersetuju dengan tindakan tersebut.
Merancang Pembunuhan Nabi
Apabila orang musyirikin gagal menyekat usaha Nabi, mereka akhirnya bersepakat untuk membunuh Nabi. Beberapa orang pemuda telah dipilih untuk melaksanakan tugas tersebut. Rancangan ini telah diberitahu oleh Allah kepada Nabi melalui wahyu. Oleh itu, pada malam rumah dikepung, Nabi ditemani oleh Abu Bakar telah keluar tanpa disedari oleh orang musyirikin. Sebelum bertolak ke Mekah, Nabi dan Abu Bakar telah bersembunyi di Gua Ihur selama 3 hari.
Memerangi Orang Islam
Setelah Nabi dan orang Islam berhijrah ke Madinah, orang musyirikin telah berasa tidak puas hati. Oleh itu, mereka telah melancarkan serangan ke atas orang Islam. Terdapat 3 peperangan penting yang berlaku iaitu Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khadak (Ahzab).
Cara Nabi Menghadapinya
Bersabar
Pada peringkat awal, Nabi meminta orang Islam supaya bersabar menghadapi tindakan dari orang musyirikin. Mereka diminta jangan bertindak balas bagi mengelakkan pertelingkahan yang lebih besar. Lagipun belum ada wahyu yang membenarkan orang-orang Islam bertindak balas.
Membebaskan Hamba
Nabi menggalakkan orang Islam yang berharta untuk membebaskan hamba yang telah diseksa dengan teruk oleh tuan-tuan mereka. Antara sahabat yang menyahut seruan ini termasuklah Abu Bakar yang telah menebus dan seterusnya membebaskan Bilal Bin Rabah dari tuannya Umayyah Bin Khalaf.
Berlindung di Bawah Orang yang Berpengaruh
Bagi mengelakkan peyeksaan orang musyirikin Mekah, Nabi dan orang-orang Islam telah mendapatkan perlindungan dari orang yang berpengaruh dalam masyarakat Quraisy. Nabi sendiri misalnya telah diberikan perlindungan oleh bapa saudaranya Abu Talib.
Berhijrah ke Habsyah
Apabila orang musyirikin menunjukkan penentangan yang semakin hebat, maka Nabi mengarahkan orang-orang Islam supaya berhijrah ke Habsyah. Al-Najasyi yang memerintah Habsyah ialah seorang pemerintah yang baik dan sanggup melindungi orng Islam. Penghijrahan ke Habsyah dilakukan sebanyak 2 kali. Kali pertama berlaku pada tahun ke-6 selepas kerasulan Nabi. Ia diketuai oleh Uthman Bin Affan. Seramai 10 lelaki dan 5 perempuan terlibat. Pada tahun berikutnya, seramai 83 lelaki dan 18 perempuan yang diketuai oleh Jaafar Abu Talib telah berhijrah ke Habsyah.
Berundur ke Taif
Sebelum berlakunya Bai'at Aqabah, Nabi dan anak angkatnya Zald Bin Harithah telah pergi ke Taif untuk berdakwah kepada Bani Thaqif tetapi penduduk Taif mempunyai hubungan yang rapat dengan orang Quraisy di Mekah. Oleh itu, mereka menolak mentah-mentah dakwah yang disampaikan. Malah mereka mengupah kanak-kanak untuk mencederakan Nabi.
Bai'at Aqabah
Setalah Nabi gagal menyampaikan dakwah di Taif dan kepada penduduk Mekah, Nabi berusaha menemui orang-orang luar yang datang ke Mekah pada musim Haji. Hasilnya, pada tahun 11 selepas kerasulan Nabi, Bai'at Aqabah I telah berjaya diadakan. Hal ini diikuti pada tahun berikutnya dengan Bai'at Aqabah II. Melalui Bai'at Aqabah II, Nabi dan orang Islam dijemput ke Yathrib (Madinah).
Hijrah ke Yathrib
Pada tahun ke-13 selepas kerasulan Nabi, Nabi bersama orang Islam telah berhijrah ke Yathrib bagi mengelakkan tindakan yang lebih keras dilakukan oleh orang musyirikin Mekah. Hijrah ini dilakukan secara bersembunyi. Dengan hijrah ini, peluang bagi orang musyirikin untuk menghalang usaha penyebaran Islam gagal.
Perang
Setelah 2 tahun Nabi berhijrah, turun wahyu yang membenarkan orang Islam berperang bagi mempertahankan diri dan agama. Oleh itu, di dalam Perang Badar yang berlaku pada tahun 2 Hijrah, orang Islam telah mencapai kemenangan yang besar. Kemenangan ini kemudiannya telah menyebabkan orang musyirikin melancarkan serang kedua pada 3 Hijrah yang berakhir dengan kekalahan tentera Islam. Pada 5 Hijrah, orang musyirikin sekali lagi membentuk pasukan tentera bersekutu yang bukan sahaja melibatkan orang musyirikin Mekah, tetapi juga golongan Yahudi, Munafik, kabilah-kabilah Arab kecil seperti Bani Asad, Bani Salim, Bani Yasyjab dan sebagainya.
Rumusan
Nabi Muhammad menghadapi perjuangan yang sukat untuk mengembangkan Islam di sesetengah masyarakat Quraisy yang mengagung-agungkan patung-patung berhala mereka. Namun dalam tempoh hampir 13 tahun itu juga kaum Quraisy berasa amat sukar untuk membendung perkembangan Islam walaupun mereka telah melakukan pelbagai tindakan. Perjuangan Nabi Muhammad tidak pernah mengenal erti kejayaan.
BAI'AT AQABAH
Latar Belakang
Bai'at ialah persetiaan, ikrar atau sumpah setia. Bai'at aqabah telah diadakan di antara Nabi dengan penduduk Yathrib di sebuah tempat yang dikenali sebagai Aqabah. Aqabah adalah nama sebuah bukit yang terletak antara Mekah dan Madinah. Bai'at ini diadakan sebanyak dua kali. Bai'at yang pertama dikenali sebagai Bai'at Wanita / Bai'at al-Nisak kerana ia merupakan perjanjian keamanan. Seramai 12 orang penduduk Madinah yang terdiri daripada 10 Khazraj dan 2 Aus terlibat dalam bai'at ini. Mereka berjanji tidak akan menyekutukan Allah, tidak mencuri, tidak membunuh anak, tidak berbohong, tidak fitnah-menitnah dan lain-lain. Pada tahun berikutnya iaitu pada tahun ke-13 selepas kerasulan Nabi, seramai 73 orang penduduk Madinah datang menemui Nabi bagi mengukuhkan kesetiaan mereka dalam Bai'at Aqabah I. Mereka memeluk Islam sejak dari Yathrib lagi. Bai'at kedua ini disebut sebagai Bai'at al-Haub. Di samping mengulangi ikrar yang pertama, mereka berjanji akan melindungi dan mempertahankan Nabi serta umat Islam seperti mereka melindungi keluarga mereka sendiri. Mereka juga mengajak Nabi untuk berhijrah ke Yathrib.
Hubungan Aqabah dan Hijrah
Bai'at Aqabah mempunyi hubungan yang rapat dengan Hijrah. Kedua-dua Bai'at tersebut menandakan bahawa akan berlaku Hijrah Nabi dan umat Islam ke Madinah. Hal ini adalah berdasarkan kepada fakta berikut:-
1.
|
Kedatangan puak Aus dan Khazraj ke Mekah adalah untuk mendapatkan sokongan dari Nabi dan orang Islam bagi menentang orang Yahudi di Madinah. Orang-orang Yahudi walaupun golongan pendatang, tetapi mereka telah berjaya menguasai ekonomi di Madinah sehingga penduduk asal di Madinah yang terdiri daripada orang Arab tertekan.
|
2.
|
Penduduk Madinah sedar tentang perlunya mereka mempunyai seseorang pemimpin seperti Nabi Muhammad. Nabi bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah mereka dengan orang Yahudi, malah menyelesaikan masalah perebutan kuasa yang berlaku antara orang Aus dan Khazraj.
|
3.
|
Orang Madinah yakin dengan kebolehan Nabi dan keadilan agama Islam, dengan ini mereka berharap pentadbiran kota Madinah yang mempunyai penduduk berbilang bangsa dan kaum dapat ditadbir dengan sebaik-baiknya.
|
4.
|
Usaha berterusan yang dilakukan oleh penduduk Madinah selama 3 tahun berturut-turut merupakan satu usaha yang gigih bagi merangka strategi Hijrah. Ia bermula dari kedatangan Suwaid Bin Samit diikuti oleh Iyas Bin Muazth dan seterusnya kedatangan 6 orang penduduk Madinah. Hasilnya, Bai'at Aqabah I telah diadakan pada tahun ke-12 selepas kerasulan Nabi diikuti pada tahun berikutnya dengan Bai'at Aqabah II.
|
5.
|
Selepas Bai'at Aqabah II diadakan, Nabi telah melantik 12 orang Naqib (ketua) yang terdiri daripada 9 Khazraj dan 3 Aus bagi mengetuai gerakan dakwah di Madinah. Ia juga menjadi bukti bahawa Hijrah akan berlaku.
|
6.
|
Persetujuan yang telah dicapai antara Nabi dengan penduduk Madinah yang terdiri daripada Aus dan Khazraj menandakan bahawa peristiwa penting ini akan berlaku. Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk sama-sama mempertahankan Islam dan ancaman musuh malah penduduk Madinah sanggup menjamin keselamatan orang Islam jika mereka berhijrah ke Madinah.
|
7.
|
Hijrah telah berlaku sebaik sahaja Bai'at Aqabah II diadakan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Bai'at inilah yang menyebabkan Nabi berhijrah ke Madinah. Setibanya Nabi di Madinah, mereka disambut dengan gembiranya oleh penduduk Madinah.
|
Rumusan
Bai'at Aqabah berlaku di antara seorang pemimpin yang sedang mencari umat untuk diserukan ajaran Islam dengan sekumpulan masyarakat yang mencari seorang pemimpin yang dapat menyatupadukan mereka. Ia memainkan peranan besar dalam sejarah perkembangan Islam. Ia membawakan sinar baru terhadap perkembangan Islam. Ada sejarahwan yang menganggap peristiwa Ikrar Aqabah sebagai "penyelamat nyawa terancam". Ia merupakan anak kunci peristiwa Hijrah yang bersejarah yang dapat mengubah perjalanan sejarah perkembangan Islam.
PERISTIWA PENTING DI ANTARA 2 HIJRAH
Pengenalan
Dalam sejarah perkembangan awal Islam terdapat 2 peristiwa penting iaitu Hijrah ke Habsyah dan Hijrah ke Madinah. Namun dalam 2 peristiwa ini, Nabi Muhammad hanya melibatkan diri dalam hijrah ke Madinah. Kerana itu jugalah peristiwa Hijrah tersebut digelarkan Hijratul-Rasul dan disambut oleh umat Islam pada setiap tahun sehingga kini. Dalam perjanjian Hijrah ke Habsyah, hanya sebahagian daripada pengikut Nabi yang terlibat. Hijrah ke Habsyah lebih bersifat sementara dan bertujuan mencari perlindungan. Kebanyakan daripada mereka kembali ke Arab apabila mendengar berita pengislaman Saidina Umat al-Khattab. Ada yang kembali semula selepas mendengar berita Hijrah ke Madinah.
Peristiwa Penting
Bantuan Perlindungan di Habsyah
Pada tahun ke-5 kerasulan, sebahagian daripada umat Islam telah berhijrah ke Habsyah untuk mencari perlindungan di sana. Nabi Muhammad sendiri menyarankan agar berhijrah ke Habsyah kerana ia dianggap sebagai Bumi Kebenaran dan penganiayaan tidak berlaku di sana. Terdapat 2 rombongan umat Islam berhijrah ke sana. Rombongan ini telah mendapat perlindungan di Habsyah walaupun Maharaja Najashy menganut agama Nasrani. Kejadian ini telah memberikan perangsang dan menguatkan azam Nabi Muhammad untuk terus berjuang menyebarkan Islam.
Pemulauan Islam (Moqato'ah)
Orang musyirikin telah melakukan pemulauan ke atas Nabi, orang Islam dan Bani Hasyim sebagai salah satu cara untuk menyekat perkembangan Islam. Pada mulanya, pemulauan ini hendak dilakukan selama 10 ahun tetapi setelah 3 tahun berlangsung, ia telah ditamatkan. Pemulauan ini telah menyebabkan umat Islam menghadapi penderitaan yang teruk. Pada tahun akhir pemulauan, 2 orang penyokong kuat Nabi iaitu Siti Khadijah dan Abu Talib meninggal dunia. Walaupun orang Islam menghadapi penderitaan tetapi peristiwa ini tetap memberi kesan positif terhadap perkembangan Islam. Penderitaan yang dialami telah melahirkan rasa simpati masyarakat umum terhadap Nabi sehingga ada antara mereka yang mendesak orang musyirikin untuk menamatkan pemulauan itu. Peristiwa ini tidak melemahkan semangat perjuangan orang Islam, malah orang-orang kaya di antara mereka telah mengorbankan kekayaan mereka bagi membantu saudara lain. Hal ini menyebabkan hubungan antara mereka bertambah rapat. Kegagalan orang musyirikin meneruskan rancangan ini telah menjatuhkan imej mereka pada pandangan kabilah-kabilah lain.
Pengislaman Umar
Umar Bin al-Khattab adalah antara sahabat Nabi yang agak lewat menerima Islam. Ketika orang Islam berhijrah ke Habsyah mereka menerima berita bahawa beliau telah memeluk Islam. Sebelum menerima Islam, Umar ialah seorang penentang kuat Nabi tetapi selepas menerima Islam, beliau menjadi sahabat Nabi yang kuat. Pengislaman beliau sangat besar ertinya terhadap perkembangan Islam. Nabi sendiri pernah berdoa supaya Allah membuka hati Umar untuk menerima Islam. Sebelum Islam, Umar mempunyai penyokong yang ramai. Dengan islamnya Umar, kedudukan Islam menjadi kuat dan orang Islam berani melakukan ibadat secara terbuka. Pengislaman Umar juga merupakan satu tamparan yang hebat kepada musyirikin Mekah kerana sebelum ini Umar bersungguh-sungguh menunjukkan penentangannya terhadap Islam.
Pengislaman Hamzah
Hamzah ialah seorang pemuda gagah Quraisy. Beliau ialah bapa saudara Nabi. Beliau tidak menyahut seruan Islam tetapi tidak terlibat dalam gerakan menentang Islam. Pengislamannya mungkin berlaku secara spontan. Hal ini kerana pada suatu hari semasa beliau balik dari berburu, beliau terlihat orang yang sedang menghina Nabi. Sebagai tokoh Bani Hasyim, beliau memarahi orang itu dan menyatakan pengislamannya. Beliau merupakan panglima Quraisy yang ulung dan disegani. Pengislamannya memantapkan lagi perjuangan Islam.
Peristiwa Israk dan Mikraj
Peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab. Israk ialah perjalanan pada waktu malam dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine. Mikraj pula ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke langit dan seterusnya hingga ke Sidratul Muntaha. Dalam peristiwa ini, Nabi telah diperlihatkan dengan pelbagai tanda kekuasaan Allah. Peristiwa ini menjadi ujian kepada orang Islam. Bagi yang beriman, iman mereka semakin mantap tetapi bagi yang kurang beriman, maka menjauhkan diri kerana menganggap Nabi mereka cerita. Peristiwa inilah ibadat sembahyang mula diwajibkan. Peristiwa ini memberi keterangan kepada Nabi walaupun orang musyirikin semakin kuat menentang.
Dakwah di Taif
Selepas tamatnya pemulauan, Nabi dengan ditemani oleh Zaid Bin Harithah telah pergi ke Taif untuk berdakwah kepada Bani Thaqif. Pemergian Nabi disebabkan beliau kecewa dengan sikap penduduk Mekah di samping Abu Talib dan Khadijah. Di Taif, sekali lagi Nabi dikecewakan. Mereka bukan sahaja menolak mentah-mentah dakwah yang disampaikan, malah telah mengupah kanak-kanak melontar Nabi dengan batu sehingga Nabi cedera. Ternyata dakwah di Taif gagal kerana Bani Thaqif mempunyai hubungan rapat dengan puak Quraisy. Sungguhpun Nabi kecewa, tetapi semangat untuk terus berdakwah tetap kukuh. Dari segi jangka panjang, dakwah ke Taif tidak gagal kerana sekurang-kurangnya Nabi telah berjaya mengislamkan seorang penganut Kristian, iaitu Addas. Peristiwa ini telah membuka jalan kepada pengislaman penduduk Taif pada 9 Hijrah. Kegagalan dakwah di Taif juga dianggap sebagai Muqaddinah (permulaan) kepada peristiwa Israk dan Mikraj. Peristiwa ini menggembirakan Nabi dan menambahkan keyakinan untuk terus berdakwah.
Bai'at Aqabah
Apabila Nabi sedar penduduk Mekah tidak mahu menerima Islam, Nabi mengalihkan perhatian kepada orang luar Mekah. Pada tahun ke-11 selepas kerasulan Nabi, 6 orang penduduk Yathrib telah datang menemui Nabi dan menyatakan keislaman mereka. Pada tahun berikutnya, 12 orang lagi datang dan mengadakan ikrar yang dikenali sebagai Bai'at Aqabah I. Apabila mereka pulang ke Madinah, Nabi menghantar Mus'ab Bin Umair untuk menjadi guru dan imam mereka. Pada musim Haji tahun berikutnya, seramai 73 orang lagi mengadakan ikrar Aqabah II. Dengan adanya ikrar ini, bilangan penganut Islam telah bertambah bilangannya. Secara tidak langsung, tenaga pendakwah bertambah. Penduduk Yathrib berjanji akan menyebarkan Islam di sana. Ikrar ini dianggap sebagai Muqaddinah kepada peristiwa Hijrah yang berlaku pada 622 Masihi.
Rumusan
Jangkamasa di antara Hijrah ke Habsyah dengan Hijrah ke Madinah mengandungi banyak peristiwa penting yang memantapkan lagi perjuangan Nabi Muhammad. Setiap peristiwa yang berlaku sama ada yang mendatangkan kesedihan atau kegembiraan kepada baginda ternyata mempunyai signifikasinya yang tersendiri. Sebagai seorang pejuang yang memandang jauh ke hadapan, baginda menggunakan setiap pengajaran daripada kegagalan atau kegembiraan daripada setiap kejayaan untuk mengatur langkah yang lebih padu dan teratur.
HIJRAH
Pengenalan
Hijrah dari segi bahasa bererti perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dari segi sejarah, hijrah bermaksud perpindahan Nabi dan umat Islam dari kota Mekah ke kota Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa ini telah menjadi satu titik peralihan dalam hidup Nabi dan juga perkembangan agama Islam. Penghijrahan ini dilakukan secara diam-diam bagi mengelakkan diketahui oleh musyirikin Mekah. Mereka berpindah dalam kumpulan yang kecil. Nabi sendiri hanya ditemani oleh Abu Bakar sebelum bertolak ke Madinah. Mereka bersembunyi di Gua Thur untuk beberapa hari.
Faktor Berlakunya Hijrah
Bai'at Aqabah
Termeterainya Bai'at Aqabah mempercepatkan lagi proses Hijrah. Melalui Bai'at ini, Nabi telah dapat menjangka sambutan penduduk Madinah adalah lebih baik. Dalam Bai'at Aqabah pertama, hanya 12 orang yang terlibat manakala dalam Bai'at Aqabah kedua, bilangannya telah meningkat kepada 73 orang. Orang Madinah bukan sahaja mahu menerima Islam tetapi sanggup memberi perlindungan kepada Nabi dan orang Islam.
Tekanan Musyirikin Mekah
Tekanan / Ancaman dari musyirikin Mekah telah mendorong Nabi dan orang Islam berhijrah ke Mekah. Nabi dan orang-orang Islam telah dihina, diseksa dan dipulau. Malah, Nabi sendiri telah diancam untuk dibunuh. Orang-orang musyirikin mula menunjukkan penentangan mereka apabila Nabi menyebarkan Islam secara terbuka. Mereka bimbang kedudukan mereka dari segi politik, ekonomi dan sosial akan terjejas.
Kegagalan Dakwah di Taif
Kegagalan dakwah di Taif menyebabkan Nabi cuba mengalihkan perhatian ke tempat lain, iaitu Madinah. Kedatangan penduduk Madinah ke Mekah dan kesungguhan mereka untuk menerima dan menyebarkan Islam memberi satu gambaran yang baik kepada Nabi. Penduduk Taif ternyata tidak mahu menerima Islam memandangkan mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan orang Quraisy di Mekah.
Kematian Abu Talib dan Khadijah
Kematian Abu Talib dan Khadijah telah menyebabkan Nabi kehilangan tempat untuk berlindung. Ia sedikit sebanyak meninggalkan kesan ke atas Nabi. Khadijah adalah seorang isteri yang sangat setia dan sanggup mengorbankan segala-galanya untuk Nabi dan orang Islam. Abu Talib pula walaupun tidak menerima Islam, tetapi beliau tetap melindungi Nabi dari ancaman.
Mencari Tempat Baru untuk Berdakwah
Nabi berhasrat untuk mendapatkan sebuah tempat baru untuk berdakwah memandangkan sambutan dari penduduk Mekah kurang menggalakkan. Nabi agak kecewa dengan sikap penduduk Mekah. Di Mekah selama 13 tahun, bilangan yang menerima Islam agak kecil berbanding dengan tempoh 10 tahun Nabi berdakwah di Madinah.
Persediaan Penduduk Madinah Menerima Nabi
Persediaan penduduk Madinah menerima Nabi telah mendorong Nabi berhijrah ke sana. Penduduk Madinah sangat berharap Nabi dapat membantu mereka menyelesaikan perbalahan antara orang Arab dan Yahudi, juga antara orang Arab dan Arab, khususnya antara Aus dan Khazraj. Perbalahan ini berpunca dari perebutan kuasa di Madinah.
Kedudukan Madinah yang Strategik
Kedudukan Madinah di tengah-tengah jalan perdagangan antara Syam dan Yaman sangat sesuai untuk dijadikan sebagai pusat penyebaran Islam. Ia juga berpotensi menyaingi kedudukan Mekah sebagai pusat perdagangan. Dengan ini, Madinah bukan sahaja dapat dijadikan sebagai sebuah negara yang kukuh dari segi politik tetapi juga ekonomi.
Penduduk Madinah Hampir dengan Agama Samawi
Penduduk Madinah kebanyakannya sudah mengetahui serba sedikit tentang agama Samawi, terutamanya melalui cerita-cerita yang dibawa oleh orang Yahudi. Pengetahuan ini memudahkan mereka memahami dan menerima ajaran yang dibawa oleh Nabi. Lagipun, penduduk Madinah mempunyai sifat-sifat semulajadi yang lebih lembut berbanding penduduk Mekah.
Wahyu
Hijrah berlaku apabila Nabi menerima wahyu dari Allah yang mengizinkan orang Islam berhijrah. Wahyu tersebut ialah ayat 30, Surah al-Anfal. Ayat tersebut mengingatkan Nabi tentang pakatan yang dilakukan oleh orang musyirikin Mekah terhadap Nabi. Wahyu ini menggesa Nabi supaya segera berhijrah ke Madinah.
Kepentingan Hijrah
Perubahan Pusat Gerakan Islam
Pusat gerakan Islam berpindah ke Madinah dimana kegiatan Islam dapat dijalankan dengan lebih aman dan bebas dari ancaman kaum Quraisy. Penyebaran Islam mula dapat dijalankan secara bebas dan terbuka tanpa ancaman kaum Quraisy. Ajaran-ajaran Islam diamalkan dengan bebas tanpa kekhuatiran dimana-mana sahaja bahagian kota Mekah.
Penyebaran Islam Semakin Meluas
Ajaran Islam dapat disebarkan dengan lebih meluas dan pesat. Penyebarannya begitu meluas sehingga melepasi sempadan politik Mekah dan Madinah. Nabi Muhammad telah menghantar utusan kepada pemerintah Rom, Farsi, Habsyah, Ghassan, Mesir, Bani Bakar dan sebagainya yang menyeru mereka kepada agama Allah. Di antara yang menerima utusan tersebut ialah Heraclius (Maharaja Byzantine), Muqaucis (pemimpin golongan Qibbi di Mesir), Najashy (Maharaja Habsyah) dan Kisra Farsi.
Perubahan Kedudukan Nabi
Baginda tidak lagi diancam secara fizikal atau dihina oleh kaum Quraisy. Malah baginda menjadi pemimpin utama Madinah yang dihormati dan disegani. Semasa di Madinah, baginda turut menjadi hakim, ketua negara, panglima perang, guru agama, pemimpin umat dan sebagainya. Peranan itu tidak dapat dimainkan semasa baginda di Mekah.
Pertambahan Umat Islam
Umat Islam semakin bertambah dan terdiri dari 2 golongan iaitu golongan Ansar dan Muhajirin. Golongan Ansar ialah orang Madinah yang menganut agama Islam. Majoritinya ialah kaum Aus dan Khazraj. Golongan Muhajirin ialah umat Islam Mekah yang mengikut Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah. Muhajirin bermakna "penghijrah". Pertumbuhan masyarakat Islam ini mewujudkan sebuah ummah Islamiyah. Umat Islam menjadi semakin kukuh dan mampu mempertahankan diri mereka.
Penubuhan Negara Islam
Kota Madinah menjadi negera Islam yang pertama di dunia apabila Nabi berjaya membentuk Piagam Madinah. Ia menukarkan imej kota Madinah yang hampir dikuasai oleh kaum Yahudi kepada sebuah kota Islam. Piagam ini dianggap sebagai perlembagaan bertulis yang pertama di dunia kerana ia mempunyai negara yang ditentukan kawasannya, mempunyai ummah yang tertentu dan menyentuh hak-hak seluruh masyarakat.
Perubahan Kehidupan Masyarakat Madinah
Sebelum Nabi Muhammad berhijrah, penduduk Madinah hidup dalam suasana Jahiliah tanpa sistem undang-undang yang teratur. Keadilan terletak pada kekuatan. Manusia yang lemah sering ditindas. Dengan kedatangan Nabi, sistem perundangan yang teratur diperkenalkan. Peraturan ini meliputi hampir keseluruhan aspek kehidupan masyarakat seperti bidang ekonomi, kekeluargaan, pemerintahan dan sebagainya. Semua penduduk Madinah hidup bebas dari penindasan.
Menamatkan Permusuhan Tradisi Golongan Ansar
Konflik diantara suku Aus dan Khazraj ditamatkan dengan mempersaudarakan mereka dengan ikatan semangat Ukhuwwah Islamiyah. Sebelum itu, mereka saling bermusuhan. Peperangan sering tercetus sesama mereka. Peperangan yang terakhir ialah Perang Bu'ath pada 618 M di antara suku Aus dan Khazraj yang mengorbankan banyak nyawa dan harta benda.
Permulaan Kalendar Hijrah
Tarikh penghijrahan Nabi Muhammad dijadikan sebagai titik terawal bagi pengiraan sistem kalendar Islam iaitu Tahun Hijrah. Hal ini dilakukan oleh Khalifah Umar al-Khattab pada 634 M. Takwim ini mengikut peredaran bulan. Dalam setahun mengandungi 12 bulan atau 354 hari. Setiap bulan mempunyai 29-30 hari.
Perubahan Dasar Politik
Umat Islam mula menjalankan dasar politik bercorak offensive iaitu menentang apa sahaja penentangan Quraisy secara kekerasannya. Perubahan dasar ini dilakukan setelah turunnya Suruh al-Hajj. Sebelum itu, mereka hanya bertahan dan bersabar.
Rumusan
Hijratul-Rasul adalah suatu peristiwa yang mempunyai signifikasi yang sangat besar dalam sejarah perjuangan Islam. Ia jelas telah membawa banyak perubahan dalam corak perkembangan Islam. Ia merupakan titik peralihan yang amat penting bagi Nabi Muhammad sendiri dan perkambangan Islam di seluruh dunia. Penghijrahannya ini membawa kepada kemenangan umat Islam dalam hampir setiap bidang seperti ekonomi, sosial dan politik.
UMMAH
Pengenalan
Sebelum terbentuknya ummah di Madinah, masyarakat Madinah hidup di dalam keadaan berpecah-belah. Hal ini disebabkan Madinah terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama. Secara keseluruhannya, penduduk Madinah terdiri daripada 2 bangsa utama iaitu Arab dan Yahudi. Orang-orang Arab pula terdiri daripada 2 puak iaitu Aus dan Khazraj. Kedua-dua puak ini sering bermusnahan antara satu sama lain terutamanya kerana perebutan kuasa. Orang Yahudi pula terdiri daripada beberapa puak, yang paling terkenal ialah Bani Nadhir, Quraizah dan Qainuqak. Hubungan di antara puak Yahudi dan Arab sentiasa di dalam keadaan tegang sehinggalah Nabi berhjrah ke Madinah.
Definisi Ummah
Ummah menurut Sahifah Madinah adalah di dalam pengertian yang luas. Istilah tersebut adalah merujuk kepada semua penduduk Madinah pada masa kedatangan Nabi ke Madinah. Ia termasuklah orang-orang Islam yang berhijrah bersama Nabi atau lebih dikenali sebagai orang-orang Muhajirin, penduduk Madinah yang telah membantu Nabi atau yang lebih dikenali sebagai golongan Ansar serta orang-orang Yahudi yang telah menjadi sebahagian daripada sebahagian daripada penduduk Madinah. Walaupun mereka terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama tetapi masih lagi dianggap sebagai satu ummah. Oleh itu, Sahifah Madinah telah menyebutkan nama mereka satu persatu dan mereka masing-masing mempunyai hak dan tanggungjawab terhadap negara Islam Madinah.
Sejarah Pembentukan Ummah
Pembentukan ummah di Madinah bermula sebaik sahaja Nabi sampai ke Madinah iaitu pada tahun 1 Hijrah bersamaan 622 M. Suasana di Madinah tidak aman menyebabkan Nabi mengambil beberapa langkah untuk membentuk ummha. Nabi sedar negara Islam Madinah mungkin dapat ditegakkan jika penduduk Madinah tidak bersatu terlebih dahulu. Sehubungan dengan itu, Nabi telah bertindak mempersaudarakan golongan Aus dan Khazraj dan mereka diberi nama baru iaitu golongan Ansar, golongan ini kemudiannya telah dipersaudarakan pula dengan golongan Muhajirin dan seterusnya mengadakan perjanjian damai dengan golongan Yahudi. Bagi mengukuhkan lagi kedudukan ini, Sahifah Madinah telah digubal, Nabi juga membina masjid sebagai tempat untuk menyatukan umat Islam. Dengan usaha-usaha yang dilakukan ini maka terbentuklah satu ummah di Madinah.
Kaitan Ummah dengan Politik Islam di Madinah
1.
|
Pembentukan ummah mempunyai kaitan yang rapat dengan politik Islam di Madinah. Dengan terbentuknya ummah, Madinah telah muncul sebagai sebuah negara Islam yang pertama. Ia kemudiannya menjadi sebuah kuasa yang besar dan disegani. Di bawah konsep ummah, penduduk Madinah telah bekerjasama untuk membangunkan Madinah sama ada dari segi politik, ekonomi ataupun sosial. Kejayaan Nabi menyatukan penduduk Madinah di bawah konsep ummah telah membuktikan bahasa Islam adalah agama yang lengkap dan ia tidak memisahkan di antara politik dan agama.
|
2.
|
Pembentukan ummah Madinah juga telah menjamin keselamatan Madinah dari ancaman luar dan dalam. Sebagai satu ummah semua penduduk Madinah perlu bekerjasama untuk mempertahankan Madinah dan sebarang ancaman. Di samping itu, mereka juga tidak boleh bermusuhan di antara satu sama lain. Nabi dengan jelas menyebutkan bahawa sesiapa atau mana-mana golongan yang mengingkari perjanjian yang telah dibuat akan dikenakan hukuman yang setimpal. Hal ini terbukti apabila orang-orang Yahudi telah dihalau dari Madinah apabila mereka sering mempersendakan kemenangan tentara Islam. Malah telah bekerjasama dengan pihak musuh iaitu orang-orang Quraisy.
|
3.
|
Pembentukan ummah juga telah berjaya menyelesaikan krisis pemimpin yang wujud di Madinah sebelum ini. Semua penduduk Madinah termasuklah orang-orang Yahudi bersetuju untuk menerima Nabi sebagai pemimpin Madinah. Sifat-sifat kepimpinan yang ada pada Nabi telah menyebabkan mereka berpuas hati dan bersetuju untuk bernaung di bawah pemerintahan Islam. Sebelum ini, penduduk Madinah sering bertelagah bagi menentukan kepimpinan di Madinah. Puak Aus dan Khazraj misalnya telah berperang sejak sekian lama dan peperangan yang paling hebat ialah peperangan Buath. Orang-orang Yahudi juga sering mengintai peluang untuk mengambilalih pentadbiran Madinah, oleh itu, mereka sering melagak-lagakan di antara kedua-dua puak tersebut.
|
4.
|
Pembentukan ummah juga berjaya mengukuhkan kedudukan politik Islam. Ia telah membuka peluang kepada penyebaran agama Islam. Orang Islam bebas beribadat dan menyebarkan agama Islam. Hal ini menyebabkan bilangan penganut Islam bertambah dengan banyaknya. Dalam tempoh 10 tahun Nabi di Madinah, penganut Islam telah meningkat lebih daripada 100,000 orang. Hal ini terbukti semasa Nabi mengerjakan ibadat haji yang terakhir, seramai 100,000 orang telah mendengar khutbah baginda yang terakhir. Bilangan ini sangat besar berbanding dengan bilangan yang berjaya diislamkan dalam tempoh 13 tahun Nabi di Mekah.
|
Kesimpulan
Sesungguhnya pembentukan ummah di Madinah telah memberi kesan yang besar terhadap usaha-usaha penyebaran Islam. Ia juga sekaligus menunjukkan bahawa Nabi Muhammad adalah seorang pemimpin yang unggul. Oleh itu, tidaklah menghairankan jika baginda juga digelar sebagai seorang negarawan.
PENYATUAN UMMAH
Pengenalan
Nabi Muhammad tiba di Madinah pada bulan September 622 M. Dengan penghijrahan ini, pusat gerakan umat Islam telah bertukar dari kota Mekah ke kota Madinah. Nabi Muhammad telah diterima sebagai pemimpin Madinah kerana Madinah pada waktu tersebut belum mempunyai seorang pemimpin tunggal. Madinah adalah sebuah kota di Utara Mekah yang diduduki oleh pelarian Yahudi dari Palestine dan bangsa Arab dari Yaman. Oleh sebab ia lebih merupakan kota tumpuan pelbagai bangsa yang belum pernah dipimpin oleh mana-mana pemerintah, maka Nabi Muhammad terpaksa menghadapi pelbagai masalah yang timbul oleh pelbagai golongan.
Golongan yang Dihadapi
Golongan Muhajirin
Muhajirin ialah orang Islam yang berhijrah bersama-sama Nabi dari Mekah ke Madinah berjumlah 150 orang. Mereka datang sehelai sepinggang meninggalkan kampung halaman semata-mata kerana Allah. Sewaktu di Madinah, mereka diberi pertolongan oleh golongan Ansar. Muhajirin kesemuanya adalah dari keturunan Quraisy tetapi dari pelbagai suku termasuklah Bani Hasyim, Bani Taym, Bani Adi dan Bani Umayyah. Tokoh-tokoh Muhajirin termasuklah Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Muhajirin adalah golongan orang Islam yang pertama memeluk Islam dan diletakkan sebagai orang yang paling mulia di sisi Allah dan diberikan keutamaan untuk memimpin.
Golongan Ansar
Mereka adalah penduduk Madinah yang terdiri daripada suku Aus dan Khazraj. Mereka adalah kumpulan pertama yang mendiami Madinah. Mereka berasal dari Arab Selatan berpindah ke Madinah selepas pecahnya Empangan Maarib. Antara Aus dan Khazraj sering berlaku pertelegahan. Dalam pertelegahan ini, suku Aus disokong oleh Yahudi. Daripada golongan inilah, lahirnya golongan munafik. Mereka memeluk Islam Ba'at Aqabah. Jumlah mereka lebih kurang 500 orang berdasarkan jumlah yang menyambut Nabi apabila Nabi sampai ke Madinah. Mereka digelar Ansar kerana membantu menyebarkan Islam serta memberikan pertolongan kepada Muhajirin. Mereka juga banyak berkorban sama ada harta atau nyawa bagi menegakkan Syi'ar Islam. Mereka diletakkan setaraf dengan Muhajirin dan disebutkan juga sebagai as-Sabiquna al-Awwalun.
Golongan Yahudi
Kaum Yahudi berasal dari Palestine. Mereka datang ke Madinah apabila Nabi Isa menyebarkan agama Nasrani. Kerajaan Rom yang memerintah Palestine menganut agama Nasrani. Hal ini menyebabkan golongan Yahudi lari ke Semenanjung Tanah Arab termasuklah ke Khaibar, Wadi al-Qura dan Madinah. Jumlah suku Yahudi yang tinggal di Madinah ialah sebanyak 20. Yang terkenal hanyalah 3 iaitu Quraizah, Nadhir dan Qainuqak. Walaupun terdapat percampuran darah antara Yahudi dan Arab tetapi Yahudi tetap dengan Yahudinya sama ada dari segi kepercayaan atau kebudayaan. Kaum Yahudi mempunyai angkatan tentera yang kuat serta ekonomi yang kukuh.
Bani Qainuqak adalah Yahudi yang paling berpengaruh. Mereka juga dikatakan Yhudi yang mula-mula sampai ke Madinah. Mereka tinggal di Barat Daya Madinah berhampiran Wadi Buhtan. Mereka bekerja sebagai pedagang di samping petukang dan mempunyai pasukan tentera yang ramai. Mereka pernah membekalkan sejumlah 700 tentera termasuk 200 tentera berperisai bagi membantu kaum Khazraj menentang Aus dalam Perang Bua'th.
Bani Nadhir merupakan golongan kedua berpengaruh. Mereka tinggal di kawasan bukit yang namanya al-Nadhir di Selatan Kota Madinah. Mereka berniaga dan bertani. Mereka memihak kepada suku Aus dalam Perang Bua'th. Sokongan yang diberi kerana tujuan tertentu, iaitu untuk memecahbelahkan orang Arab dan ini membolehkan mereka berkuasa di Madinah.
Bani Qainuzah pula dikenali sebagai Darih. Mereka tiba di Madinah agak lewat. Mereka tinggal di Wadi Mahzur, Selatan kota Madinah. Pekerjaan mereka adalah bertani. Kebanyakan mereka kaya, mempunyai bekalan makanan dan senjata yang banyak. Jumlah tentera mereka dianggarkan 750 orang. Mereka memihak kepada suku Aus dalam Perang Bua'th sehingga menyebabkan suku Khazraj tertewas. Mereka sedar suku Khazraj adalah kuat. Dengan kekalahan Khazraj, pentadbiran kota Madinah akan terlepas ke tangan Yahudi. Yahudi Madinah mempunyai hubungan yang baik dengan Yahudi di luar Madinah.
Golongan Munafik
Munafik adalah orang yang perpura-pura masuk Islam tetapi pada hakikatnya mereka memusuhi Islam. Sejarah kaum munafik bermula apabila Nabi sampai ke Madinah. Mereka telah menimbulkan pelbagai masalah, misalnya dalam Perang Uhud, mereka telah menarik diri sebelum berlakunya peperangan sehingga menyebabkan barisan tentera Islam kucar-kacir dan seterusnya menyebabkan tentera Islam kalah. Pemimpin mereka yang terkenal ialah Abdullah Bin Ubay dari suku Khazraj. Allah menyifatkan munafik sebagai orang yang bercakap bohong seperti yang disebutkan dalam surah al-Imran ayat 167, surah al-Taubat ayat 64-69, al-Ahzab ayat 1, 12, 24, 60 dan 73. Mereka menyokong Nabi kerana kepentingan sendiri; jika didapati musuh lebih kuat, mereka akan menyokong musuh. Mereka mempunyai hubungan yang baik dengan Yahudi. Secara umumnya, mereka tidak mempunyai pendirian yang tetap. Oleh itu, mereka tertewas dalam perjuangan mereka.
Usaha yang Dijalankan dalam Penyatuan Ummah
Membina Masjid
Sebaik sahaja Nabi tiba di Madinah, Nabi telah berusaha membina masjid yang akan dijadikan sebagai tempat ibadat. Selain itu, masjid juga berfungsi sebagai tempat untuk orang Islam bertemu serta berbincang / bermesyuarat bagi menyelesaikan sebarang masalah. Pada peringkat awal, masjid juga dijadikan sebagai tempat berniaga. Masjid pertama yang dibina di Madinah ialah Masjid Nabi / Nabawi. Ia dibina atas tanah milik 2 orang yatim, Sahl dan Suhail. Ia dibeli hanya dengan 10 dinar.
Menyatukan Aus dan Khazraj
Aus dan Khazraj merupakan penduduk asal Madinah. Sebelum kedatangan Nabi, mereka sentiasa bermusuhan antara satu sama lain sehingga mengorbankan banyak nyawa. Peperangan Bua'th merupakan perang yang berlarutan di antara kedua-dua puak tersebut. Ia berpunca dari masalah kepimpinan kerana kedua-duanya ingin menerajui pentadbiran kota Madinah. Nabi sedar jika masalah ini tidak diselesaikan, keadaan ini tidak akan aman. Oleh itu, Nabi berusaha menyatukan kedua-dua pihak tersebut dan menamakan mereka sebagai orang Ansar. Nabi menanamkan sifat-sifat Iman kepada mereka sehingga mereka sanggup melupakan permusuhan yang berlaku antara mereka.
Mewujudkan Persaudaraan Islam
Setelah Nabi berjaya menyatukan Aus dan Khazraj, Nabi berusaha pula mempersaudarakan orang Ansar dan Muhajirin. Tujuan Nabi adalah untuk membantu orang Muhajirin dari sudut ekonomi dan juga kepentingan umum, termasuklah sosial dan politik Islam di Madinah. Sekiranya masalah ekonomi tidak diselesaikan terlebih dahulu adalah sukar bagi Nabi membangunkan sebuah negara yang benar-benar kukuh. Contohnya, Nabi telah mempersaudarakan Hamzah Bin Abdul Muttalib dengan 'Ithban Bin Malik, Abdul Rahman Bin Auf dengan Said Bin Rabi' dan lain-lain. Dengan adanya ikatan ini, golongan Ansar tanpa ragu-ragu sanggup memberikan harta benda mereka untuk dijadikan modal sehingga akhirnya ekonomi orang Muhajirin berjaya dipulihkan.
Menggubal Perlembagaan
Sebuah perlembagaan untuk negara Islam Madinah telah diwujudkan oleh Nabi demi untuk menjamin perpaduan di kalangan penduduk Madinah sebagai sebuah komuniti / ummah. Ia diwujudkan hasil dari persetujuan bersama antara orang Islam dan juga orang Islam dan Yahudi. Dalam perlembagaan ini, beberapa aspek penting telah diberikan penekanan oleh Nabi seperti tanggungjawab bersama untuk mempertahankan Madinah, Kebebasan beragama, al-Quran sebagai asas peraturan perlembagaan dan kedudukan Nabi sebagai ketua negara. Pada dasarnya kesemua penduduk Madinah menerima perlembagaan ini secara terbuka.
Memperkenalkan Dasar-dasar Ekonomi
Nabi menggalakkan orang-orang Islam supaya bekerja keras terutamanya dalam bidang pertanian dan perniagaan. Nabi menggalakkan orang Islam menebus semula tanah mereka yang tergadai di tangan orang Yahudi. Mereka juga diminta berusaha mengatasi masalah monopoli perdagangan yang dilakukan oleh peniaga Quraisy antara Yaman, Mekah dan Syam. Setalah semua langkah yang perlu dilaksanakan, maka kedudukan ekonomi orang Islam telah dipulihkan sehingga membimbangkan orang Yahudi dan Quraisy Mekah sendiri.
Melaksanakan Syura
Sistem Syura atau mesyuarat telah dilaksanakan oleh Nabi di semua peringkat. Ia bertujuan untuk menjamin keadilan dan mengelakkan kezaliman. Sebarang masalah yang timbul sama ada dalam bidang ekonomi, politik dan sosial akan dibincang dan diselesaikan bersama. Setiap anggota masyarkat diberi peluang untuk memberi / mengemukakan pendapat selagi ia tidak bercanggah dengan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh al-Quran.
Membangunkan Masyarakat Islam yang Bermoral
Pembentukan masyarakat Islam yang bermoral adalah penting kerana ia akan memberi contoh kepada masyarakat lain. Nabi berusaha membangunkan mereka dari segi fizikal dan spiritual. Dengan panduan wahyu, Nabi telah memperluaskan lagi kehidupan beragama di Madinah dengan menekankan kepada konsep beribadat, bermuamalat, bermunakahat, jenayah dan kenegaraan. Hasilnya Nabi berjaya melahirkan ramai tokoh yang mempunyai ciri-ciri keperibadian yang tinggi.
Menubuhkan Pasukan Tentera
Pasukan tentera adalah penting bagi sesebuah negara. Bagi Islam, ia adalah untuk mempertahankan kesucian serta kedaulatan agama dan negara. Nabi telah berjaya menubuhkan pasukan tentera yang kuat dan mempunyai semangat jihad yang tinggi. Tentera Islam telah memperoleh beberapa kejayaan termasuklah dalam Perang Badar, Khandak, Mu'tah dan sebagainya.
Dakwah dan Diplomatik
Usaha-usaha dakwah juga dipergiatkan. Ia tidak lagi tertumpu di Madinah. Beberapa utusan telah dihantar untuk menjalin hubungan diplomatik di samping berdakwah. Antaranya termasuklah menghantar utusan ke Habsyah, Yamamah, Mesir dan lain-lain. Ada di antara utusan tersebut diterima baik dan ada juga yang ditolak.
Rumusan
Nabi Muhammad terpaksa menyelesaikan pelbagai masalah setelah baginda berhijrah ke Madinah, sama ada masalah yang dihadapi oleh umat Islam sendiri mahupun masalah yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Islam. Baginda telah membuktikan ketokohannya sebagai seorang negarawan ulung yang belum pernah disaksikan dalam sejarah Tanah Arab. Bangsa-bangsa Arab telah berjaya disatukan dan sebuah negara Islam yang tidak berlandaskan perkauman telah berjaya ditegakkan.
PERLEMBAGAAN MADINAH
Pengenalan
Perlembagaan Madinah juga dikenali sebagai Sahifah Madinah. Ia adalah perjanjian politik yang dibuat di antara Nabi dengan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai bangsa termasuklah orang Muhajirin, Ansar dan Yahudi. Ia dirangka oleh Nabi dengan petunjuk wahyu. Ia mengandungi 10 bab yang terdiri daripada 47 fasal. 23 daripada fasal tersebut adalah mengenai orang-orang Islam dan 24 lagi mengenai orang-orang Yahudi. Perlembagaan Madinah dianggap sebagai perlembagaan bertulis yang pertama di dunia.
Sebab-sebab Penggubalan
Penduduk Madinah merupakan satu kelompok masyarakat majmuk dengan nilai-nilai yang tersendiri. Di antara mereka sering berlaku pertelingkahan, khususnya antara Aus dan Khazraj, antara Arab dan Yahudi serta antara Yahudi dan Yahudi.
Nabi sedar kehormatan dan keamanan tidak akan terjamin jika tiada persefahaman dan kesetiaan dari setiap golongan yang mendudki Madinah.
Nabi juga sedar bahawa orang-orang Yahudi akan melakukan penghinaan terhadap orang-orang Islam dan pada masa yang sama, orang Musyirikin Mekah pula berusaha untuk memusnahkan orang Islam. Dengan adanya perlembagaan ini, mudah bagi Nabi untuk bertindak sekiranya berlaku pengkhianatan oleh orang Yahudi.
Permusuhan antara Aus dan Khazraj merupakan masalah besar sekiranya ia tidak diselesaikan terlebih dahulu. Maka, cita-cita Nabi untuk menubuhkan sebuah negara Islam yang kukuh tidak akan tercapai. Melalui perlembagaan ini, kedua-dua puak tersebut telah berjaya disatukan oleh Nabi dan mereka kemudiannya digelar orang Ansar.
Kandungan Perlembagaan
· Wahyu adalah undang-undang tertinggi bagi negara Islam Madinah.
· Nabi Muhammad diakui sebagai ketua negara yang mesti dipatuhi dan dihormati.
· Tidak boleh bermusuhan di antara sesama Islam dan tidak boleh membantu orang bukan Islam membunuh orang Islam. Orang-orang Islam mestilah menganggap orang Islam yang lain sebagai saudara meraka.
· Kebebasan beragama diberi kepada orang bukan Islam. Orang Yahudi boleh meneruskan amalan agama dan adat resam mereka. Mereka akan menerima layanan yang saksama tetapi mereka bertanggungjawab ke atas keselamatan Madinah.
· Keadilan adalah diberi kepada semua pihak. Dalam sesetengah kes, ketua suku diberi hak untuk menyelesaikan masalah suku mereka. Tetapi beberapa kes jenayah perlu dirujuk kepada Nabi.
· Semua penduduk Madinah tanpa mengira agama dan bangsa adalah bertanggungjawab mempertahankan Madinah walaupun ia diancam oleh kaum sendiri.
Kepentingan Perlambagaan Madinah
Perlembagaan ini menjadi bukti bahawa Islam adalah agama dan politik. Dengan adanya perlembagaan ini dan tertubuhnya negara Islam Madinah, maka lengkaplah Islam sebagai al-Din. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Nabi bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul, tetapi seorang pemimpin yang unggul. Negara Islam yang ditegakkan oleh Nabi merupakan negara contoh dan usaha ini kemudiannya diperkukuhkan oleh sahabat Nabi sehingga Madinah muncul sebagai kuasa terulung di dunia.
Perlembagaan ini telah berjaya menyatukan Madinah yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kam. Ia telah mengatr hubungan antara mereka supaya mereka hidup dalam keadaan hormat-menghormati dan bertanggungjawab. Oleh itu, mereka dapat hidup dalam suasana aman dan semua gejala buruk dapat dihapuskan.
Melalui perlembagaan ini, setiap pengkhianatan akan menerima hukuman yang setimpal tanpa mengira kaum. Dengan hal ini, Nabi adalah orang yang berhak menjatuhkan hukuman bagi setiap kesalahan. Beliau adalah hakim yang baik dan adil. Dengan keadilan ini, semua pihak akan berpuas hati dan keadaan aman di Madinah dapat dikekalkan.
Perlembagaan ini juga menyelesaikan krisis kepimpinan yang wujud di Madinah sejak sekian lama. Melalui perlembagaan ini, Nabi telah diterima sebagai pemimpin bagi negara Islam. Kesemua masyarakat Madinah termasuk Yahudi yang terdiri daripada pelbagai puak suku bersetuju dengan perlantikan tersebut.
Perlembagaan Madinah juga menjamin keselamatan Masinah. Ia dengan jelas menyebutkan bahawa semua penduduk Madinah bertanggungjawab untuk mempertahankan keamanan dan melindungi Madinah dari serangan musuh. Secara tidak langsung, ia akan melahirkan semangat bersatu-padu, tolong-menolong serta sayangkan Madinah.
Dengan adanya perlambagaan ini, aktiviti penyebaran Islam dapat dijalankan dengan berkesan. Suasana aman dan harmoni di Madinah membolehkan Nabi dan sahabat menumpu dalam usaha-usaha dakwah. Peluang ini digunakan untuk menghantar utusan ke luar, termasuklah menemui pemerintah Rom dan Parsi.
Perlembagaan ini tidak menetapkan konsep persamaan antara semua orang sama ada orang perseorangan atau berkumpulan. Tidak ada perbezaan antara pemerintah dengan yang diperintah. Dengan ini, penindasan dapat dielakkan.
Kebebasan dan hak asasi individu adalah terjamin. Hal ini bermakna tidak ada sesiapa yang boleh dihina atau ditindas. Keadaan ini akan mewujudkan suasana yang aman dan harmoni di Madinah.
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD
Pengenalan
Nabi ialah seorang lelaki yang terpilih yang disampaikan kepadanya wahyu Allah untuk amalan dirinya sahaja. Seorang Rasul pula ialah seorang lelaki yang terpilih yang disampaikan wahyu Allah kepadanya untuk dirinya sendiri dan juga untuk disampaikan kepada orang lain.
Seorang negarawan atau pimpinan pulah dapat diertikan sebagai seorang ketua, ahli politik dan pentadbir yang cekap, yang berjaya membuat polisi pemerintahan dan pentadbiran yang baik, dan dapat pula membuat kejayaan yang banyak kepada negaranya di samping memberikan kemakmuran dan kesenangan kepada rakyatnya.
Benarkah Nabi Muhammad Bin Abdullah itu adalah seorang Nabi, Rasul dan negarawan yang agung. Terdapat banyak bukti yang dikutip daripada catatan ahli sejarah yang menunjukkan bahawa memang benar Muhammad Bin Abdullah itu ialah seorang Nabi, Rasul dan negarawan Tanah Arab yang ulung.
Sebagai Nabi dan Rasul
· Sebagai Nabi dan Rasul, baginda berakhlak mengikut ajaran dalam al-Quran.
· Sebagai seorang pendakwah, Nabi menunjukkan sifat-sifat sabar, lemah lembut, toleransi tetapi tegas dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya, terutamanya tentang aspek akidah.
· Baginda melakukan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi, tidak pernah cuba menunjukkan kuasa-kuasa luar biasa walaupun beliau dianugerahkan pelbagai mukjizat oleh Allah.
· Sebagai pemimpin, baginda telah menentukan beberapa bidang bagi menjamin kesejahteraan masyarakat. Antaranya ibadat, nikah-kahwin, jenayah dan ketatanegaraan dan sebagainya.
· Bukti kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad: -
Pengalaman Kanabian
Bukti-bukti sejarah menunjukkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah mengalami proses pengalaman kenabian dan kerasulan seperti yang juga pernah dialami oleh nabi-nabi sebelumnya. Misalnya, pengakuan yang diberikan oleh Waraqah bin Naufal bahawa apa yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah petanda-petanda bahawa baginda bakal menjadi seorang Nabi. Pengakuan ini diberikan setelah isteri Nabi Muhammad s.a.w iaitu Saidatina Khadijah menceritakan kepada Waraqah bin Naufal tentang pengalaman baginda bertemu Malaikat di dalam Gua Hirak.
Kedatangan Nabi adalah Dinanti-nantikan
Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w sendiri memang telah dinati-nantikan oleh sebahagian daripada masyarakat Arab. Misalnya ketika Abdul Mutalib mengunjungi Yaman untuk menyatakan tahniah kepada Saif Zu Yazin yang berjaya menguasai semuala Yaman daripada orang-orang Habsyah. Saif Zu Yazin telah memberitahu kepada Abdul Mutalib tentang bakal kelahiran seorang bayi dari Mekah yang mempunyai "tanda tertentu" pada badannya yang akan menjadi pemimpin manusia sehingga ke Hari Kiamat.
Keterangan dari Kitab-kitab Terdahulu
Kitab-kitab yang telah diturunkan kepada Nabi Musa a.s (Taurat) dan Isa a.s (Injil) dengan jelas ada menyatakan tentang bakal kelahiran seorang Nabi dari arah Mekah dan dari keturunan keluarga atau saudara-mara Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s itu sendiri, walaupun bukan dari keturunan Yahudi atau Nasrani. Malah kaum Yahudi di Yastrib (Madinah) sering pula menakut-nakutkan masyarakat Arab kota itu tentang kelahiran "Nabi" tersebut yang diceritakan dalam kitab mereka (Taurat). Mereka mendakwa "Nabi" tersebut akan menganut agama Yahudi dan mengalahkan orang-orang Arab.
Keterangan dari al-Quran
Ayat-ayat dari kitab suci al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan tegas menjelaskan bahawa Muhammad bin Abdullah itu ada menerima wahyu dari Allah melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s dan seterusnya baginda diarahkan agar menyampaikannya kepada umat manusia yang lain.
Mukjizat-mukjizat Nabi
Seperti juga nabi-nabi terdahulu, Nabi Muhammad s.a.w juga mempunyai berbagai mukjizat. Di antaranya ialah baginda sering menerima berita-berita ghaib atau ramalan-ramalan masa depan dengan tepat. Misalnya setelah tiga tahun umat Islam dipulaukan oleh kaum Quraisy, Nabi Muhammad s.a.w menyatakan kepada Abu Talin bahawa piagam pemulauan tersebut yang disimpan di dalam Kaabah telah hancur dimakan oleh anai-anai. Apabila disiasat oleh kaum Quraisy didapati bahawa apa yang dinyatakan oleh baginda itu benar-benar berlaku.
Bukti Sejarah Tugas-tugas Nabi
Sumber-sumber sejarah lain termasuk yang dikaji oleh para orientalis ada menunjukkan bahawa baginda ada menerima wahyu dari Allah dan menyampaikannya kepada manusia yang lain. Kajian-kajian sejarah tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa baginda telah menjalankan tugasnya sebagai seorang Nabi dan Rasul yang cuba memimpin umatnya ke jalan yang benar.
Sebagai Pemimpin Masyarakat
Setelah sampai di Madinah, baginda berjaya menamatkan permusuhan tradisi di antara Suku Aus dan Suku Khazraj. Kedua suku ini digabungkan menjadi golongan Ansar. Setelah itu, golongan Ansar ini digabungkan pula dengan golongan Muhajirin iaitu orang-orang Quraisy yang datang dari Mekah. Dengan kejayaan ini, baginda merupakan tokoh yang pertama yang menyatukan bangsa Arab yang berlainan keturunan sehingga menjadi satu umat yang padu dan kukuh.
Sebagai Pemimpin Politik
Keunggulan Nabi dari segi politik dapat dikesan dalam: -
Menyelesaikan Masalah Perpindahan Hajar al-Aswad ke Tempat Asal
Baginda jga mempamerkan ciri-ciri kepimpinannya dengan berjaya menyelesaikan masalah yang timbul di kalangan pemimpin bani-bani dalam kabilah Quraisy yang merebutkan hak untuk meletakkan hajarul-aswad di tempatnya yang asal di penjuru dinding Kaabah.
Peristiwa tersebut berlaku setelah kota Mekah dilanda banjir dan sebahagian daripada bangunan Kaabah telah runtuh. Semasa hendak meletakkan semula batu hajarul-aswad di sudut dinding Kaabah, bani-bani di Mekah bertelagah sesama sendiri. Hal ini kerana batu tersebut dianggap sangat suci dan mulia dan hanya tangan yang mulia dari bani atau suku yang mulia sahaja yang layak meletakkan semula batu tersebut ke tempat asalnya.
Akhirnya mereka memilih Nabi Muhammad s.a.w sebagai hakim untuk menyelesaikan masalah tersebut. Baginda telah meletakkan batu tersebut di atas sehelai kain. Setelah itu setiap wakil bani memegang bahagian hujung kain tersebut dan beramai-ramai mengangkatnya. Nabi Muhammad s.a.w sendiri meletakkan batu tersebut ke tempat asalnya di sudut Kaabah. Cara itu menyebabkan seluruh pihak yang bertelagah itu merasa puas hati.
Membentuk Piagam Madinah
Pada tahun 1 Hijrah baginda berjaya menggubal sebuah perlembagaan yang dinamakan Perlembagaan Madinah yang merupakan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia.
Hal ini seterusnya berjaya mewujudkan sebuah negara Islam yang pertama di dunia yang menampung rakyat berbilang kaum dan agama. Sesungguhnya perlembagaan ini lebih bersifat satu alat untuk menyelesaikan masalah masyarakat majmuk yang ingin hidup aman damai dalam sebuah negara yang sama.
Mengadakan Perjanjian Hudaibiah
Perjanjian Hudaibiah yang diadakan di antara umat Islam Madinah dengan kaum Quraisy Mekah merupakan satu lagi bukti yang menunjukkan kebijaksanaan baginda. Tiada siapa dapat menyangka (termasuk Saidina Umar sendiri) bahawa perjanjian yang dianggap kontroversi itu telah memberikan penangan maut kepada kaum Quraisy dalam semua bidang.
Sebagai buktinya, selepas Perjanjian Hudaibiah, tiga pahlawan unggul Quraisy iaitu Khalid al-Walid, Amru Bin al-As dan Osman Bin Talba memeluk Islam, umat Islam bertambah sebanyak lebih lima kali ganda dalam masa dua tahun sahaja, serta tewasnya Mekah tanpa pertumpahan darah dua tahun kemudian. Jelas bahawa baginda membuktikan kebijaksanaannya dalam selok-belok percaturan politik Tanah Arab.
Mengadakan Hubungan Diplomatik
Walaupun Nabi Muhammad s.a.w buta huruf, namun baginda membuktikan kualitinya sebagai seorang pemimpin sebuah kerajaan. Baginda mengadakan hubungan diplomatik dan menghantar utusan-utusan ke beberapa daerah di dalam dan di luar Tanah Arab seperti Habsyah, Farsi, Byzantine, Ghassan, Hirah dan sebagainya.
Sebagai Perancang Ekonomi
· Nabi Muhammad telah memperkenalkan ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi zaman Jahiliah. Baginda menggalakkan orang Islam bekerja teras dan bergiat dalam bidang perniagaan dan pertanian.
· Baginda telah membangunkan ekonomi orang Islam: tanah tergadai kepada kaum Yahudi ditebus balik dan dikerjakan; tanah terbiar diusahakan semula.
Sebagai Pemimpin Ketenteraan
· Asas kepimpinan baginda ialah berdasarkan akidah, syariat dan akhlak yang mulia.
· Baginda dan sahabatnya menetapkan dasar tertentu semasa perang seperti: (a) tidak memerangi orang lemah, orang tua dan kanak-kanak serta wanita; (b) tidak memusnahkan harta benda.
· Baginda turut mengamalkan sifat amanah - melaksanakan amanah Allah dan juga amanah umat Islam seluruhnya bagi memimpin tenter untuk mencapai kegemilangan.
· Baginda bersifat adil - harta rampasan dibahagi sama rata kepada tentera yang menyertai peperangan dan tidak menceroboh pihak lawan seperti mengejar musuh yang sudah lari dari medan peperangan.
· Baginda dianggap sebagai panglima tentera dan ahli strategi.
· Dengan ilmu dan pengalaman yang luas, baginda berjaya merangka takrif peperangan yang berkesan yang membawa kejayaan kepada tentera Islam.
MASALAH YANG DIHADAPI SELEPAS KEWAFATAN NABI MUHAMMAD
Pengenalan
Nabi Muhammad wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11 Hijrah di Madinah. Baginda tidak pernah mengatakan secara lisan siapakah yang baginda pilih sebagai pemimpin umat Islam yang seterusnya. Namun perundingan yang dijalankan di kalangan masyarakat Islam di Madinah telah memutuskan untuk melantik Abu Bakar al-Siddiq sebagai Khalifah yang pertama.
Masalah yang Dihadapi
Terdapat Perselisihan Pendapat Mengenai Kewafatan Nabi
Terdapat perselisihan tentang berita kewafatan Nabi Muhammad. Terdapat sebahagian daripada umat Islam termasuk Saidina Umar sendiri yang tidak dapat menerima berita tersebut. Umat Islam berada dalam keadaan yang penuh kekeliruan dan emosi. Penyelesaian dilakukan oleh Saidina Abu Bakar apabila beliau membacakan ayat al-Quran yang antara lain bermakna bahawa Nabi Muhammad hanya seorang pesuruh Allah seperti rasul yang terdahulu yang pernah hidup dan kemudiannya akan mati. Namun, Islam tepat kekal dan tidak akan mati.
Perselisihan Tentang Tempat Pengebumian Nabi
Umat Islam kemudiannya berselisih pendapat tentang tempat untuk mengebumikan jenazah baginda. Sebahagian pihak mahukan agar baginda dimakamkan di Mekah manakala pihak lain mahu baginda dimakamkan di Madinah. Ada juga yang mahukan Nabi dimakamkan di Baitul Muqaddis. Perselisihan tersebut diselesaikan oleh Abu Bakar apabila dibacakan kepada mereka sepotong hadith di mana Nabi Muhammad pernah bersabda yang bermaksud "para nabi dikebumikan di mana mereka meninggal dunia". Oleh itu, Nabi Muhammad dikebumikan di Madinah.
Menyelesaikan Masalah Perlantikan Khalifah
Selepas kewafatan Nabi Muhammad, sebahagian besar golongan Ansar telah berkumpul di sebuah dewan bernama Saqifah untuk melantikan Saad Bin Ubadah sebagai pengganti Nabi. Abu Bakar, Umar dan Abu Ubaidah al-Jarrah telah mendengar berita tersebut lalu menuju ke Saqifah Bani Saidah.
Masalah pemilihan pengganti Nabi menjadi kusut apabila golongan Ansar bersungguh-sungguh mahukan jawatan tersebut dengan alasan mereka adalah pembela Allah dan Islam. Perjuangan mereka terhadap Nabi dan agama Islam adalah tidak ternilai dan golongan Muhajirin adalah sebilangan kecil dari mereka dan mereka berada di Madinah dalam keadaan merantau atau menumpang.
Abu Bakar telah memberikan hujah dan alasan yang sebaik-baiknya mengapa pemilihan bakal pengganti Nabi mestilah dari golongan Muhajirin. Beliau juga membacakan hadis Nabi yang bermaksud "Para imam adalah daripada golongan Quraisy".
Hujahnya ini dapat menyebarkan golongan Ansar tentang kepentingan memilih golongan Muhajirin sebagai pengganti Nabi Muhammad. Akhirnya, Abu Bakar dipilih sebagai pemimpin umat Islam. Melalui cara ini, krisis perlantikan Khalifah yang amat kritikal itu dapat diatasi dan diselesaikan dngan cara sebaik-baiknya. Ia berjaya menghindari umat Islam dari kemungkinan bahaya perpecahan politik yang amat membimbangkan.
Meneruskan Gerakan Ketenteraan Usamah Bin Zaid
Sebelum Nabi Muhammad wafat, baginda telah membentuk sebuah angkatan tentera yang diketuai oleh Usamah Bin Zaid Bin Harithah untuk menentang penduduk Daerah Ghassan yang telah membunuh beberapa orang utusan Nabi.
Apabila Abu Bakar menjadi Khalifah beliau menghadapi masalah yang kritikal sama ada untuk meneruskan atau membatalkan sahaja gerakan ketenteraan tersebut. Ada yang berpendapat ia perlu dibatalkan kerana Mekah dan Madinah sendiri menghadapi ancaman dan pemberontakan dari kaum Absy dan Zubyan. Tambahan pula, Usamah Bin Zaid masih dalam usia belasan tahun. Namun, Khalifah Abu Bakar menunjukkan ketegasannya dengan meneruskan gerakan tersebut.
Tentera Usamah mencapai kejayaan gemilang dalam tempoh 40 hari. Kemenangan ke atas wilayah kekuasaan Rom ini memberikan kesan politik yang penting terhadap negara Islam. Ia menyedarkan kaum-kaum yang ingin menyerang Madinah bahawa masyarakat Islam bukan mudah diugut atau digugat. Kemenangan ini juga mengukuhkan kedudukan politik dan keselamatan umat Islam kerana tentera Usamah Bin Zaid ditugaskan untuk menjaga keselamatan Madinah.
Menentang Gerakan al-Riddah
Al-Riddah ialah gerakan anti kerajaan Islam atau gerakan mengingkari ajaran-ajaran Islam. Ia terdiri dari gerakan 3 golongan iaitu golongan-golongan nabi palsu, golongan yang murtad dan golongan yang enggan membayar zakat. Kesemua golongan ini merupakan anasir yang membahayakan kerana boleh menghancurkan keutuhan Islam jika tidak dihadapi dan ditentang bersungguh-sungguh.
Langkah awal Khalifah Abu Bakar ialah menghantar utusan-utusannya kepada ketua golongan tersebut dan mengajak mereka kembali ke pangkal jalan. Hanya segelintir dari mereka menyahut seruan Khalifah Abu Bakar seperti Bani Abdul Qais di Bahrain. Namun kebanyakannya masih degil.
Oleh itu, Khalifah Abu Bakar telah membentuk sebanyak 11 pasukan tentera yang diketuai oleh panglima-panglima Islam yang terkenal dan dihantarkan ke seluruh Tanah Arab untuk memerangi gerakan al-Riddah.
Akhirnya, semua gerakan al-Riddah dapat dilenyapkan dan Islam kembali menjadi agama yang suci dan tunggal di Tanah Arab. Golongan penentang Islam berjaya ditundukkan supaya mematuhi ajaran-ajaran Islam.
Rumusan
Pelbagai masalah sosial, politik dan kepimpinan telah dihadapi oleh umat Islam sebaik sahaja wafatnya Nabi Muhammad. Namun, umat Islam menunjukkan ciri-ciri perpaduan dan persefahaman dengan menyelesaikan setiap masalah secara kolektif dan perbincangan sehingga akhirnya semua masalah dapat diatasi demi untuk kebaikan ummah dan negara Islam itu sendiri.
GERAKAN AL-RIDDAH
Pengenalan
Gerakan al-Riddah ialah gerakan ahli kerajaan Islam atau gerakan mengingkari Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad, perjalanan sejarah Semenanjung Arab seolah-olah kembali surut ke belakang. Masyarakat Islam menghadapi krisis yang hebat yang hampir-hampir mengalami kehancuran. Terdapat golongan yang mengaku menjadi Nabi, keluar terus daripada Islam (murtad) dan tidak mahu membayar zakat yang merupakan satu daripada rukun asas Islam. Gejala ini muncul di Mekah, Madinah dan Taif. Menurut Profesor Philip K. Hitti, hanya 1/2 daripada penduduk Tanah Arab yang benar-benar beriman dengan agama Islam dan mengakui kekuasaan Nabi Muhammad.
Golongan al-Riddah
Nabi Palsu
a.
|
Tulaihah al-Khuwailid daripada Bani Asad di Najed atau Tengah Arab. Di antara ajarannya ialah menghapuskan amalan sujud dalam sembahyang. Beliau juga menghapuskan amalan zakat. Beliau pernah bersemuka dengan Khalifah Abu Bakar untuk menuntut supaya diakui kenabiannya tetapi gagal.
|
b.
|
Al-Aswad al-Ansi dari Yaman yang gemar memakai purdah. Nama sebenarnya ialah Ailat Bin Ka'ab Bin Auff al-Ansi. Ajarannya ialah membebaskan setiap pengikutnya dari amalan sembahyang dan zakat dan menghalalkan perzinaan.
|
c.
|
Sajjah Binti al-Harith Bin Suwaid Bin Aqfan daripada Bani Tamim di Yamamah.
|
d.
|
Musailamah al-Khazzab dari Bani Hanifah di Yamamah. Beliau telah bergabung dengan Sajjah al-Harith.
|
Golongan Murtad
Golongan yang terus keluar dari Islam banyak terdapat di Bahrain seperti Bani Bakar dan Bani Abdul Qais, di Oman dipeloroti oleh Laqit Bin MAlik Azadi, di Mahrah terdapat dua golongan iaitu yang menyokong syakrit dan yang mengyokong al-Musabbah, di Yaman Selatan oleh Bani Kindah dan sebagainya.
Enggan Membayar Zakat
Golongan ini timbul di Yaman, Yamamah dan Oman. Ia dipelopori oleh Malek Bin Nuwairah. Beliau menyatakan sokongannya terhadap Sajjah Harith.
Sebab Berlakunya Gerakan al-Riddah
1.
|
Islam hanya mula tersebar luas selepas peristiwa Sulhul Hudaibiyah (6 H) dan penaklukan Kota Mekah (8 H). Selepas Nabi Muhammad wafat, kefahaman agama Islam belumlah begitu meresap dengan mendalam di kalangan orang Arab yang jauh dari Hijaz. Keadaan kefahaman tersebut semakin cetek di kalangan kabilah Badwi yang tinggal di pedalaman dan hidup dalam keadaan berpindah-randah.
|
2.
|
Ramai juga di antara mereka yang memeluk Islam tanpa keimanan yang kukuh. Mereka mengaku memeluk Islam tetapi tidak mempelajari segala tuntutan dan larangannya. Kebanyakan mereka memeluk Islam kerana ingin menghindari dan mendapat hak istimewa daripada tentera dan pemerintahan Islam. Mereka juga memeluk agama Islam kerana inginkan harta rampasan perang, sanjungan dan kedudukan apabila mencapai kejayaan bersama-sama tentera Islam.
|
3.
|
Golongan yang lemah imannya itu sentiasa memperlihatkan ketidakpuasan mereka terhadap peraturan-peraturan Islam. Mereka menganggap Islam satu agama yang mengongkong mereka dari keseronokan kehidupan jahiliah yang menjadi amalan mereka sebelum ini. Kewafatan Nabi Muhammad merupakan peluang yang paling baik bagi mereka untuk keluar dari Islam.
|
4.
|
Penentangan ini juga timbul kerana mereka masih kekal dengan sifat kesukuan dan berkabilahan yang tebal. Semangat assabiyah terhadap suku masing-masing belum terkikis. Terdapat golongan yang mahu mempunyai Nabi dari kaumnya sendiri dan tidak mahu mengikut Nabi dari golongan Quraisy. Hal inilah kesan daripada sifat assabiyah membutatuli mereka.
|
5.
|
Gerakan golongan Nasrani dan Yahudi yang memainkan peranan yang penting dalam menimbulkan gerakan al-Riddah. Mereka sentiasa menjalankan propaganda dan dakyah untuk menyesat dan menyelewengkan umat Islam dari landasan yang sebenarnya.
|
6.
|
Golongan Nabi palsu pula muncul kerana mengkagumi kejayaan yang dicapai oleh Nabi Muhammad. Di antaranya yang dikagumi ialah menguasai masyarakat Arab, mempunyai pengikut yang ramai dan sanggup berjuang bermati-matian untuknya dan sebagainya. Mereka juga mengkagumi kejayaan Nabi Muhammad yang telah menyatupadukan penduduk Arab di bawah satu kesatuan ummah Islamiyah. Oleh hal yang demikian, mereka inginkan kedudukan seperti yang dicapai oleh Nabi Muhammad. Untuk mencapai tujuan tersebut, mereka mengakui diri mereka sebagai "Nabi" dan mengumpulkan pengikutnya.
|
Langkah untuk Mengatasi Gerakan al-Riddah
Menghantar Utusan
Khalifah Abu Bakar telah menghantar utusan kepada kabilah-kabilah berkenaan untuk menyeru mereka supaya kembali ke pangkuan ajaran Islam. Walau bagaimanapun, hanya Bani Abdul Qais di Bahrain sahaja yang berjaya dipujuk.
Memerangi Mereka
Bagi golongan yang degil, Khalifah Abu Bakar telah memerangi mereka. Sebanyak 11 buah pasukan tentera baru dibentuk. Ketua-ketua pasukan ini terdiri daripada Khalid al-Walid, Akramah Bin Abu Jahal, Amru Bin al-Ass dan sebagainya. Pasukan ini telah dikerah untuk menentang golongan Nabi palsu, murtad dan enggan membayar zakat. Antaranya Kahlid al-Walid memerangi Tulaihah al-Khuwailid dan Malek Bin Nuwairah, Amru Bin al-Ass ke negeri Qudhaah, Akramah Bin Abu Jahal memerangi Musailamah al-Khazzab dan sebagainya. Setiap pasukan ini dipesan untuk memberi utusan dahulu kepada golongan al-Riddah. Sekiranya mereka masih enggan kembali ke pangkal, barulah diperangi secara habis-habisan.
Kesimpulan
Pembanterasan gerakan al-Riddah merupakan titik tolak dalam usaha meneruskan syiar Islam supaya satu kesinambungan sejarah yang dibentuk oleh Nabi Muhammad akan berkekalan. Dengan pasukan tentera Islam yang dipimpin oleh panglima Islam yang gagah itu, gerakan al-Riddah dapat disekat. Islam telah menjadi agama yang unggul di Semenanjung Tanah Arab.
INSTITUSI KHILAFAH
Pengenalan
Perkataan khalifah berasal dari istilah Arab yang bermakna "pengganti". Istilah khulafa ialah kata jamak bagi khalifah. Oleh itu, "khalifah" ialah seseorang yang dilantik oleh masyarakat Islam untuk menggantikan tugas-tugas kepimpinan yang dijalankan oleh Nabi Muhammad. Khilafah pula ialah institusi atau jawatan yang menjalankan urusan pemerintahan dan pentadbiran di dalam semua bidang untuk menggantikan Nabi Muhammad. Institusi ini dianggap bermula serentak dengan perlantikan Saidina Abu Bakar sebagai pengganti Nabi Muhammad sebagai ketua negara Islam yang baru.
Beberapa Pendapat Berhubung dengan Pemilihan Khalifah
Jawatan tersebut hanya untuk orang Quraisy dan ada yang mengatakan hanya Muhajirin Quraisy sahaja yang layak. Pendapat ini disokong oleh kebanyakan orang termasuklah Abu Bakar, Abu Ubaidah, Umar dan sebagainya. Hal ini disebabkan sifat kepimpinan orang Quraisy sememangnya telah diakui oleh masyarakat Arab ketika itu.
Jawatan ini hanya khas bagi keturunan Bani Hasyim. Pendapat ini datangnya dari Ali Bin Abu Talib dengan disokong oleh ahli al-bait.
Jawatan khalifah adalah hak semua orang tidak tertentu kepada puak Quraisy atau Muhajirin atau Bani Hasyim. Pendapat ini datangnya dari puak Ansar. Mereka juga menganggap diri mereka layak memandangkan sumbangan mereka terhadap perkembangan Islam. Mereka mencadangkan supaya seorang khalifah dilantik dari kalangan mereka dan seorang lagi dari kalangan Muhajirin.
Cara Pemilihan Khalifah
Cara Perundingan Beramai-ramai
Cara ini adalah mengadakan perundingan atau persetujuan tanpa ditetapkan calon terlebih dahulu. Pemilihan cara ini berlaku seperti dalam pemilihan ke atas Khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Abu Bakar telah dilantik melalui bai'at yang dilakukan melalui 2 peringkat. Peringkat I dikenali sebagai Bai'at Khas di Balai / Saqifah Bani Saidah, manakala Peringkat II dikenali sebagai Bai'at Am. Ia diadakan di Masjid Nabi.
Menyusulkan Seorang Calon
Dalam cara ini, seorang calon khalifah telah diusulkan oleh khalifah sebelumnya untuk dipilih oleh umat Islam. Hal ini berlaku semasa Khalifah Abu Bakar as-Siddiq sedang sakit. Beliau telah menyusulkan nama Saidina Umar al-Khattab untuk dipilih oleh umat Islam sebagai penggantinya. Usul tersebut diterima sebulat suara oleh umat Islam.
Menyusul Sekumpulan Calon
Uthman Bin Affan dilantik melalui "syura" di mana Uthman adalah salah seorang dari anggota majlis perlantikan khalifah. Umar telah mencalonkan 6 orang sahabat yang layak dipilih sebagai khalifah. 6 orang yang dimaksudkan ialah Uthman Bin Affan, Ali Bin Abu Talib, Abdul Rahman Bin Auf, Talhah Bin Ubaidullah, Zubair al-Awwam dan Saad Bin Abi Waqqas. Pemilihan khalifah tersebut mestilah dilakukan selewat-lewatnya 3 hari selepas kewafatan Umar.
Diusulkan oleh Sekelompok Masyarakat
Ali Bin Abu Talib dilantik secara paksa oleh golongan pemberontak yang tidak berpuas hati dengan pemerintah Uthman dan akhirnya membunuh Uthman. Ali terpaksa menerima jawatan tersebut memandangkan suasana huru-hara ketika itu.
Syarat Kelayakan Khalifah
· Seseorang itu mesti yang merdeka, iaitu bukan hamba abdi dan mesti beragama Islam.
· Mempunyai ilmu agama Islam yang lengkap yang membolehkannya melakukan ijtihad ke atas masalah yang berlaku dalam urusan kehidupan dan juga mengenai hukum-hukum perundangan Islam.
· Mesti adil iaitu istiqamah dalam akhlak Islam. Semua tingkah laku baik, menjauhkan maksiat, baik dari segi syarak atau akidah.
· Mesti kifayah / berkemampuan iaitu mesti mempunyai kemampuan untuk melaksanakan undang-undang.
· Pancaidera serta anggota badannya tidak cacat.
· Luas pengalaman dan bijak dalam pentadbiran.
· Berani dan berwibawa dalam mempertahankan taraf ummah dan agama terutamanya dalam soal jihad.
Bidang Kuasa Khalifah
· Khalifah mempunyai kuasa untuk menguruskan soal-soal agama dan perundangan Islam dalam sesebuah masyarakat Islam.
· Khalifah juga bertanggungjawab mempertahankan negara dari kuasa-kuasa luar dan menjamin keselamatan negara dan umat Islam dari sebarang ancaman luar dan dalam negara.
· Meraka juga menguruskan hal-ehwal kewangan negara iaitu menyusun urusan percukaian sama ada dari segi pungutan / penggunaan.
· Dalam bidang pentadbiran, khalifah bertanggungjawab melantik atau melucutkan jawatan pegawai dalam pentadbiran negara.
Keistimewaan Khalifah
· Khalifah memegang 2 bidang kuasa secara serentak iaitu kuasa keagamaan dan keduaniaan. Hal ini bermakna, khalifah bukanlah pemerintah sekular yang memisahkan aspek kehidupan duniawi dan akhirat.
· Khalifah adalah ketua pentadbir dan ketua agama. Perlaksanaan kedua-dua bidang ini adalah berasaskan ajaran wahyu. Akibatnya, kekeliruan dan kezaliman tidak berlaku.
· Khalifah tidak mempunyai apa-apa kuasa seperti kuasa yang ada pada ketua gereja yang dikatakan terpelihara dari sebarang kuasa dan mempunyai kuasa pengampunan dosa para pengikutnya.Mengikut sistem khalifah, kuasa pengampunan dosa adalah satu-satunya milik Allah.
· Khalifah tidak mempunyai apa-apa keistimewaan di hadapan undang-undang Islam. Mereka boleh didakwa dan dibicarakan.
· Sistem khalifah adalah berlandaskan kepada prinsip "syura" di mana khalifah harus tunduk kepada keputusan syura walaupun ia bercanggah dengan pendapatnya sendiri.
· Rakyat diberi kebebasan untuk mengeluarkan buah fikiran masing-masing dalam lingkungan yang dibenarkan oleh "syura"
· Kelangsungan sistem khalifah bertitik-tolak dari Mubaya'ah (bai'at). Seseorang khalifah tidak boleh menjalankan tugasnya sebelum mendapat bai'at dari orang ramai.
· Perlantikan khalifah tidak boleh berdasarkan sistem warisan.
Majlis Syura
· Semasa Abu Bakar, Majlis Syura diamalkan secara bebas dan terbuka.
· Semasa Umar, majlis ini ditubuhkan bagi tujuan menentukan pemilihan khalifah.
· Orang yang menganggotai majlis ini dikenali sebagai ahl al-syura atau ahl al-hal wa al-'aqd.
· Mereka merupakan ulama dan sahabat Nabi Muhammad.
· Syarat menjadi ahl-al-syura ialah: (1) beragama Islam; (2) lelaki; (3) akil baligh; (4) merdeka; dan (5) adil dan mempunyai siasah yang tajam.
Bai'ah
· Perkataan ini berasal dari kata dasar ba'a ertinya menjual.
· Bai'ah: Pengakuan seseorang atau sekumpulan manusia terhadap seseorang untuk berkuasa atau memerintah yang dikenali sebagai khalifah.
· Merupakan satu syarat perlantikan khalifah.
· Khalifah yang mendapat bai'ah mestilah menjalankan tugasnya dengan sempurna. Jika pemerintahannya tidak mengikut al-Quran, maka dia harus meletak jawatan.
Kesimpulan
Oleh sebab sistem khalifah berjalan berasaskan ajaran wahyu, sudah pasti ia merupakan satu pemerintahan yang unggul dan tuntutan bermasyarakat dan bernegara. Ia sesuai dengan keperluan setiap manusia yang dicipta oleh Allah yang mempunyai tuntutan spiritual iaitu rohani dan jasmani.
KHALIFAH ABU BAKAR
Latar Belakang
Nama sebenar Abu Bakar ialah Abdullah Bin Abu Qahafah. Sebelum Islam, beliau dikenali sebagai Abdul Kaabah. Al-Siddiq ialah gelaran yang diberi oleh Nabi kerana beliau sentiasa membenarkan kata-kata Nabi. Beliau dilahirkan pada tahun 574 M, dari keturunan Bani Tamin/Taim. Sebelum Islam, beliau adalah saudagar yang kaya. Selepas Islam, beliau banyak mengorbankan harta dan tenaga untuk kepentingan Islam. Melalui usaha beliau, beberapa orang sahabat telah berjaya diislamkan termasuklah Uthman Bin Affan, Zubair Bin al-Awwan, Abdul Rahman Bin Auf dan sebagainya.
Proses Perlantikannya Sebagai Khalifah
Ketika orang Islam sibuk dengan pengebumian Nabi, orang-orang Ansar telah berkumpul di Saqifah Bani Saidah bagi melantik Saad Bin Ubaidah, ketua puak Khazraj, sebagai khalifah. Apabila hal ini diketahui oleh Abu Bakar, beliau bersama-sama Umar dan Abu Ubaidah al-Jarrah telah pergi ke sana. Abu Bakar menerangkan bahawa jawatan khalifah sepatutnya diberi kepada keturunan Quraisy kerana Quraisy sangat berpengaruh. Oleh itu, belia mencadangkan supaya sama ada Umar atau Abu Ubaidah dipilih. Umar sebaliknya telah mencadangkan supaya Abu Bakar sahaja dipilih memandangkan kelebihan yang dimilikinya. Umar telah membai'atkan Abu Bakar diikuti Abu Ubaidah dan seterusnya orang-orang yang ada dalam perhimpunan tersebut.
Esoknya, Abu Bakar terus menerima bai'at dari orang ramai di masjid nabi. Abu Bakar kemudiannya telah membuat ucapan besar di antara lain menyebutkan bahawa umat Islam wajib mentaatinya selagi beliau masih mentaati Allah. Sekiranya beliau melakukan kesalahan, adalah menjadi tanggungjawab semua orang untuk membetulkannya. Beliau telah menggalakkan umat Islam untuk melakukan perkara yang baik dan meninggalkan perkara-perkara mungkar.
Jasa-jasa Khalifah Abu Bakar
Menyelesaikan Masalah Perebutan Jawatan Khalifah
Masalah ini berpunca cari nabi tidak menyebut siapakah yang akan dilantik untuk menggantikannya. Apabila baginda mangkat, timbullah masalah perebutan jawatan khalifah. Ada yang berpendapat jawatan khalifah hanya untuk orang Quraisy dan sesetengah menyebut ia hanya untuk Muhajirin. Terdapat pula yang mengatakan jawatan khalifah hanya dikhaskan kepada keturunan Bani Hasyim. Masalah ini menjadi kuat apabila golongan Ansar mengganggap diri mereka layak memandangkan sumbangan mereka terhadap perkembangan Islam. Abu Bakar telah memberi hujah yang sebaik-baiknya bahawa khalifah adalah ditujukan kepada orang Quraisy kerana orang Quraisy sangat berpengaruh. Beliau telah mencadangkan sama ada Umar atau Abu Ubaidah dipilih tetapi Umar mencadangkan Abu Bakar dipilih sebagai khalifah. Abu Bakar telah mendapat persetujuan dari orang ramai dan menjadi khalifah pertama.
Gerakan Tentera Usamah
Sebelum nabi wafat, nabi telah membentuk sebuah pasukan tentera yang diketuai oleh Usamah Bin Zaid untuk memerangi penduduk Ghassan yang telah membunuh utusan nabi. Sebelum pasukan ini digerakkan, nabi telah wafat. Apabila Abu Bakar menjadi khalifah, beliau mencadangkan untuk meneruskan gerakan tersebut tetapi telah dibantah oleh kebanyakan sahabat.
Dalam hal ini, Abu Bakar telah menunjukkan ketegasannya walaupun kebanyakan sahabat berpendapat Usamah terlalu muda (18 tahun) untuk memikul tugas tersebut. Abu Bakar ternyata tidak mahu merombak keputusan yang telah dibuat oleh nabi. Dengan ketegasannya, 40 hari selepas tentera Usamah berperang, mereka kembali semula ke Madinah dengan membawa kejayaan malah dapat sama-sama membantu menyelesaikan masalah al-Riddah.
Masalah al-Riddah
Al-Riddah/Gerakan anti kerajaan Islam, merupakan satu ancaman yang besar kepada negara Islam.Mereka telah dibahagikan kepada 3 golongan, iaitu orang-orang yang mengaku sebagai nabi termasuklah Tulaihah Bin Khuwalid, al-Aswad al-Anasi, Musailamah al-Khazzah, Sajjah al-Harith dan sebagainya.
Golongan kedua terdiri daripada mereka yang tidak mahu membayar zakat. Antara yang terkenal ialah Malik Bin Nuwairah.
Golongan ketiga terdiri daripada mereka yang murtad/kembali semula ke agama asal. Bagi mengatasi masalah ini, Abu Bakar telah membentuk 11 buah pasukan tentera yang diketuai oleh panglima-panglima terkenal seperti Khalid Bin al-Walid, Amru Bin al-As, Ikramah Bin Abu Jahal, Syurahbil Hasahah dan Khalid bin Said.
Sebelum memerangi golongan al-Riddah, Abu Bakar terlebih dahulu menghantar utusan kepada mereka dan menyuruh mereka kembali semula kepada Islam. Ada di antara mereka yang menerima dan ada yang menolak. Kepada golongan inilah tentera tersebut dihalalkan. Tindakan Abu Bakar ini ternyata telah membawa kejayaan.
Pengumpulan al-Quran
Semasa nabi masih hidup, al-quran telah ditulis pada kulit-kulit binatang dan pelepah-pelepah kurma di samping hafalan para sahabat tetapi tulisan-tulisan tersebut tidak terkumpul di suatu tempat. Semasa berlakunya peperangan al-Riddah, ramai sahabat yang menghafal dan menyimpan al-Quran mati syahid. Keadaan ini amat membimbangkan Abu Bakar.
Dengan menggunakan istihat Abu Bakar telah mengarahkan Zaid Bin Thabit untuk mengumpulkan tulisan al-Quran dan disimpan di rumah khalifah. Usaha ini tidak pernah dilakukan oleh nabi tetapi demi keselamatan orang Islam, Abu Bakar terpaksa melakukannya. Hal ini disebabkan al-Quran adalah sumber rujukan yang utama di dalam Islam.
Ancaman Parsi
Pertelingkahan dengan Parsi bermula apabila tentera Islam dihantar ke sebelah Timur untuk menghapuskan pemberontakan orang Badwi. Parsi yang merupakan musuh orang Islam telah menghasut penduduk di sempadan sebelah Timur menentang Kerajaan Islam Madinah.
Bagi menyelesaikan masalah ini, Abu Bakar telah mengarahkan Panglima al-Muthana Bin Harithah dengan bantuan Khalid Bin al-Walid bersama-sama dengan 10,000 tentera untuk memerangi Parsi. Pasukan tentera ini akhirnya berjaya menguasai beberapa tempat di Hirah setelah menewaskan pemimpin Parsi iaitu Hurnuz al-Muthana kemudiannya dilantik sebagai wakil pemerintah di Hirah dan Anbat.
Ancaman Rom
Tentera Islam juga terpaksa menghadapi ancaman Rom terutamanya di Syria dan Palestin. Rom sememangnya berhasrat untuk meluaskan kekuasaan politiknya di Semenanjung Tanah Arab kerana wujudnya persaingan dengan Parsi. Kemunculan Kerajaan Islam Madinah menyebabkan kedudukan Rom semakin tergugat.
Abu Bakar telah membentuk sebuah pasukan tentera yang dipimpin oleh Khalid Bin al-Walid dan dibantu oleh 4 orang panglima tentera iaitu Abu Ubaidah Bin al-Jarrah, Amru Bin al-As, Yazid Bin Abu Sufian dan Syunahbil Hasanah. Pertempuran I di antara tentera Islam dan Rom berlaku di Ajhadieh. Hercules melarikan diri ke Antibeh. Beliau telah berjaya mengumpulkan semua tenteranya dan pertempuran II berlaku di Yarmuk. Dalam pertempuran ini tentera Islam telah menang.
Sebelum peperangan berakhir, sampai berita mengatakan Khalifah Abu Bakar telah wafat dan Umar telah dilantik sebagai khalifah kedua. Panglima Khalid al-Walid dipecat dari jawatan Panglima Agung Tentera dan digantikan oleh Abu Ubaidah Bin al-Jarrah.
Perlantikan Khalifah Kedua
Ketika Khalifah Abu Bakar sakit, beliau telah memanggil para sahabat meninjau fikiran mereka untuk mencari seorang tokoh yang bakal menjadi khalifah seterusnya. Kebanyakan para sahabat telah bersetuju pendapat Abu Bakar untuk menjadikan Umar sebagai pengganti. Oleh itu, Uthman telah dilantik untuk menulis wasiat berhubung dengan perlantikan tersebut. Tindakan Abu Bakar ini bukan sahaja memeri peluang kepada Umar untuk memerintah negara Islam dan seterusnya melakukan usaha-usaha pembangunan, malah ia dapat mengelakkan berlakunya masalah perebutan jawatan khalifah seperti yang berlaku selepas kewafatan nabi.
KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB
Latar Belakang
Umar al-Khattab dilahirkan pada tahun 583 M daripada Bani Adi. Pada zaman Jahiliah, beliau adalah seorang sadagar dan duta kaum Quraisy. Beliau adalah seorang yang berani, tabah, tidak mengenal binggung dan ragu. Beliau digelar al-Faruq oleh nabi setelah beliau membawa sekumpulan umat Islam bersembahyang di hadapan Kaabah secara terbuka untuk pertama kali dalam Sejarah Islam. Beliau merupakan khalifah kedua dalam Sejarah Islam setelah dipilih sendiri oleh Abu Bakar. Beliau adalah khalifah yang pertama yang digelar sebagai "Amirul Mukminin".
Pembaharan dalam Pentadbiran
Pembentukan Majlis Syura
Umar telah menubuhkan Majlis Syura yang merupakan lembaga (Majlis Perunding Negara) yang tertinggi. Ia terbahagi kepada 2 majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am. Anggota Majlis Syura Tertinggi terdiri daripada Uthman Bin Affan, Ali Bin Abi Talib, Waqqas Bin Muaz Bin Jabal. Semua perkara yang melibatkan masalah politik, keselamatan dan sosial negara akan dibincangkan bersama-sama. Majlis Syura juga bertanggungjawab menentukan polisi negara dalam soal pemerintahan dalaman dan hubungan luar. Melalui amalan sistem syura, Umar telah membuka peluang dan kebebasan yang seluasnya kepada semua orang untuk mengemukakan fikiran dan pendapat mereka dari kebaikan dan keadilan Islam sehingga beliau menganggap bahawa manusia yang tidak dapat atau tidak mahu memberi pendapat adalah manusia yang tidak berguna.
Perbahagian Wilayah Islam
Umar telah membahagikan Kerajaan Islam yang semakin luas kepada beberapa wilayah demi menjaga kelicinan pemerintahan Islam. Ia terdiri daripada Hijaz, Syiria, Iran, Iraq, Mesir, Palestine, Juzirah dan Madinah. Setiap wilayah dilantik beberapa orang pegawai. Mereka dikehendaki datang ke Mekah pada setiap tahun untuk membuat laporan setelah menunaikan haji. Orang ramai pula berpeluang untuk mengadukan hal tentang pegawai-pegawai yang ditugaskan itu. Antara pegawai yang terkenal ialah Muawiyah Bin Abu Sufian, Amru Bin al-As, Zaid Bin Smyah dan sebagainya. Di antara jawatan utama yang dilantik di setiap wilayah adalah Wali (Gabenor) yang menjadi ketua pentadbir awam dan panglima tentera, pengarah perbendaharaan, pemungut cukai, ketua polis, hakim (Qadi). Sebelum seseorang Gabenor dilantik, mereka haruslah mengisytiharkan harta-benda masing-masing demi mengelakkan amalan rasuah. Mereka juga diisytiharkan bahawa tidak menunggang kuda Turki atau memakai pakaian yang mahal.
Memperbaharui Undang-undang Pentadbiran Tanah
Apabila wilayah jajahan Islam menjadi semakin luas, beberapa pembaharuan dalam undang-undang pentadbiran tanah telah diperkenalkan. Misalnya, di Iraq, Syria dan Mesir, segala tanah awam (sawafi) adalah hak kerajaan tempatan dan segala hasil daripada tanah-tanah itu akan digunakan untuk membiayai kemudahan awam negara. Tanah-tanah yang dimiliki oleh penduduk Iraq tidak boleh dirampas tetapi dikenakan cukai oleh Kerajaan Islam. Tanah-tanah milik pemerintah Rom di Mesir dan Syiria dirampas dan dibahagikan kepada para petani. Tentera/Umat Islam tidak dibenarkan mengambil tanah-tanah di negara jajahan melainkan pembelian. Hal ini berbeza dengan amalan sebelumnya di mana tanah-tanah jajahan akan dibahagikan kepada tentera yang menyertai peperangan.
Pembaharuan dalam Ekonomi
Kadar dan sistem pungutan cukai telah diubah. Cukai dikenakan mengikut perbezaan jenis tanaman dan kualiti tanah. Sebagai contoh, kadar cukai untuk tanaman gandum adalah 2 kali ganda daripada cukai untuk tanaman barli. Ladang-ladang subur dikenakan cukai yang lebih tinggi. Peraturan-peraturan yang tidak adil telah dihapuskan. Umar sering meninjau daripada golongan Dhimmi dan pegawai-pegawai pemungut cukai untuk menentukan sama ada cukai/jizyah yang dikenakan menyusahkan mereka atau tidak. Sistem pemungutan cukai menjadi cekap dan perbendaharaan negara bertambah. Umar turut memajukan sektor pertanian negara. Rakyat digalakkan untuk membuka tanah-tanah baru. Hak milik tanah-tanah pertanian diserahkan kepada sesiapa yang mahu mengusahakannya. Namun hak tersebut akan terlupus jika ia gagal menunjukkan hasil dalam tempoh 3 tahun. Beberapa pengairan telah dilaksanakan di Mesir dan Iraq untuk meningkatkan lagi hasil pertanian. Umar turut memberikan perhatian supaya amalan penindasan ke atas petani tidak berlaku.
Pembaharuan Pentadbiran Ketenteraan
Umar adalah khalifah pertama yang memberikan gaji kepada tenteranya. Tentera Islam telah dibahagikan kepada 2 kategori iaitu tentera tetap dan sukarela. Tentera tetap diberikan gaji, pakaian seragam dan keluarga mereka turut mendapat bantuan. Pusat-pusat ketenteraan telah ditubuhkan di bandar-bandar utama seperti Madinah, Kufah, Basrah, Mawsil, Fustat, Hims dan sebagainya. Tentera-tentera akan dikenakan peraturan dan disiplin tertentu yang sesuai dengan ajaran Islam. Pusat-pusat tentera ini kemudiannya telah tumbuh sebagai pusat kebudayaan Islam. Umar telah mengarahkan Abdullah Bin Qaisy untuk membina kubu-kubu pertahanan di sempadan yang menghadap negara musuh demi keselamatan. Tentera-tentera diwajibkan menjalani latihan ketenteraan seperti menunggang kuda, berjalan kaki tanpa kasut dan sebagainya. Ia bertujuan untuk menanamkan semangat perjuangan pada setiap masa. Umar juga menubuhkan jabatan penyiasatan jenayah tentera rahsia.
Pembaharuan Bidang Kehakiman
Umar telah mengetatkan syarat-syarat perlantikan seseorang untuk menjadi hakim supaya golongan yang layak sahaja akan memikul tugas tersebut. Seseorang itu mestilah mempunyai ilmu yang lengkap, dihormati oleh masyarakat. Gaji untuk hakim telah dinaikkan supaya mengelakkan kecenderungan menerima rasuah. Para hakim tidak dibenarkan melibatkan diri dalam perniagaan. Jabatan kehakiman telah dipisahkan sepenuhnya daripada jabatan-jabatan lain dan mempunyai mahkamah keadilan dan kadi-kadi khas untuk menguruskan perbicaraan serta peraturan-peraturan kehakiman yang tertentu.
Pembaharuan Dalam Bidang Sosial
Polisi Baru untuk Golongan Dhimmi
Golongan Dhimmi ialah orang-orang bukan Islam yang bernaung di bawah negara Islam dengan dikenakan ckai jizyah. Umar telah memperkenalkan beberapa polisi baru ke atas golongan ini supaya kedudukan sosioekonomi dan politik mereka tetap dijaga. Beliau telah menetapkan cukai jizyah dan cukai tanah yang rendah kadarnya supaya tidak menyusahkan mereka.
Taraf dan hak awam ke atas golongan ini diberikan sama seperti yang dinikmati oleh masyarakat Islam. Golongan Dhimmi yang masih menentang Kerajaan Islam akan dihalau keluar negara. Namun, harta-benda mereka tidak akan dirampas manakala harta benda yang tidak boleh dipindahkan seperti ladang akan dibayar ganti rugi oleh Kerajaan Islam.
Taraf Baru untuk Golongan Hamba
Beberapa pembaharuan yang dilakukan untuk menjaga kepentingan sosial, taraf dan kedudukan golongan hamba dalam masyarakat. Hal ini bertujuan supaya mereka tidak dihina / ditindas. Hanya orang-orang yang benar-benar terlibat menentang Islam dalam peperangan sahaja akan dijadikan hamba. Hal ini bermakna penduduk awam dalam negara yang dijajah akan terus dibenarkan hidup bebas.
Hamba perempuan yang menjadi ibu pula tidak boleh dijual beli sewenang-wenangnya seperti harta-harta yang lain. Hamba yang berkeluarga tidak boleh dipisahkan dari anggota keluarganya yang lain. Oleh itu, hamba yang berkeluarga mestilah dibeli / dijual bersama-sama dengan anggota keluarganya.
Taraf golongan hamba juga disamakan dengan tuannya dalam hal-hal tertentu. Pegawai-pegawai yang tidak menghormati kebajikan hamba di bawah jagaannya akan dikenakan tindakan oleh Umar. Beliau pernah melucutkan jawatan salah seorang pegawainya yang tidak menziarahi pekerjanya yang sakit.
Menggalakkan Kegiatan Keilmuan dan Pelajaran
Pelbagai langkah telah dijalankan untuk mengembangkan pengajaran al-Quran. Guru-guru telah disediakan bagi mengajar pelbagai ilmu berhubung dengan keilmuan dan mereka dihantar ke serata tempat yang memerlukannya serta diberikan gaji yang lumayan. Sekolah-sekolah telah ditubuhkan di masjid-masjid untuk mengajar pelajaran al-Quran di seluruh wilayah Islam.
Umat Islam telah diwajibkan untuk menghafal surah-surah tertentu dalam al-Quran yang menghuraikan prinsip-prinsip utama ajaran Islam seperti Surah al-Baqarah, al-Nisa, al-Maidah dan sebagainya. Golongan yang menghafal seluruh isi kandungan al-Quran akan diberi pelbagai ganjaran sebagai usaha untuk menggalakkan mereka menghafal kandngan al-Quran.
Kemudahan-kemudahan Lain
Umar bertanggungjawab memulakan sistem kalendar Islam dengan menggunakan Tahun Hijrah yang umat Islam gunakan hingga kini. Umar adalah khalifah yang pertama memperkenalkan pasukan polis yang digelar "Andath".
Hukum buang daerah telah diperkenalkan oleh Umar. Baginda telah menjatuhkan hukuman buang daerah ke sebuah pulau ke atas Abu Mihjan Thaqafi kerana bersalah minum arak.
Baginda turut membangunkan kota-kota baru seperti Basrah, Kufah, Fustat dan Mausil. Basrah (Iraq) dibina pada tahun 14 H. Penduduk asalnya berjumlah 800 orang telah meningkat kepada 100,000 orang. Dalam zaman Kerajaan Umayyah, ia mempunyai penduduk seramai 120,000 orang. Kufah di Iraq mempunyai penduduk asal seramai 40,000 orang. Umar menunjukkan minatnya kepada pembinaan kota ini dengan menyediakan sendiri sebahagian daripada pelan dan peta kota itu. Jalan raya yang dibina seluas 60 kaki dan masjid negerinya boleh memuatkan seramai 40,000 orang jemaah. Umar pernah menggelarkan kota Kufah sebagai "Rasulul-Islam" atau pusat Islam. Fustat dibina oleh Amru Bin al-As atas arahan Umar. Ia dipanggil sebagai kota Islam yang paling indah selepas kota Baghdad.
Umar telah membina banyak masjid dan memerintahkan gabenor Islam supaya membina sekurang-kurangnya sebuah masjid di setiap bandar. Beliau juga mengarahkan pembinaan pejabat-pejabat Baitul-Mal di seluruh wilayah Islam. Rumah-rumah rehat untuk pengembara turut dibina.
Pembaharuan Dalam Ekonomi
Memajukan Sektor Pertanian
Umar telah membina tali air dan terusan supaya hasil pertanian bertambah. Di antaranya ialah Terusan Amirul Mukminin (Mesir) yang menghubungkan Sungai Nil dengan Laur Merah sepanjanag 69 batu dari Bandar Fustat. Di Iraq, dibina Empangan Abu Musa yang menyambungkan Sungai Dujlah (Tigris) dengan Bandar Basrah.
Satu kaji selidik telah dilangsungkan di Iraq untuk memudahkan penaksiran cukai dan menentukan jenis tanaman untuk pertanian. Rakyat digalakkan membuka tanah-tanah pertanian dan akan dikenakan syarat bahawa hak milik ke atas tanah tersebut akan ditarik balik sekiranya gagal mendatangkan hasil dalam masa 3 tahun.
Baitul-Mal
Umar telah menubuhkan Baitul-Mal untuk menyimpan harta dan khazanah kerajaan. Sumber utama kewangan negara dikutip daripada orang Islam melalui zakat dan usyur (zakat tanaman). Daripada orang bukan Islam, cukai diperolehi melalui jizyah dan kharaj (cukai tanah). Baitul-Mal juga memperolehi hasilnya daripada al-Fai iaitu harta benda rampasan daripada pihak musuh tanpa peperangan dan ghanimah iaitu harta rampasan perang.
Rumusan
Umar adalah seorang pentadbir yang amat cekap dan bijak serta banyak melaksanakan pembaharuan dalam pentadbiran negara Islam. Dalam zaman pemerintahannya, beliau berjaya memperluaskan wilayah Islam dan membebaskan rakyat yang ditindas oleh penjajahan Parsi dan Rom. Pemerintahan Umar dianggap sebagai "zaman keemasan Kerajaan Islam". Beliau telah memperkenalkan sebanyak 41 buah pembaharuan berdasarkan al-Quran dan Hadis dan digelarkan Awliat-i-umar. Beliau telah meninggal dunia dalam Zulhijah 23 H setelah dibunuh oleh seorang hamba berbangsa Parsi bernama Fairuz.
KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN
Latar Belakang
Khalifah Uthman Bin Affan dilahirkan semasa Nabi berumur 5 tahun. Beliau telah memeluk agama Islam melalui perantaraan Abu Bakar. Beliau adalah seorang daripada sahabat Nabi yang rapat dan dijamin syurga oleh Nabi. Beliau juga terkenal sebagai seorang dermawan yang banyak mengorbankan harta untuk kepentingan Islam. Beliau menyertai semua peperangan pada zaman Nabi kecuali Perang Badar. Beliau merupakan seorang juru tulis wahyu. Beliau telah diberikan gelaran Zun-Nurain kerana memperisterikan 2 orang puteri Nabi iaitu Rokiah dan Ummi Kalsom.
Perlantikan Uthman Sebagai Khalifah
Uthman dilantik sebagai khalifah selepas kematian Khalifah Umar al-Khattab. Khalifah Umar yang telah ditikam sempat menamakan 6 orang sahabatnya iaitu Uthman Bin Affan, Abdul Rahman Bin Auf, Ali Bin Abu Talib, Talhah Bin Ubaidullah, Zubair al-Awwam dan Saad Abu Waqqas untuk memilih salah seorang dari mereka sebagai bakal khalifah dalam tempoh 3 hari. Anak Khalifah Umar turut disenaraikan sebagai pemilih tetapi tidak dibenarkan untuk dipilih.
Akhirnya pemilihan tersebut tertumpu kepada Uthman Bin Affan dan Ali sahaja setelah calon yang lain menarik diri. Dengan kebijaksanaannya sebagai pengerusi pemilihan, Abdul Rahman Bin Auf telah melakukan tinjauan dari kalangan sahabat dan umat Islam dan mendapati bahawa Uthman lebih popular kerannya ciri Uthman sebagai pemimpin yang lembut, bertoleransi, pemaaf, mudah berbicara dan mendapat sokongan penuh dari kalangan keluarganya iaitu Bani Umayyah. Dengan itu, beliau telah dilantik sebagai khalifah umat Islam yang ketiga.
Dasar Pemerintahan
Melantik Pegawai dari Kaum Keluarga Sendiri
Khalifah Uthman banyak melantik keturunan Umayyah memegang jawatan penting dalam pentadbirannya. Diantaranya termasuklah Marwan Bin al-Hakam sebagai Setiausahanya, SAid Bin al-As sebagai Gabenor Kufah, Abdullah Bin Amir sebagai Khalifah Basrah, Abdullah Bin Saad Bin Abi Sarrah sebagai Gabenor Mesir dan sebagainya. Bagi Uthman, keturunan Umayyah sememangnya terkenal dengan pengalaman mereka di dalam bidang pentadbiran di samping mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh. Bagi Uthman juga, kedua-dua faktor ini tidak sahaja dapat melancarkan pentadbiran, malah akan mengelakkan berlakunya penyelewengan.
Membina dan Menguatkan angkatan Tentera Laut
Uthman banyak membelanjakan wang negara bagi mengukuhkan kedudukan angkatan tentera laut khususnya di Mesir dan Syria. Angkatan tentera laut hanya diwujudkan pada zaman Uthman. Hal ini tentu memerlukan banyak belanja. Kebetulan gabenor di kedua-dua tempat ini mempunyai hubungan kekeluargaan dengan beliau. Gabenor Mesir adalah Abdullah Bin Said Bin Abi Sarrah manakala Gabenor Syria ialah Muawiyah Bin Abu Sufian. Akibatnya, timbul tuduhan yang mengatakan Uthman menggunakan wang tersebut untuk kepentingan peribadi dan keluarganya sendiri.
Memperkenalkan Dasar Pertukaran Tanah
Khalifah Uthman telah memperkenalkan satu dasar baru iaitu Dasar Pertukaran Tanah di Iraq dengan tanah di Hijaz dan Yaman. Melalui dasar ini, mereka yang memiliki tanah di Hijaz dan Yaman boleh menukarkannya dengan yanah sawafi (terbengkalai) di Iraq yang terkenal dengan kesuburannya. Tujuan Uthman adalah untuk membalas jasa golongan tentera. Peluang ini terbuka luas kepada sesiapa sahaja yang memiliki tanah di kedua-dua tempat tersebut. Di antara mereka yang menikmatinya termasuklah Talhah Bin Ubaidullah, Marulan Bin al-Hakam dan Ashath Bin Qais al-Kindi.
Memihak kepada Quraisy
Khalifah Uthman telah menggubal dasar yang dibuat oleh Umar dengan memberikan kuasa pemilikan tanah kepada orang Quraisy. Said Bin al-As, Gabenor Iraq (Kufah) telah mengisytiharkan bahawa tanah-tanah sawad di Iraq adalah kepunyaan kaum Quraisy. Dalam hal ini, Uthman telah berdiam diri seolah-olah menunjukkan beliau bersetuju dengan tindakan Said. Hal ini menimbulkan kemarahan orang bukan Quraisy terutamanya golongan ahl al-ayyam yang kemudiannya dikenali sebagai al-Qurra. Sebelum pengisytiharaan ini, merekalah diberi kuasa untuk mengerjakan tanah-tanah tersebut.
Penghijrahan Bebas
Khalifah Uthman juga telah merombak dasar penghijrahan yang dibuat oleh Umar. Uthman membenarkan para sahabat berhijrah ke luar dari Semenanjung Tanah Arab. Hal ini menyebabkan ramai tokoh yang berhijrah ke luar terutamanya ke kawasan baru yang dibuka/ditakluki, khususnya di Mesir, Syria dan Iraq. Umar melarang penghijrahan ini kerana bimbang mereka akan terpengaruh dengan kebudayaan asing dan kemewahan hidup sedangkan bagi Uthman, penghijrahan ini dapat menyebabkan proses penyebaran Islam berjalan dengan lebih lancar.
Menerbitkan Naskah Tunggal al-Quran
Pada zaman Khalifah Uthman, wilayah Islam agak luas. Hal ini menyebabkan wujudnya perbezaan bacaan/sebutan al-Quran antara satu tempat dengan tempat yang lain. Mereka membaca loghat masing-masing disebabkan mereka gagal menguasai nahu Arab dengan baik. Uthman akhirnya telah bertindak menerbitkan naskah tunggal al-Quran yang dikenali sebagai "Mushanf Uthmani" dan dihantar ke setiap wilayah Islam. Beliau juga memastikan agar al-Quran dibaca mengikut loghat Quraisy kerana ia diturunkan dalam bahasa Quraisy. Naskah-naskah lain telah dikumpul dan dibakar.
Lemah-lembut dalam Pentadbiran
Khalifah Uthman adalah seorang khalifah yang lemah-lembut berbanding dengan Umar al-Khattab. Beliau sangat bersimpati dengan kesusahan orang lain dan sering memaafkan kesalahan seseorang. Misalnya, Uthman telah menggunakan "diyad" (wangnya sendiri) untuk membayar "diat" (hutang darah) berhubung dengan pembunuhan Khalifah Umar. Beliau juga telah memaafkan kesalahan Jundah al-Azdi yang telah dikenakan hukum bunuh oleh kadi Kufah. Sikapnya yang lemah-lembut ini mungkin dipengaruhi oleh sesiapa yang agak tua, iaitu 70 tahun ketika mula memerintah.
Faktor yang Mempengaruhi Kekacauan
Perbalahan
Semasa pemerintahan Khalifah Uthman, telah berlaku pelbagai perbalahan di mana ia bukan sahaja melibatkan penduduk di Semenanjung Tanah Arab, tetapi juga penduduk di luar Semenanjung Tanah Arab. Misalnya, perbalahan telah berlaku di antara Arab Utara (Mudar, Qais) dan Arab Selatan (Rabi'ah, Yaman), antara Quraisy dan Yanan, antara Bani Hasyim dan Bani Umayyah, antara penduduk Hijaz dan luar Hijaz dan sebagainya. Akibatnya, keadaan politik di Semenanjung Tanah Arab semakin tidka stabil sehingga menimbulkan pelbagai kekacauan.
Dasar Penghijrahan
Khalifah Uthman telah mengubah dasar penghijrahan yang dibuat oleh Umar di mana beliau membenarkan mat Islam berhijrah ke wilayah baru dikuasai di Mesir, Syria dan Iraq. Tindakan beliau telah membolehkan kebanyakan orang Arab yang berhijrah itu hidup dalam kemewahan di tengah-tengah kesusahan penduduk tempatan. Akibatnya, wujud jurang ekonomi antara pendatang baru dan penduduk tempatan sehingga mencetuskan peperangan.
Munculnya Golongan Pemegang Amanah (ahl al-ayyam)
Semasa pemerintahan Khalifah Uthman, beliau telah mengambilalih tanah sawafi yang diusahakan oleh golongan ahl al-ayyam dan diserahkan kepada kaum Quraisy. Tindakan ini telah menimbulkan kemarahan ahl al-ayyam dan kemarahan mereka memuncak apabila Uthman memperkenalkan dasar pertukaran hak milik tanah yang berada di Iraq dengan tanah-tanah di luar Iraq. Hal ini menyebabkan golongan yang menikmatinya hanya mereka yang memiliki tanah di kawasan tersebut sahaja. Akibat dari rasa tidak puas hati, ahl al-ayyam telah bangun menentang Uthman sehingga mencetuskan kekacauan politik.
Usia Uthman dan Sifatnya
Khalifah Uthman kerap terlalu bersimpati dengan kesusahan orang lain dan sering memaafkan orang yang telah melakukan kesalahan yang dirasakan boleh dimaafkan. Usianya yang lanjut iaitu 82 tahun semasa kemuncak kekacauan berlaku telah menambahkan lagi sifat lembutnya. Sikapnya ini telah dipergunakan oleh golongan tertentu untuk membangkitkan kekacauan.
Sikap Uthman Memihak kepada Ketua-ketua Kabilah
Bagi mengukuhkan kedudukannya, Uthman telah bersikap memihak kepada ketua-ketua kabilah di mana mereka telah ditawarkan kepada jawatan-jawatan penting. Antara mereka termasuk juga bekas murtad. Sebagai contoh, Ash'ath Bin Qais al-Kindi telah dilantik sebagai Gabenor Azrabaijan.
Membenar Para Sahabat Berhijrah ke Luar Hijaz
Khalifah Uthman juga membenarkan para sahabat berhijrah ke luar Hijaz yang sebelum ini dilarang oleh Umar. Hal ini menyebabkan mereka terpengaruh dengan kemewahan dan kebendaan.
Melantik Keluarganya ke Jawatan-jawatan Penting
Dalam menjalankan pentadbiran, Khalifah Uthman juga mengamalkan dasar nepotisme, iaitu mengutamakan keluargannya dalam menentukan jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan. Misalnya, Uthman telah melantik Marwan Bin Hakam sebagai Setiausaha, Abdullah Bin Amir sebagai Gabenor Basrah, Abdullah Bin Saad sebagai Gabenor di Mesir dan sebagainya. Dasar ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan umat Islam.
Menggunakan Wang Baitul-Mal
Khalifah Uthman dituduh menyalahgunakan kekayaan negara dan harta rampasan perang. Hal ini berpunca dari tindakan beliau yang tidak mahu mendengar pandangan sahabatnya, dlam soal pembahagian harta-benda Baitul-Mal. Khalifah Uthman beranggap tidak menjadi satu kesalahan jika beliau menggunakan Baitul-Mal yang berlebihan untuk dirinya dan keluarganya dengan alasan beliau telah banyak mengorbankan harta dan wang untuk perjuangan Islam. Namun, hal ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat jelata.
Tindakan Membebaskan Ubaidullah dari Qisas
Ubaidullah Bin Umar sepatutnya dijatuhkan hukuman Qisas kerana membunuh Hurmazan dan Jafainah. Tetapi Uthman telah menyelamatkan Ubaidullah dengan menganggapkan dirinya sebagai wali kepada Hurmazan dan 2 orang lagi yang telah dibunuh oleh Ubaidullah itu dengan membayar di-lab dari wangnya sendiri kepada Baitul-Mal. Tindakan Uthman telah tidak dipersetujui oleh sesetengah golongan orang Islam termasuk Ali Bin Abu Talib.
Tindakan Memaafkan Jundab al-Azdi
Uthman telah memaafkan Jundab al-Azdi yang telah dijatuhkan hukuman mati oleh Gabenor di Kufah, aiitu al-Walid Bin Uqibah. Hal ini telah menyebabkan suasana Kufah semakin buruk di mana Jundab telah menggunakan peluang tersebut untuk menghuru-harakan keadaan di Kufah. Akhirnya, al-Walid telah difitnah dan dipecat dari jawatannya.
Kegagalan Uthman Meluaskan Jajahan Taklukan
Semasa Uthman menjadi khalifah, beliau tidak berjaya meluaskan wilayahnya. Peluasan wilayah hanya dapat dilakukan semasa peringkat awal pemerintahannya. Kegagalan tersebut telah memberi kesan kepada ekonomi negara Islam lebih-lebih lagi di Kufah. Ekonomi di Kufah menjadi semakin tidak stabil akibat pertambahan penduduk di bawah dasar penghijrahan bebas.
Pemusnahan Salinan al-Quran
Khalifah Uthman juga ditentang akibat tindakannya yang memusnahkan salinan al-Quran yang ditulis dalam pelbagai loghat dan menerbitkan salinan yang standard yang dikenali sebagai "Mashanf Uthmani". Walaupun usaha beliau baik, namun golongan tertentu menganggapnya sebagai usaha untuk mengukuhkan kekuasaannya dalam bidang keagamaan.
Keengganan Uthman Menerima Nasihat dan Melepaskan Jawatan Khalifah
Polisi pentadbiran Uthman telah menimbulkan rasa tidak puas hati golongan tertentu. Akibatnya, sahabat beliau telah menasihatinya supaya mengubah polisi pentadbiran. Walau bagaimanapun, beliau tidak menerima nasihat tersebut, malah Uthman juga telah diminta untuk melepaskan jawatan khalifahnya tetapi juga ditolak oleh Uthman. Akibatnya, berlakulah pelbagai kekacauan bagi menentang Uthman.
Pengaruh Luar
Pengaruh luar turut menyebabkan kekacauan berlaku. Misalnya, Abdullah Bin Sabak dikatakan cuba memecahbelahkan umat Islam. Beliau telah menghasut umat Islam untuk menentang Uthman dengan memperkembangkan fahaman qisayah yang menyatakan jawatan khalifah adalah menjadi warisan dan hak Bani Hasyim.
Pengingkiran Abu Dzar al-Ghifari
Abu Dzar al-Ghifari adalah sahabat Nabi. Beliau telah mengkritik politik pentadbiran Khalifah Uthman dan gabenor-gabenor yang hidup mewah. Akibatnya, Uthman telah menyingkirkan Abu Dzar al-Ghifari ke sebuah kampung kecil. Hal ini kemudiannya dieksploitasikan oleh sesetengah golongan untuk menentang pemerintahan Islam.
Tindakan Mengambil al-Hakam Bin al-As
Khalifah Uthman juga dikecam kerana memanggil semua bapa saudaranya iaitu al-Hakam Bin al-As bersama keluarganya ke MAdinah padahal beliau telah dihukum buang daerah oleh Nabi kerana kebiadapannya yang dilakukan terhadap Nabi. Tindakan Uthman seolah-olah mengingkari perintah Nabi. Isu ini kemudiannya dieksploitasikan untuk menentang Khalifah Uthman.
MASYARAKAT ISLAM DI IRAQ
Pengenalan
Pada zaman Khulafa al-Rasyidin, berlakunya beberapa peristiwa pembukaan wilayah di Utara Semenanjung Arab secara meluas seperti di Iraq, Syam dan Mesir. Mereka yang terlibat dalam pembukaan wilayah tersebut digelar ahl-al-ayyam. Kebanyakan mereka terdiri daripada suku kecil dan suku Syaiban adalah yang majoriti. Semasa Khalifah Umar al-Khattab, bilangan ahl al-ayyam dikatakan sebanyak 12,000 orang.
Golongan di Iraq
Terdapat 3 golongan utama.
1. Mereka yang pernah murtad dan menentang Kerajaan Madinah
2. Muhajirin dan Ansar
3. Golongan ahl al-ayyam (peneroka)
Golongan Pertama
Dikecualikan daripada menjawat jawatan penting oleh Khalifah Umar al-Khattab.
Golongan Kedua
· Bilangannya tidak ramai.
· Kebanyakannya balik ke Hijaz, Mekah, Madinah dan Taif selepas selesainya pembukaan Iraq.
Golongan Ketiga
· Menjadi penting setelah golongan di atas keluar.
· Digelar sebagai trustee.
· Mengelolakan tanah yang dikuasai oleh orang Islam di Iraq dan menganggap sebagai hak milik mereka yang tidak boleh ditukar milik.
· Menikmati kekuasaan yang penuh terhadap tanah-tanah yang ditakluki di Iraq.
· Ada di antara mereka berkongsi tugas menerima cukai yang dikutip oleh pegawai dan ketua tempatan, dahaqin dan menukar mata wang kepada perbendaharaan negara.
· Boleh juga menjadi penyelia kerja-kerja dan pemungut cukai kepada (jizyah).
Pentadbiran Ketenteraan Islam di Kufah
Projek Perumahan dan Pentadbiran Sosial
· Tentera Islam telah disusun secara Sistem 'ashar (10 kelompok) kemudian ditukar menjadi asba' (7 kelompok) dan 'arafah (unit).
· Perubahan ini diperlukan kerana ramai ahl al-ayyam tidak beada di Kufah kerana sibuk dengan peperangan di perbatasan dan menjalankan tugas di bahagian lain di Iraq.
· Selain itu, sistem 'ashar yang dibentuk itu juga bertujuan ketenteraan tetapi kini kempen ketenteraan berkurang, maka sistem ini perlu diubah.
Pentadbiran Kewangan
· Semua pembayaran elaun atau gaji dibuat oleh pemegang amanah (ahl al-ayyam), kelompok 7 dan pemimpin kumpulan, kemudian dipindah kepada ketua-ketua unit ('urafa), naqib- naqib dan umana'.
· Setiap 'arafah mengagihkan 100,000 dirham kepada anggotanya: -
|
a.
|
Unit ahl al-ayyam
20 lelaki - 3,000 seorang
20 perempuan - 340 seorang
340 kanak-kanak - 100 seorang
|
|
b.
|
Unit ahl al-Qadisiyah
43 lelaki - 2,000 seorang
45 perempuan - 200 seorang
500 kanak-kanak - 100 seorang
|
|
c.
|
Unit ahl al-rawadif (pendatang baru)
60 lelaki - 1,500 seorang
60 perempuan - 100 seorang
40 kanak-kanak - 100 seorang
|
· Bagi pewira yang layak menerima elaun, jumlahnya adalah seperti berikut: -
|
a.
|
Muhajirin / Ansar - 3,000-5,000 dirham setahun
|
|
b.
|
Ahl al-ayyam - 3,000 setahun
|
|
c.
|
Orang yang menyertai perang Yarmuk dan Qadisiyah, pernah murtad dan bukan murtad - 2,000 setahun
|
|
d.
|
Rawadif - 1,500-2,000 setahun
|
Pembukaan Kota Basrah
· Penubuhan Kota Basrah yang sebenar bermula pada 17 H / 638 M.
· Tujuan: untuk mengurangkan tekanan penghijrahan yang tidak berhenti-henti di Iraq.
· Komposisi anggota tentera Islam di Basrah pada mulanya terdiri daripada suku-suku yang berasal dari kawasan Timur Semenanjung Tanah Arab seperti Tamim, Bakar dan sebagainya.
· Mereka merupakan pendatang baru, tidak memainkan peranan utama dalam perang al-Riddah dan penaklukan awal negeri Iraq.
· Dikatakan pendatang di kawasan ini lebih kurang 300 orang (pada perawalan).
Pentadbiran Ketenteraan Islam di Basrah
Pentadbiran Sosial
· Pada awalnya masyarakat di susun secara sistem genealogi (salasilah).
· Kemudian digantikan dengan sistem 'arafah (unit) disebabkan ketibaan pendatang baru yang tidak berhenti-henti menyebabkan kelompok suku Basrah berbeza-beza dari segi saiz.
Pentadbiran Kewangan
· Dalam pengagihan elaun di bawah sistem 'arafah, hanya pemimpin yang diiktiraf sahaja layak menerima elaun.
· Jumlah yang diterima ialah 2,500 dirham, sementara yang lain ialah 250-300 dirham.
· Bagi pendatang baru, elaunnya rendah.
· Pendatang baru tidak puas hati - menimbulkan kekacauan.
· Khalifah Umar menaikkan alaun kepada 2,000 dirham untuk menyelesaikan kekacauan dengan alasan mereka berani dalam Perang Nihavan.
Kemunculan Golongan Baru di Iraq
Golongan al-Qurra
· Pada zaman Khalifah Uthman Bin Affan, sebilangan ahl al-ayyam memberontak kerana pengambilan kuasa pentadbiran wilayah Iraq oleh kaum Quraisy dan penyokong Uthman.
· Mereka disingkir dari Kufah dan digelar al-Qurra.
· Istilah ini merujuk kepada kata dasar qaf ra ya yang bermaksud orang kampung.
Golongan Khawarij
· Kaum al-Qurra di Iraq memberi sokongan kepada Khalifah Ali ketika menentang Aisyah, Talhah dan al-Zubayr dalam Perang Jamal dan menentang Muawiyah dalam Perang Siffin.
· Selepasnya kaum al-Qurra berpaling tadah dengan Khalifah Ali dan keluar dari barisan tentera Khalifah Ali dan digelar Khawarij.
· Khawarij berasal dari kata dasar kharaja bererti keluar.
Mawali atau Orang Ajam
· Orang bukan Arab.
· Terdiri dari kaum Parsi.
· Bilangannya tidak ramai kalau dibandingkan dengan zaman Bani Umayyah.
MASYARAKAT ISLAM DI SYAM
Pengenalan
Syam merupakan sebuah wilayah di Utara Semenanjung Tanah Arab yang penting merangkumi Palestine, Jordan dan Syria. Ia diduduki oleh bangsa Arab dan bukan Arab. Pengaruh Kristian juga kuat. Sebelum Islam, ia terletak di bawah Kerajaan Rom (Byzantine). Sejak dahulu lagi, orang Arab Badwi telah membuka beberapa petempatan dan kerajaan seperti Hims, Petra dan Palmyra di kawasan Syam. Kaum Arab di Syam terdiri daripada suku Kalb, suku Lakham dan suku Jurham. Selain itu, terdapat juga bangsa asing seperti Syrian, Yahudi dan Rom.
Masyarakat Selepas Kedatangan Islam
· Kebanyakan mereka mula memeluk Islam
· Merupakan peyokong Khalifah Uthman dan Muawiyah yang selepasnya menjadi Gabenor Syam.
· Di Jazirah (Mesopotamia) terdapat masalah - perbalahan antara kaum Qays dan Rabi'ah sejak zaman Khalifah Uthman.
· Kaum Qais - pendatang lama
· Kaum Rabi'ah - pendatang baru
· Muawiyah menyelesaikan masalah ini secara muafakat
· Tetapi selepas Muawiyah meninggal dunia - masalah perbalahan berlaku lagi
MASYARAKAT ISLAM DI MESIR
Pengenalan
Mesir adalah sebuah negeri tua yang diperintah oleh 30 buah Dinasti Firaun. Setelah itu diperintah oleh Iskandar Zulkarnain, setelah itu Ptolemys, Rom dan Islam.
Zaman Sebelum Islam
· Majoriti terdiri daripada kaum Qibti beragama Kristian
· Agama Kristian menjadi agama rasmi di Mesir pada 381 M
· Sebelum itu, penduduk Mesir menganut agama Buddha
· Agama Kristian terbahagi 2: Katolik dan Protestant
· Dua mazhab ini saling bergaduh sehingga akhirnya Rom mengambilalih Mesir (30 SM)
· Cukai tinggi - penduduk marah - membuka jalan kepada penguasaan Islam
Zaman Selepas Islam
· Bermula pada zaman Khalifah Umar al-Khattab
· Sejak itu, ramai bangsa Arab berhijrah ke situ
· Akhirnya, bangsa Arab menjadi majoriti dan bahasa Arab menjadi bahasa rasmi
MASYARAKAT ISLAM ZAMAN BANI UMAYYAH
Pengenalan
Kerajaan Bani Umayyah diasaskan oleh Muawiyah Bin Abu Sufian pada tahun 661 M. Beliau daripada keturunan Bani Umayyah, bekas Gabenor Syam dan seorang pemimpin yang pintar dan mempunyai fikiran yang tajam. Penubuhan Kerajaan Bani Umayyah menyebabkan sistem pemerintahan demokrasi dan pemilihan Khalifah Islam berdasarkan Sistem Syura lenyap dan mewujudkan sistem pemerintahan monarki dan pemilihan Khalifah Umayyah berdasarkan sistem warisan. Kerajaan Bani Umayyah dibahagikan kepada 3 tahap iaitu tahap kelahiran (661-705 M), zaman kemajuan dan pembangunan (705-724 M) dan zaman kehancuran (724-750 M). Pada zaman ini, masyarakat Islam terbahagi kepada golongan pemerintah, kaum Mawali, golongan Zimmi dan golongan hamba.
Golongan Pemerintah
Golongan pemerintah diterajui oleh keluarga dari Bani Umayyah. Nama ini diambil sempena nama ketua keluarga Umayyah Bin Abd Syams Bin Abdul Manaf Bin Qusay Bin Kilab dari keturunan Quraisy.
Kerajaan ini diperintah oleh dua keluarga besar iaitu keluarga Abu Sufian (23 tahun) dan keluarga Marwan (68 tahun). Terdapat 3 orang Khalifah dari keluarga Abu Sufian iaitu Muawiyah Bin Abu Sufian (661-680), Yazid Bin Muawiyah (680-683) dan Muawiyah Bin Yazid (683). Bagi keluarga Marwan, terdapat 11 orang Khalifah dimana kumpulan pertama dimulakan oleh Marwan I Bin al-Hakam (684-685) dan diakhiri oleh Hisham Bin Abdul Malik (724-743). Khalifah bagi kumpulan kedua ialah al-Walid II bin Yazid, Yazid III Bin al-Walid, Ibrahim Bin al-Walid dan Marwan Bin Muhammad.
Semasa keluarga Abu Sufian, masyarakat Islam aman dan stabil. Ketika keluarga Marwan mengambilalih pemerintahan, negara Islam tidak stabil dan kucar-kacir. Keadaan ini diselamatkan oleh Abdul Malik Bin Marwan. Dengan itu, Kerajaan Bani Umayyah mulai mengalami zaman kegemilangan. Khalifah Umar Bin Abdul Aziz telah menegakkan semula sebuah komuniti Islam yang teguh tetapi penggantinya tidak berhati-hati, cuai dengan tanggungjawab menyebabkan usaha Umar disia-siakan.
Sebahagian besar corak kehidupan Khalifah Kerajaan Bani Umayyah terikut dengan corak pemerintahan Kerajaan Byzantine dengan dikelilingi kemewahan dan hiburan. Perpecahan masyarakat ketara. Antara gerakan penentangan yang terkenal ialah gerakan Azariqah dan Najdiyah.
Golongan Mawali
Terdapat dua pandangan.
Pandangan pertama - negatif. Ia disokong oleh J. Wellhausen, Goldziher dan Belyaev. Mereka berpendapat bahawa Mawali tidak mempunyai tempat dalam pemerintahan dan pentadbiran. Ia disebabkan pemerintahan Bani Umayyah berlandaskan semngat Asabiyah keturunan Arab. Oleh itu, orang Arab diberi keutamaan dalam semua perkara manakala kaum Mawali tidak dapat memegang jawatan penting dan tidka bebas bergerak. Dari segi ekonomi, mereka merupakan golongan berpendapatan rendah dan tidak menerima ganjaran atau sara hidup yang tetap dalam perkhidmatan ketenteraan. Dari segi sosial, golongan Mawali tidak boleh berkahwin dengan perempuan Arab. Pernah dikatakan bahawa golongan Mawali ini diperintah untuk balik ke Kufah bagi mengusahakan pertanian. Tangan dan kaki mereka dicop dengan nama kampung supaya dapat dikesan. Dari segi Agama, kaum Mawali tidka boleh solat bersama-sama kaum Arab sehinggalah beberapa buah masjid dibina khusus untuk Mawali. Mereka dikehendaki membayar jizyah (cukai perlindungan) walaupun beragama Islam.
Pandangan kedua menghala ke positif. Dari segi pemerintahan dan pentadbiran, mereka dikatakan memainkan peranan penting. Mereka telah menjadi pegawai Jabatan Kewangan (Diwan al-Kharaj). Sebagai contoh, Maymun Bin Mihran menjadi Pengarah Jabatan Cukai di Jazirah oleh Umar dan Ubaidullah Bin Barray menjadi Pengarah Jabatan Cukai di Iraq oleh Muawiyah. Selain itu, mereka juga menjadi pegawai Jabatan Urusetia (Diwan al-Khattam) yang bertanggungjawab mengecap surat rasmi kerajaan. Kerja ini merupakan kerja yang sulit dan rahsia dan memerlukan orang ikhlas dan jujur serta amanah. Sebagai contoh, Junah (oleh Khalifah Abdul Malik), Syu'aib al-Sabi (oleh Khalifah al-Walid Bin Abdul Malik), Amir Binal-Harith dan Qatan (oleh Khalifah Yazid Bin al-Walid). Mereka juga pernah menjadi pegawai Jabatan Perhubungan Awam (Diwan al-Rasa'il) seperti al-Laith Abi Ruqayyah, Rusydayn dan Salim. Mereka juga berkhidmat sebagai pengawal dan penjaga istana. Tuganya ialah menjaga keselamatan istana dan dibayar gaji setimpal dengan kerja yang dilakukan. Contohnya Abu Mukhriq dan Khalid Bin Dayyan. Rabah, Khalid, Safwan dan Jubayr pula menjadi Hajib yang bertugas menyoal siasat pengunjung istana sebelum masuk bertemu dengan Khalifah. Di Afrika Utara dan Maghribi, Abu al-Muhajir Dinar dan Yazid Bin Abu Muslim menjadi Gabenor wilayah. Dari segi ekonomi, mereka hidup kaya raya seperti Fairuz Husayn. Hal ini membuktikan bahawa bukan semua kaum Mawali hidup dalam kemiskinan. Dari segi ketenteraan, ia dimonopoli oleh orang Arab dan tiada jawatan yang diberi kepada kaum Mawali. Angkatan tenteranya diketuai oleh orang Arab Syria sama ada keturunan Yaman atau Qais. Bani tentera pembantu, ia terdiri daripada kaum Arab dan Mawali. Tentera Arab didaftar dan dibayar gaji manakala tentera Mawali berkhidmat sebagai tentera infanteri, tidak didaftar dan dibayar gaji.
Gerakan Penentangan Bani Umayyah
Gerakan Azariqah
Gerakan ini dipimpin oleh Azraq Bin Nafi. Is muncul di Basrah pada 683 M berikutan dengan penyingkiran Ubaidullah Bin Ziyad dan kematian Khalifah Yazid I. Kemudiannya, gerakan ini berpindah ke Ahwaz dan Kirman dan berjaya memberi tentangan hebat kepada Ibn al-Zubayr. Jumlah tenteranya ialah 20,000 orang. Mereka berjaya menguasai Ahwaz, Fars, Kirman, Isfahan dan Tabaristan. Pemimpin yang lain bagi gerakan ini ialah Qatari Bin Fuja'ah. Doktrin kaum Azariqah ialah (1) orang yang berzina, derhaka kepada ibu bapa, membunuh dianggap kafir dan kekal dalam neraka; (2) menghukum kafir ke atas orang yang tidak menyertai Azariqah; dan (3) mengharuskan rampasan harta benda orang yang mengingkari mereka.
Najaiyah
Gerakan ini diasaskan oleh Najdah Bin Amir al-Hanafi. Ia muncul serentak dengan Gerakan Azariqah. Dari segi matlamatnya, ia sama dengan Azariqah iaitu menjatuhkan Bani Umayyah dan kuasa Ibn al-Zubayr. Pada permulaannya, gerakan ini bekerjasama dengan Azariqah tetapi disebabkan perbezaan ideologi, akhirnya berpecah. Perbezaan ini berlaku dimana Azariqah mengamalkan konsep isti'rad (menghalalkan darah sesiapa sahaja yang tidak menyokong mereka) dan Najdiyah menganggap ia terlampau. Golongan Najdiyah berpendapat bahawa mereka yang tidak sokong hanya boleh dikenakan kafir apabila mereka menentang. Najdiyah menubuhkan komuniti sendiri, mengamalkan al-Quran mengikut tafsiran mereka. Mereka tidak mewajibkan adanya Khalifah tetapi perlu mematuhi al-Quran. Mereka terdiri daripada kaum Badwi dan lebih bergiat dalam politik dan ketenteraan berbanding dengan teologi.
Penentangan Kaum Syi'ah
Penentangan bermula sejak zaman Muawiyah Bin Abu Sufian. Pembunuhan Husayn di Karbala menaikkan semangat mereka untuk menentang Muawiyah. Berikutan peristiwa karbala, wujud golongan al-Tawwabun pimpinan Sulayman Bin Surad al-Khuza'i (pengikut Khalifah Ali yang setia). Golongan ini berasa berdosa dan bertaubat kerana tidak mempertahankan Husayn dan bagi menebus dosa, mereka mesti berjuang dan berkorban bagi menentang Bani Umayyah. Perjuangan Syi'ah disambung baik oleh Mukhtar. Perjuangan al-Mukhtar berbeza dengan kaum Syi'ah kerana (a) orang pertama memperjuangkan hak dan kedudukan Muhamamd al-Hanafiyah. Sebelum itu, kaum Syi'ah memperjuangkan hak dan kedudukan Husayn; (b) orang pertama menonjolkan jawatan Wazir yang tidak pernah dilakukan oleh Syi'ah; (c) tindakannya tidak direstui oleh Muhammad al-Hanafiyah; dan (d) cuba memihak kaum Mawali menyebabkan kaum Syi'ah kecewa. Kaum Mawali menyokong al-Mukhtar kerana perasaan tidak puas hati terhadap pemerintahan Bani Umayyah yang bersifat perkauman Arab. Al-Mukhtar telah mengambil kesempatan ini untuk memperkukuhkan kedudukannya.
MASYARAKAT ISLAM ZAMAN ABBASIYAH
Pengenalan
Kerajaan Abbasiyah diasaskan pada tahun 750 M. Pusat pemerintahannya di Kota Baghdad. Khalifah pertama Kerajaan Abbasiyah ialah al-Abbas al-Saffah. Kerajaan ini mengamalkan sistem berdasarkan sistem warisan. Kerajaan ini diperintah oleh 37 orang Khalifah dari tahun 750-1258 M. Kerajaan mencapai kegemilangan pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya al-Makmum.
Ciri-ciri Masyarakat Abbasiyah
Semangat Fanatik Orang Arab Makin Luntur
· Sebab: tampuk pemerintahan dipengaruhi oleh bangsa asing.
· Ramai Khalifah beristeri berketurunan Parsi dan Turki.
· Begitu juga bagi orang Arab yang lain - beristeri bangsa asing melalui sistem poligami, gundik atau hamba abdi.
Kedudukan Kaum Wanita
· Dikawal ketat pada awalnya.
· Zaman berikutnya - mulai terlibat dalam urusan pentadbiran, contoh isteri Khalifah al-Mahdi, al-Khayzurum dan isteri Harun al-Rasyid, Zubaidah.
· Adanya yang menyertai peperangan, mengetuai golongan penyair, terlibat dalam bidang intelektual dan kesenian.
· Zaman akhir - kedudukan jatuh ke paras yang rendah - sebab: merebaknya sistem gundik yang berlebihan serta kealpaan yang mengikut hawa nafsu dan hidup yang lebih materialistik.
Sistem Perhambaan
· Semakin meluas.
· Kebanyakan digunakan oleh Khalifah, Wazir dan pembesar bukan Islam.
· Diperolehi melalui paksaan atau tawaran perang atau dibeli.
· Kebanyakan keturunan Negro, Turki, Yunani, Slav, Armania dan Barbar.
· Hamba perempuan yang masih perawan dijadikan penyanyi, penari atau gundik.
Golongan Masyarakat
· 2 golongan utama: (a) golongan atasan - bangsawan, pembesar, panglima, sasterawan, sarjana, pelukis, saudagar, pemahat dan golongan pemahat yang lain; (b) golongan bawahan - petani, pengembala, penduduk Zimmi.
· Orang Kristin diberi layanan baik - ada yang dilantik menjadi Wazir dan pegawai tinggi - dibenarkan menghantar pengembang agama ke China dan India.
Sukan
· Berkembang pesat.
· Permainan catur diperkenalkan semasa Khalifah Harun al-Rasyid.
· Permainan lain: memanah, memburu, berlumba kuda, polo, melontar lembing.
MASYARAKAT ISLAM DI CHINA
Pengenalan
Agama Islam disebarkan ke negeri China sejak abad ke-7 M. Islam masuk ke China dari negeri Arab melalui jalan darat dan jalan laut. Sambutan masyarakat China terhadap agama Islam tidak menggalakkan kerana perasaan curiga penduduk tempatan terhadap agama bangsa lain.
Cara Kemasukan Islam ke China
Versi Pertama
· Dibawa oleh Hamzah Bin Hamzah (anak Hamzah Bin Abi Talib).
· Beliau bersama 3,000 orang Muhajirin pergi ke China dan menetap di San Gan Foo.
Versi Kedua
· Semasa Maharaja Yung Wei (Dinasti Tang), utusan dari Tanah Arab pimpinan Saad Bin Abi Waqas bersama 15 orang Muhajirin menghadap Maharaja Yung Wei.
· Mereka dibenarkan berdakwah di China dan satu masjid didirikan di Cheng-san.
Versi Ketiga
· Pimpinan dakwah Islamiyah yang pertama dipimpin oleh Saad Bin Lubayd.
· 630 M, beliau tiba di Canton.
· Menjalankan aktiviti dakwah di Chuan Chow, Chong Chow dan Canton.
· Sebuah masjid dibina di Canton iaitu Masjid Kwang Tah Se.
Hubungan Awal Arab-China
· Pada zaman Khalifah Uthman Bin Affan, Maharaja Kao Tsung membantu Firuz Bin Yezdegird III (Raja Parsi) melancarkan serangan balas terhadap tentera Islam di Khurasan - tetapi gagal.
· Khalifah Uthman mengirim perwakilan - menyebutkan bantahan - Lalu, hubungan diplomatik diadakan.
· Semasa Khalifah al-Walid Bin Abdul Malik, tentera Islam mara ke sebelah Barat negeri China, memasuki Sinkiang dan Kansu.
· Utusan dihantar kepada Maharaja Hsuan Tsung - diterima - aktiviti dakwah disebarkan secara meluas di China.
Perkembangan Islam di China
Peringkat Awal
· Terdiri daripada pendatang Arab dan Parsi.
· Berkahwin dengan wanita tempatan dan seterusnya berasimilasi dengan masyarakat tempatan.
· Petempatan orang Arab: Chang Chow, Chuan Chow dan Kwang Chow (Canton).
Dinasti Tang (618 - 905 M)
· Mengikut catatan, sebanyak 37 utusan diterima dari kerajaan Islam.
· 878 M, terdapat 120,000 orang asing - kebanyakan orang asing (Arab) beragama Islam.
· Dicatatkan, orang Arab dikenali sebagai Hui Hui atau Ta-Shih oleh orang China.
Dinasti Sung (960 - 1279 M)
· Aktiviti perdagangan Arab dengan China semakin meluas.
· Pedagang asing ini dibenarkan membuat perkampungan sendiri dan menjalankan perdagangan secara bebas - manarik ramai pedagang Islam.
· Keadaan ini memesatkan lagi penyebaran agama Islam di China.
Dinasti Yuan (1127 - 1368 M)
· Para ilmuan dari Asia Barat dibawa masuk ke China untuk berkhidmat sebagai pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahli sains dan sebagainya.
· Semasa Kublai Khan - 12 orang panglima beragama Islam.
· Abdul Rahman - pentadbir Dinasti Yuan yang beragama Islam menjadi Ketua Pemungut Cukai dan mengendalikan urusan kewangan negara.
· Syeid Ajall berasal dari Bukham menjadi Menteri Kewangan (1259), Gabenor Yunnan (digantikan oleh anaknya Nasruddin kemudiannya).
· Alauddin al-Mufari dan Ismail as-Syam mahir mambuat senjata meriam. Alauddin menjadi Wakil Panglima dan Ismail menjadi Ketua Penyelia Kilang Meriam.
· Jamaludin - tokoh sains dan astronomi Islam. Telah mencipta Wan-nien-li.
· Mengikut Ibn Battutah - setiap perkampungan Islam di China ada masjid. Di Canton, jumlah orang Islam besar, terdiri daripada Arab, India, Parsi - disini terdapat Kadi dan Mufti. Terdapat institusi pengajian agama, contoh Zawiyah di pinggir Canton dan Chang-an. Ulama besar: Fuqaha-al-Mu'azzam Maulana Qawamuddin al-Sibti.
Dinasti Ming (1368 - 1644 M)
· Merupakan dinasti Islam yang paling terkenal di China dan ia ditadbir oleh orang China beragama Islam.
· Terdapat pandangan juga bahawa Dinasti Ming mengamalkan agama Buddha dan Taoism.
· Maharaja pertama - Chu Yuan Chang - Maharaja Huang Chu.
· Baginda dikatakan membentuk jawatankuasa tentera yang dianggotai oleh orang Islam dan mendirikan sebuah masjid jamik di Nanking.
· Baginda pernah menghasilkan sebuah puisi memuji Nabi Muhammad dan keagungan Islam dan sajak itu dipahat pada dinding masjid yang dibinanya.
· Orang China Islam dikenali sebagai Hui Hui Kaomen atau Hui Hui Kiao.
· Perkembangan Islam di China sampai ke kemuncak pada masa ini - Bukti: Nanking sahaja terdapat 36 buah masjid.
· Tokoh China Islam adalah seperti Ma Cha-Yehe (ahli astronomi), Laksamana Cheng Ho dan sebagainya.
· Tembikar China yang masyhur, Ming-Ts'ing dan Kang-Ts'ing merupakan hasil ciptaan orang Islam Yunnan - mereka dipanggil Han Hui.
· Beberapa buah madrasah dan universiti juga ditubuhkan.
Dinasti Ching (1644 - 1911 M)
· Kerajaan ini memusuhi orang Islam, khususnya yang berketurunan bukan China.
· Justeru itu, banyak pemberontakan berlaku seperti di Sin Kiang, Kan Su, Yunnan dan Shensi menyebabkan 11 juta orang Islam terkorban.
MASYARAKAT ISLAM DI INDIA
Pengenalan
Di kalangan masyarakat Arab, India dikenali sebagai Sind atau Hind. Sebelum kedatangan Islam, India telah pun mempunyai hubungan perdagangan dengan masyarakat Arab. Apabila Islam hadir, hubungan perdagangan antara India dan Arab masih diteruskan. Kawasan-kawasan pantai termasuk Lautan Hindi telah menjadi sasaran para pendakwah untuk menyebarkan agama Islam.
Perkembangan Awal Agama Islam di India
· Islam mula tiba di India pada kurun ke-7 M.
· 636-637 M, tentera Islam cuba menawan Thana - gagal.
· 634 M, tentera Islam menyerang India - dipimpin oleh Abdullah Bin Amir - berjaya menawan sebahagian besar Lembah Hind.
· Zaman Muawiyah Bin Abu Sufian - menawan Kabul dan Lahore.
· Zaman Khalifah al-Walid Bin Abdul Malik - menembusi benteng pertahanan India.
· 712 M, Muhammad Bin al-Qasim menawan Daibul dan meruntuhkan beberapa buah kuil Hindu dan Buddha dan mendirikan sebuah masjid.
· Kemudian, beliau dilantik menjadi Gabenor wilayah Multan.
· Ramai orang menyambut ketibaan tentera Islam seperti puak Jat dan Med.
· Beliau (a) membebaskan orang yang tidak menentang atau tidak terlibat dalam perang; (b) menjamin keselamatan harta benda dan nyawa penduduk; (c) mengenakan jizyah terhadap bukan Islam; dan (d) menjamin tidak meruntuhkan kuil dan gereja kalau mematuhi pemerintahan Islam.
· Ramai rakyat dari golongan Brahmin telah dilantik untuk menjawat jawatan tinggi.
· Perkembangan Islam terbantut apabila Muhammad Bin al-Qasim diperintah pulang oleh Khalifah Bani Umayyah.
Kerajaan Ghaznawi
· Zaman Mahmud Ghaznawi, Punjab menjadi daerah Islam.
· Penaklukan Punjab menamatkan ancaman lanun terhadap pedagang Islam, menamatkan ancaman raja Hindu terhadap Kerajaan Bani Umayyah.
· Kalinjar, Lahoer, Gwalior, Kanauj, Delhi dan Ajmer diserah semula kepada penduduk tempatan untuk meneruskan pemerintahan mereka.
· Masyarakat Hindu tidak tertindas, malah ada yang dilantik menjawat jawatan penting. Misalnya, Tilak seorang jeneral beragama Hindu dilantik sebagai pemerintah wilayah Punjab.
Kerajaan Ghori
· Muhammad al-Ghori menakluk semula wilayah yang membebaskan diri semasa Kerajaan Ghaznawi.
· Setiap wilayah ditinggalkan seorang wakil untuk memerintah mangikut lunas Islam.
· Pembesar Hindu tidak dibenarkan mengendalikan pentadbiran daerah.
· Setelah kemangkatan Muhammad al-Ghori - Kerajaan Ghori mulai berpecah-belah.
Kesultanan Delhi
· Terdiri daripada Kerajaan Mamluk, Dinasti Tughluq, Dinasti Khalji, Dinasti Lodi, Dinasti Suri, Dinasti Syeid - Delhi menjadi pusat pemerintahan.
· Dinasti Mamluk diasaskan oleh Qutbuddin Aibek (bekas hamba Muhammad al-Ghori) - seorang yang tegas dan adil - seorang pemurah (sehingga digelar Laksh-Baksh).
· Dinasti Mamluk berakhir pada zaman Ghiyasuddin Balban - beliau berjaya membentuk dan membangunkan masyarakat bertamadun.
· Alauddin Khilji - pemerintah terkenal Dinasti Khilji.
· Baginda bercita-cita menakluki dunia seperti Iskandar Zulkarnain.
· Mengenai projek ini - baginda memerintah agar perkataan Iskandar kedua ditulis pada mata wang negara.
· Atas nasihat Allu Muluk, niatnya dihentikan - baginda dinasihati supaya memberi perhatian dalam pentadbiran negara, meneruskan usaha menewaskan raja Hindu yang belum tunduk kepada Delhi.
· Atas nasihat ini, baginda mula (a) mengharamkan penjualan minuman keras; (b) mengawal perkahwinan antara pembesar; (c) mengharamkan perhimpunan pembesar tanpa kebenaran Wazir; dan (d) memaksa memulangkan cukai yang dikutip kepada penduduk terhadap Zamindar.
· Pada zaman ini, kegiatan perdagangan dijalankan di kawasan Teluk Benggala sehingga Pergunungan Kabul dan dari Tulingana ke Kashmir.
Kerajaan Moghul
Akbar
· Pemerintah ke-3 Kerajaan Moghul.
· Seorang yang mengamalkan dasar liberal.
· Beliau (a) mengasingkan hal ehwal pentadbiran dengan agama; (b) menghapuskan perbezaan yang berasaskan agama dan bangsa; (c) semua rakyat diberi hak sama rata sama ada menganut Islam atau tidak; dan (d) amalan perhambaan dihapuskan - mendapat sokongan politik daripada semua rakyat.
· Beliau menggalakkan perkahwinan politik di antara kerabatnya dengan kerabat diraja Hindu, misalnya baginda sendiri mengahwini puteri Raja Rajputna - mereka masing-masing boleh mengamalkan agama asal setelah berkahwin.
· Semua rakyat dibenarkan untuk memegang jawatan kerajaan, misalnya Todal Mal menjadi panglima dan bendahari; Man Singh menjadi panglima juga dan gabenor.
· Baginda berusaha segera menghapuskan pemerontakan yang boleh mengapikan isu perkauman dan keagamaan.
· Bahasa Arab - bahasa agama.
· Bahasa Turki - untuk bangsawan
· Bahasa Parsi - bahasa istana dan kesusasteraan
· Bahasa lain seperti Urdu (gabungan Arab, Parsi dan Hindi) dipopularkan.
· Kolej dan sekolah ditubuhkan - kurikulum pendidikan digubal.
· Rakyat miskin diberi pendidikan percuma.
· Undang-undang digubal bagi membolehkan orang bukan Islam memasuki sekolah khas untuk orang Islam.
· Pendidikan wanita juga diberi perhatian.
· Undang-undang perkahwinan diperkenalkan (a) umur berkahwin - lelaki 16 keatas dan perempuan 14 keatas; (b) perkahwinan mesti dilangsungkan atas persetujuan kedua-dua mempelai; (c) mahar yang tinggi dilarang; dan (d) perkahwinan poligami dilarang (berkahwin campur digalakkan dalam masyarakat majmuk).
· Baginda melarang adat sati, tidak menggalakkan para janda berkahwin lagi dan melarang berkhatan bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
· Dari segi agama, semua rakyat bebas beragama, agama bukan ukuran kedudukan.
· Baginda juga memperkenalkan agama baru - Din Illahi (1581 M).
· Din Illahi - gabungan Islam, Hindu, Kristian dan Zoroster. Melakukan pemujaan Tuhan dari semua agama utama di India. Ciri-ciri: (a) sebutkan Allahu-akbar dan jalla jalaluh ketika bertemu dengan rakan; (b) jamuan mengingati arwah yang mati sekali seumur hidup; (c) menahan diri memakan daging; (d) tidak menaiki kenderaan sesama tukang sembelih, nelayan atau penangkap burung; (e) tidak boleh mengadakan hubungan jenis dengan wanita hamil, tua, mandul, gadis bawah umur; (f) tidak boleh berkelakuan mengikut hawa nafsu; dan (g) dilarang menyalahguna kuasa, tipu, mengumpat, berlaku zalim, memeras ugut, bermegah diri.
· Usaha Akbar mempopularkan agama Din Illahi telah menjejaskan perkembangan Islam. Contoh: hari beribadat ditetapkan pada hari Ahab sahaja, jizyah terhadap orang bulan Islam turut dihapuskan.
· Akbar turut menghapuskan kira-kira 80 jenis cukai bagi meringankan golongan miskin, antaranya cukai pasar, cukai tanah dan sebagainya.
· Baginda telah memberi bantuan kepada mangsa kemarau.
· Bagi mengatasi pengemis, pusat orang miskin didirikan di Khaipura (Islam) dan Pharmapura (Hindu).
· Kalendar Islam turut dihapuskan.
Aurangzeb
· Baginda cuba mengembalikan kedaulatan umat Islam.
· Dari segi sosial, banyak surau dan masjid dibina bagi menggalakkan solat berjemaah, orang Islam dibenarkan berkahwin secara poligami, orang Islam dibenar menyembelih lembu dan orang bukan Islam dikenakan jizyah.
· Dari segi politik, orang bukan Islam dihadkan memegang jawatan penting.
· Dari segi ekonomi, aktiviti pertanian digalakkan.
MASYARAKAT ISAM DI EROPAH
Pengenalan
Masyarakat Islam Sepanyol (Andalus) mewakili masyarakat Islam Eropah kerana di situlah terdapatnya Masyarakat Islam di benua Eropah. Terdapat pelbagai kaum di sini seperti Barbar, Arab, Muwalladun dan Mozarab. Selain masyarakat Islam Sepanyol, masyarakat Islam Sicily juga penting peranannya di benua Eropah.
Kaum di Masyarakat Islam Sepanyol
Barbar
· Kebanyakan beragama Islam dan bukan kaum berpindah-randah
· Majoritinya tinggal di desa bekerja sebagai buruh dan petani
· Hanya sedikit yang tinggal di bandar bekerja sebagai tukang tangan
· Nenek moyang mereka merupakan pejuang Islam yang membuka negeri Sepanyol
· Mereka datang ke Sepanyol kerana mencari penghidupan baru
· Mereka bergabung dengan orang Arab bagi menghadapi penentangan orang Kristian
Arab
· Bilangannya kecil tetapi berpengaruh kerana merupakan golongan pemerintah
· Pengaruhnya tersebar dalam bidang politik, kebudayaan dan peradaban
· Memiliki ladang-ladang besar dengan hasil yang lumayan
· Pada mulanya, kaum Mawali bertuankan Arab
· Selepas itu, puak Mawali telah berasimilasi dengan orang Arab dan bersemangat Arab
Muwalladun
· Kaum Muslimin dari keturunan bangsa Sepanyol
· Lebih ramai daripada kaum Arab
· Dengan perkahwinan dengan kaum Arab, permisahan antara mereka lama makin lenyap sehingga ada yang mengaku keturunan Arab
· Faktor mendorong bangsa Sepanyol memeluk Islam ialah perasaan bangga terhadap agama baru yang dianuti
Mozarab
· Orang Kristian yang tinggal di Sepanyol dan bernaung di bawah pemerintahan Islam
· Tinggal di luar bandar dan bandar
· Bertutur mengikut loghat Rom
· Bagi yang terpelajar: boleh menulis dan bertutur Bahasa Arab dengan baik
· Ada di antara mereka sangat terpesona dengan kebudayaan Islam manakala ada yang begitu fanatik terhadap bangsa dan agama mereka
· Bagi golongan yang bergitu fanatik terhadap bangsanya, mereka menyokong gerakan yang dilancarkan oleh Ibn Hafsun yang dikatakan beragama Islam dan cuba memperjuangkan kepentingan bangsa Sepanyol. Ada juga yang berhijrah ke negeri Kristian di Utara Sepanyol.
Yahudi dan Hamba
· Puak Yahudi tidak ramai - mempunyai sumbangan dalam bidang intelektual
· Hamba terdiri daripada dua iaitu puak Negro dan puak Saqalibah (Slav) termasuk puak Frank dan Utara Sepanyol
· Puak Saqalibah sangat berpengaruh dan bilangannya ramai - berkhidmat di istana dan menjadi tentera upahan - menjad berpengaruh dalam politik selepas memeluk Islam
Perkembangan Masyarakat Islam di Sepanyol
· Pemerintahan Muluk al-Tawa'if (raja-raja puak) terbahagi kepada 3 puak besar - Barbar, Saqalibah dan lain-lain (bangsa Arab dan Sepanyol)
· Setiap puak mementingkan kepentingan sendiri sahaja
· Mereka mengamalkan dasar agresif yang mengorbankan jiran tetangga
· Matlamat mereka: mencapai kemenangan walaupun dibantu oleh puak Kristian
· Perpecahan ini memberi peluang kepada orang Kristian di Utara untuk mengukuhkan kedudukan mereka
· Kini, Kerajaan Muluk al-Tawa'if yang membayar ufti kepada orang Kristian
· Semasa Alfonso IV, baginda menerima ufti dari pemimpin Muluk al-Tawa'if seperti Seville.
· 1085 M, Toledo jatuh ke tangan Alfonso IV - kemudian menjadi tapak kuat tentera Kristian bagi melancarkan gerakan Reconquista, penawanan semula Sepanyol oleh orang Kristian
Kaum di Masyarakat Islam Sicily
Arab
Golongan elit - mereka menganggap golongan lain sebagai masyarakat kelas kedua
Barbar
· Kaum majoriti - berasal dari keturunan Barbar yang tinggal di Afrika Utara
· Sering diperalatkan oleh Kaum Arab
· Kebanyakan menganut Mazhab Maliki
Penduduk Tempatan
Menyamai golongan Muwalladun di Sepanyol
Perkembangan Masyarakat Islam di Sicily
· Semasa zaman Fatimiyah, penduduk Islam tertumpu ke kawasan Val di Mazara manakala orang Kristian tertumpu ke kawasan Val Demone
· Semasa zaman pemerintahan Bani Kalb, penduduk Islam tertumpu ke kawasan Val Demone yang majoriti penduduknya beragama Kristian
· Pihak pemerintah Bani Kalb cuba menyebarkan agama Islam di Val Demone tetapi kurang berjaya
· Penduduk Islam pada zaman Bani Kalb semakin bertambah dengan penghijrahan penduduk Islam dari Afrika Utara
· Sebab penghijrhan: kedudukan ekonomi, wabak penyakit pada tahun 1004-1005 M yang merebak di Tunisia (Ifriqiya)
· Pada zaman Bani Kalb, pengaruh Mazhab Sunni lebih menonjol - banyak kitab teologi mazhab Sunni dihasilkan
· Bagi pemerintah Bani Kalb, mereka dikatakan menganut Mazhab Syi'ah
MASYARAKAT ISLAM DI NUSANTARA
Pengenalan
Sebelum kedatangan Islam di Nusantara, masyarakat di sini dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha. Kepercayaan mereka diselaputi oleh unsur-unsur Hindu-Buddha. Selepas kedatangan agama Islam, masyarakat di sini masih tidak dapat meninggalkan amalan awal mereka. Walaupun mereka telah menganuti agama Islam, tetapi masih terdapat amalan seharian mereka yang membawa unsur Hindu-Buddha.
Masyarakat Islam di Melaka
· Terdiri daripada penduduk pribumi, Cina, India, Parsi dan sebagainya.
· Orang Melayu menjadi teras pembentukan Kerajaan Melaka - memainkan peranan penting dalam politik, ekonomi dan sosial.
· Sebanyak 84 bahasa dipertuturkan tetapi Bahasa Melayu sahaja menjadi bahasa lingua franca.
Pengelasan Masyarakat
· Akibat kemunculan beberapa institusi pentadbiran dan kebudayaan.
· Tujuan: mengawal dan menjaga nilai, norma dan sistem masyarakat yang sedia ada.
· Kelas pemerintah: (1) Raja - Khalifatullah fi al-ard (Khalifah Allah di dunia), memakai gelaran Sultan atau Yang Dipertuan, Menduduki hierarki pentadbiran yang tertinggi, baginda mempunyai daulat - bergantung kepada kekuatan rohaniyah dan jasmaniyah; (2) Pembesar - terdiri daripada bangsawan, bergelar menteri, orang kaya dan Dato'.
· Kelas diperintah: Rakyat dan hamba.
· Di antara kedua-dua kelas ini ada alim ulama dan saudagar/pedagang.
Hukuman
· Setiap golongn itu adalah berbeza.
· Jelas dilihat dalam Hukum Kanun Melaka atau Undang-undang Melaka.
· Undang-undang untuk hamba berbeza dengan undang-undang untuk golongan merdeka.
Demografi Penduduk
· Raja dan kerabatnya - di atas bukit - kawasan yang strategik dari segi keselamatan dan pertahanan.
· Pembesar - lereng bukit mengikut kumpulan.
· Rakyat - kaki bukit.
· Orang laut - tepi pantai atau sungai.
Sistem Masyarakat
· Berasaskan konsep kesedaran kelas - terbentuk undang-undang Temenggung.
· Mengikut undang-undang ini, semakin tinggi taraf dan status sosial, semakin luas bidang kuasa dan boleh juga terlepas dari hukuman.
· Perbezaan status dapat dilihat pada protokol istana. Sebagai contoh, dalam istana menjunjung duli, menteri dan pembesar didahulukan, kemudian bentara, sida-sida dan seterusnya. Penggunaan bahasa seperti beta, santap oleh raja; patik, tuanku oleh pembesar dan rakyat.
· Berasaskan sistem ini, wujud lagi konsep daulat dan derhaka.
· Konsep daulta (sovereignty) - kuasa halus yang hanya dimiliki oleh raja dan kata- kata raja menjadi undang-undang tanpa banyak budi bicara.
· Konsep derhaka - sebarang tentangan terhadap raja dianggap derhaka dan akan menerima padah seperti hukuman bunuh.
· Kedudukan sosial juga mempengaruhi bentuk hukuman yang diterimanya - semakin tinggi kedudukannya, semakin besar peluangnya terlepas daripada hukuman; semakin rendah kedudukannya, hukumannya lebih berat.
Adat-istiadat dan Peraturan
· Bercanggah dengan ajaran Islam.
· Dalam Islam, perbezaan darjat disebabkan oleh ketakwaan dan amal salihnya dan bukannya keturunan.
· Walau bagaimanapun, masih terdapat adat yang selaras dengan ajaran Islam. Sebagai contoh, hukuman rejam kerana berzina, potong tangan kerana mencuri.
· Adat-istiadat yang berunsur Islam juga dipraktiskan, contohnya menyambut bulan Ramadan, Hari Raya Puasa dan sebagainya.
Masyarakat Islam di Filipina
· Masyarakat Islam di Filipina biasanya dikenali sebagai masyarakat Moro.
· Kedatangan Islam ke Filipina bermula dari Sulu. (abad ke-13, Tuan Mashaika dan Tuan Maqbalu; 1380 - Karim al Makhdum; abad ke-15, Raja Baguinda; Kesultanan Sulu didirikan - raja pertama: Sayyid Abu Bakar; Apabila Raja Baguinda mangkat, Abu Bakar mengangkat dirinya menjadi Sultan Sulu; dari sini, Islam tersebar ke Maguindanao (Mindanao) pada 1460 M hasil dakwahan Sharif Awliya dan Sharif Maraja.
· 1515 M, Sharif Muhammad Kabungsuan (Arab dari Johor) berkahwin dengan Tonina, Puteri Cotabato - bermulanya sejarah kesultanan Islam di Filipina.
· Islam tersebar ke Manila - kerajaan Islam Manila ditubuhkan.
· Kerajaan ini tidak bertahan lama disebabkan oleh serangan Sepanyol - kerajaan ini runtuh.
· Dengan itu, pendudukan Islam di Pulau Luzon tamat.
· Kemudian, Sepanyol sampai ke Manila pada 1566 M dan serangan dibuat ke atas Mindanao. Sejak itu, peperangan sering berlaku antara orang Islam dan Sepanyol.
Masyarakat Islam di Pattani
· Islam sampai ke Pattani pada abad ke-10 atau 11 M.
· Selapas 300 tahun, barulah golongan bangsawan memeluk Islam.
· 1457 M, Raja Pattani memeluk Islam - gelaran Sultan Ismail Syah - sejak itu, agama Islam tersebar luas.
· Pattani yang dimaksudkan termasuk Naratiwath, Yala dan sebahagian Songkhla - namanya diambil daripada nama Pak Tani.
· Masyarkat Islam Pattani bertutur dalam Bahasa Melayu.
Masyarakat Islam di Jawa
· Tarikh kedatangan Islam ke Jawa tidak dapat ditentukan.
· Pihak sejarahwan Indonesia percaya bahawa Islam datang ke Jawa melalui pedagang- pedagang - mereka berasimilasi dengan penduduk tempatan dan mengembangkan agama ini melalui perkahwinan.
· Dipercayai juga agama Islam sampai ke Indonesia di bawa oleh Maulana Malik Ibrahim.
· Beliau datang ke Jawa pada 1416 M.
· Beliau merupakan salah seorang Wali Songo atau Wali Sembilan.
· Wali Songo ini mempunyai kebolehan luar biasa dan kesaktian yang tiada tandingan.
· Wali Songo ini telah diangkat sebagai ketua dalam segala hal yang berkaitan dengan Islam.
· Pada zaman Wali Songo, unsur Islam hanya diserap masuk dalam wayang kulit, gamelan dan sebagainya.